Model botak Renee Alway mahu bina hidup baharu
Tweet
Read more...
WANITA itu mencukur rambutnya ketika hadir di sebuah mahkamah California untuk sebutan kes pecah rumah dan memiliki dadah pada Khamis lalu.
CALIFORNIA - Bekas finalis program realiti televisyen America's Next Top Model 2007, Renee Alway membotakkan kepala sebagai tanda dia ingin memulakan hidup baharu.
Alway, 27, berbuat demikian selepas dia ditahan pada 28 Jun lalu bagi membantu siasatan polis dalam kes pecah rumah dan pemilikan dadah.
Saluran berita Amerika Syarikat, KESQ menyiarkan rakaman menunjukkan Almy hadir di sebuah mahkamah di Palm Spring di sini pada Khamis lalu dengan berkepala botak.
Kakak selebriti itu memberitahu portal hiburan TMZ.com bahawa adiknya ingin memulakan kehidupan baharu dengan perubahan drastik itu menjadi langkah pertama proses tersebut.
Menurut akhbar Daily Mail, perbicaraan lanjut kes tersebut dijadualkan pada Ogos depan.
Sementara itu, Alway ditahan di pusat tahanan Larry D. Smith dekat sini dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$150,000 (RM481, 200)
.- AGENSI (kosmo!)
Read more...