17,927 netbook 1Malaysia diagih di Pahang
KUANTAN 30 Nov. — Sebanyak 17,927 unit netbook 1Malaysia diagihkan kepada para pelajar yang layak dalam fasa pertama pengedaran di Pahang, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, bagi fasa pertama itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengedarkan Netbook 1Malaysia melalui 37 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di mana 500 unit netbook untuk setiap PJK.
Katanya, sekolah-sekolah yang berhampiran dengan PJK disenaraikan sebagai sekolah yang menerima netbook berkenaan pada fasa pertama.
Manakala pelajar-pelajar yang layak dari sekolah selebihnya dimasukkan di bawah peruntukan pemberian Netbook 1Malaysia fasa kedua pada bulan depan.
"Pemberian netbook ini dapat membantu kita mencapai sasaran 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah menjelang akhir tahun ini dan membudayakan teknologi maklumat dan komunikasi supaya menjadi sebahagian gaya hidup rakyat,” katanya menjawab soalan Datuk Abu Bakar Harun (BN-Chini) mengenai pengagihan Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah di Pahang pada persidangan DUN di sini, hari ini.
Katanya, bagi pelaksanaan pemberian Netbook 1Malaysia fasa kedua, satu jawatankuasa di peringkat negeri yang dianggotai oleh SKMM, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) ditubuhkan pada 1 Okt lepas untuk menyelaraskan beberapa perkara sebelum netbook itu diterima oleh pelajar yang layak. — Bernama
Encik Amirul berasa kecewa juga pada mulanya kerana tidak mendapat Net book 1 Malaysia ini..
'' Kenapa tak dapat netbook 1 Malaysia ''..tanya Bapa Amirul pada satu petang..
'' Cik gu kata ..Aboh kaya raya itu pasal tak dapat ''..jawab encik Amirul..
* Ada yang kaya raya dapat..yang miskin tak dapat.. ohh yer..orang kaya pandai main Facebook itu pasal dapat kot.. Ha ha!