GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 1 Disember 2010

17,927 netbook 1Malaysia diagih di Pahang


KUANTAN 30 Nov. — Sebanyak 17,927 unit netbook 1Malaysia diagihkan kepada para pelajar yang layak dalam fasa pertama pengedaran di Pahang, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, bagi fasa pertama itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengedarkan Netbook 1Malaysia melalui 37 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di mana 500 unit netbook untuk setiap PJK.

Katanya, sekolah-sekolah yang berhampiran dengan PJK disenaraikan sebagai sekolah yang menerima netbook berkenaan pada fasa pertama.

Manakala pelajar-pelajar yang layak dari sekolah selebihnya dimasukkan di bawah peruntukan pemberian Netbook 1Malaysia fasa kedua pada bulan depan.

"Pemberian netbook ini dapat membantu kita mencapai sasaran 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah menjelang akhir tahun ini dan membudayakan teknologi maklumat dan komunikasi supaya menjadi sebahagian gaya hidup rakyat,” katanya menjawab soalan Datuk Abu Bakar Harun (BN-Chini) mengenai pengagihan Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah di Pahang pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Katanya, bagi pelaksanaan pemberian Netbook 1Malaysia fasa kedua, satu jawatankuasa di peringkat negeri yang dianggotai oleh SKMM, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) ditubuhkan pada 1 Okt lepas untuk menyelaraskan beberapa perkara sebelum netbook itu diterima oleh pelajar yang layak. — Bernama

Encik Amirul berasa kecewa juga pada mulanya kerana tidak mendapat Net book 1 Malaysia ini..

'' Kenapa tak dapat netbook 1 Malaysia ''..tanya Bapa Amirul pada satu petang..

'' Cik gu kata ..Aboh kaya raya itu pasal tak dapat ''..jawab encik Amirul..

* Ada yang kaya raya dapat..yang miskin tak dapat.. ohh yer..orang kaya pandai main Facebook itu pasal dapat kot.. Ha ha!

13 Merujuk kepada perkara diatas :

a.z.r.i.n.a.03.07 30 November 2010 pada 9:07 PTG  

wahh..banyak tu.

kat selangor takde ke?

Dyna Yvonne 30 November 2010 pada 9:07 PTG  

tgk cikgu yg pilih jugak kot..hehe..adek saye pon da dpt da..

Cik SHiNJU 30 November 2010 pada 9:16 PTG  

Salam..

ade penerima yg dah jual netbook nih..huhuh
sesia bg ke dia..baik bg ke koi..
koi semekin,makan semekot free kat semejid jer hari2... :P

ILA HonEyBuNNy 30 November 2010 pada 10:06 PTG  

bestnya...nak juga dekat kedah...he2

sukaxplo 30 November 2010 pada 10:20 PTG  

pedas tul ayat abah mirul te hehehe

Aku Anak Pahang 30 November 2010 pada 10:45 PTG  

Salam jika dpt nanti berjaga-jagalah dgn bil miltimedia diatas angin guna tidak tapi tiap2 bulan kena bayor.

* Moralnya tidak ada free skg nie.

abu muaz 1 Disember 2010 pada 7:18 PG  

betul kata AAP... ingat bil, ingat bil , ini bisnes belake ni.

ikan emas 1 Disember 2010 pada 7:42 PG  

salam '

sekiranya mr relevan ada calon yg rasanya patut diberi nb ni bgtau laa...tulis surat kat pak menteri ..tak der masalah kan ??..
yp kalau dah kat rumah pun dah bada 4-5 pc bagai macam ner nak bagi???

cik Shinju,

tahu ke sape yg jual tu ???...kena buat aduan..tak patut gitu. Kalu cik shinju nk mohon aje lah .Mohon toke boleh pertimbangkan atau mungkin nb tu tak suai utk cikshinju kot...abis tu yg online ni cikshinju guna apa ???

sahromnasrudin 1 Disember 2010 pada 7:43 PG  

alhamdulillah..sy dah pun dpt..huhuh

ikan emas 1 Disember 2010 pada 7:44 PG  

ops..

nk tumpang sekaki lagi..

semua tempat dapat..tak kira kedah ke selangor ke kelantan ke ? ..melayu ke cina siam ke..putih ke hitam ke coklat ke ...kita orang malaysia...cuma benda ni bukan boleh main bagi gitu aje kan??/

sekian, terima kasih.

Sharinginfoz 1 Disember 2010 pada 8:03 PG  

semoga diaorang dapat gunakan dengan sebaik yang mungkin

eelobor 1 Disember 2010 pada 8:39 PG  

meh sini sebijik...senang teman nak bawak ke hulu ke hilir

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP