GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 24 April 2012

Lakaran pakaian Lady Gaga didedah


LAKARAN pakaian yang akan dipakai Lady Gaga.
SEOUL - Empat lakaran pakaian yang bakal digayakan bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga pada konsert jelajah di Korea Selatan didedahkan semalam.
Ia termasuk fesyen pakaian sendat yang direka dengan mempunyai bentuk seperti gitar dan sebuah papan kekunci piano.
Menurut rakan kongsi pereka pakaian jenama Giorgio Armani, firma Shinsegae International, Lady Gaga, 26, juga akan memperkenalkan pakaian jenama terkenal itu di empat lokasi lain semasa konsert jelajahnya berlangsung.
Koleksi pakaian baharu penyanyi tersebut termasuk sehelai sut hitam diperbuat daripada beratus-ratus tiub vinil yang dijahit dengan butang logam dan kepingan kaca.
"Pakaian terkini itu diperbuat daripada pelbagai material yang melambangkan konsep futuristik," kata Shinsegae.
Korea Selatan melarang penduduk berusia bawah 18 tahun menonton konsert Lady Gaga kerana ia didapati tidak sesuai untuk peminat remaja.
Sejumlah penganut agama Kristian turut berkumpul kelmarin bagi menentang konsert itu dengan menuduh penyanyi tersebut menyokong homoseksual dan pornografi.
Pakaian itu juga akan dibawa ke Hong Kong, Singapura, Australia dan New Zealand semasa konsertnya berlangsung.
Lady Gaga disenaraikan sebagai 100 individu yang paling berpengaruh sebagai ikon fesyen oleh majalah Time.
Dia pernah mengejutkan para peminat apabila memakai koleksi pakaian yang diperbuat daripada daging mentah.
Penyanyi itu tiba di sini pada Jumaat lalu seminggu sebelum konsertnya berlangsung.
Sementara itu, poster yang menentang konsert Lady Gaga dipasang di beberapa lokasi di sini.
Poster itu dipasang oleh anggota-anggota pertubuhan Perikatan Kesopanan Kebudayaan dan Seksualiti. - AFP
* Sumber

Read more...

100,000 wanita Britain berkhatan



Pengamal perubatan alternatif, doktor gigi sedia beri perkhidmatan secara rahsia

LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 wanita di Britain dilaporkan berkhatan dengan pengamal perubatan di Britain yang menawarkan untuk menjalankan prosedur terbabit secara haram terhadap golongan budak perempuan seawal usia 10 tahun.


Sekumpulan wartawan dari Sunday Times berkata bahawa mereka merakamkan secara rahsia seorang doktor, doktor gigi dan pengamal perubatan alternatif yang didakwa bersedia untuk menjalankan khidmat khatan berkenaan atau mengatur supaya pembedahan dijalankan. Doktor dan doktor gigi terbabit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan.

Amalan berkenaan yang membabitkan pembedahan membuang alat kelamin dalaman dan dalam beberapa kes menjahit bukaan faraj adalah haram di Britain dan boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun. Ia juga bertentangan dengan undang-undang untuk melakukan pemotongan genitalia wanita (FMG).
Amalan yang dikenali sebagai ‘memotong’ secara tradisi dijalankan atas alasan budaya di Afrika dan dengan meningkatnya jumlah imigran dari negara seperti Sudan, Somalia dan Habsyah ia menjadi semakin biasa di Britain.

Ia dipercayai bertujuan untuk membuktikan ‘kesucian’ seorang gadis apabila mereka berkahwin. Pesakit biasanya jarang diberikan ubat bius dan akan mengalami kesakitan.

Kajian mendapati bahawa setiap tahun lebih 22,000 gadis di Britain dan lebih 6,000 di London berisiko terhadap prosedur yang mungkin boleh membawa maut itu.

Polis Metropolitan berkata bahawa sejak 2008, mereka menerima sebanyak 166 laporan membabitkan mereka yang bimbang berisiko terhadap FGM. Di 43 wilayah di England dan Wales, tiada yang pernah disabitkan dengan kesalahan itu, lapor Sunday Times. 

Akhbar itu menambah hanya dua doktor yang digantung lesen mereka oleh Majlis Perubatan Umum sejak 1980.

Sebuah pertubuhan kebajikan yang berkempen menentang FGM, Forward menganggarkan bahawa sebanyak 100,000 wanita di United Kingdom melakukan khatan.

Model Waris Dirie, yang mendakwa pernah melakukan khatan ketika kanak-kanak adalah antara mereka yang bersuara lantang menentang amalan itu.

Beliau yang menggesa tindakan tegas terhadap FGM berkata: “Jika seorang gadis kulit putih didera, polis akan datang memecah pintu. Jika seorang gadis kulit hitam dikhatan, tiada siapa yang mengambil berat terhadapnya. Ini yang saya sifatkan sebagai perkauman.” – Agensi


* Sumber

Read more...

Isnin, 23 April 2012

Datuk Seri Shafie Apdal Nafi Beri RM1.5 Juta Kepada Zahida Rafik


Shafie Apdal
PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal pada Isnin tampil menafikan dakwaan bahawa beliau memberikan wang berjumlah RM1.5 juta kepada aktres Zahida Mohamed Rafik.
Malah menurut Shafie, laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman Azemi mengaitkan beliau sebagai orang yang bertanggungjawab melantiknya sebagai pemandu peribadi Zahida sejak 2009 adalah tidak benar.
"Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman Azemi yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.
Zahida Rafik
"Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.
Selain itu Shafie yang juga Naib Presiden Umno turut menyifatkan penyebaran laporan polis berkenaan oleh pihak-pihak tertentu sebagai tindakan berniat jahat.
"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsurpolitik semata-mata," katanya.
Tambah Shafie, beliau sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya berhubung isu berkenaan.
"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.
Laporan polis itu sebelum ini didedahkan oleh Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kepada pihak media di Parlimen.
Berdasarkan laporan polis bertarikh 13 Mac tahun ini, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktobertahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan.
* Sumber mStar Online

Read more...

Lelaki subur pupus 2062



Sperma mikroskopik berkurangan akibat obesiti, tekanan

MUMBAI: Dunia berdepan masalah ketiadaan lelaki subur dalam tempoh 50 tahun lagi berikutan bilangan sperma mikroskopik yang semakin berkurangan kerana peningkatan tahap tekanan, obesiti dan pencemaran udara.
Akhbar Times of India melaporkan, lebih membimbangkan apabila anggaran menunjukkan kekurangan itu mencecah 50 peratus sejak 50 tahun lalu.

Pegawai yang bertanggungjawab mengusahakan garis panduan India untuk membantu teknik reproduktif, Dr P M Bhargava, berkata aliran pengurangan sperma dikesan sejak pertengahan tahun 1990-an di Barat.
“Beberapa doktor di India percaya keadaan itu juga berlaku di negara ini. Kajian di Barat menunjukkan bilangan itu menurun dua peratus setiap tahun. 

“Pada kadar ini, tiada lagi lelaki subur antara 40 hingga 50 tahun lagi,” kata Bhargava yang dianggap antara saintis terkemuka India.

Beberapa tahun lalu, kajian di Scotland terhadap 7,500 lelaki yang mengunjungi Pusat Kesuburan Aberdeen antara 1989 hingga 2002 menunjukkan purata sperma berkurangan hampir 30 peratus. 

Kajian lain dari Copenhagen pula mendapati mendapati punca utama masalah itu ialah penyalahgunaan alkohol, merokok dan obesiti.

“Banyak bahan yang digunakan setiap hari seperti plastik atau botol susu membebaskan kimia yang sama dengan estrogen, hormon wanita,” kata Bhargava.

Kata saintis, pendedahan kepada kimia seperti hormon wanita boleh mengurangkan sperma pada lelaki. 

Penggunaan racun serangga seperti DDT dan dioksin juga antara punca masalah itu.

Namun, sebahagian saintis tidak bersetuju. Pakar kesuburan, Dr Aniruddha Malpani, berkata gangguan yang disebutkan cuma satu daripada teori tidak dibuktikan untuk menjelaskan mengenai pengurangan sperma.

“Ia teori paling terkenal tetapi belum terbukti lagi. Kadar ketidaksuburan ialah masalah lelaki dan wanita disebabkan mereka lewat berkahwin serta bertangguh untuk melahirkan anak,” katanya.

Seorang lagi pakar, Dr Anjali Malpani, memberikan statistik bagaimana sperma menurun sejak berdekad lalu.

“Ketika menubuhkan bank sperma pertama di Mumbai dua dekad lalu, kami mudah mendapat 40 hingga 60 juta sperma setiap satu mililiter,” katanya.

Namun pada akhir tahun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyemak semula definisi bilangan sperma normal kepada 20 juta setiap mililiter. 

Jadi, bank sperma cuma menolak penderma yang bilangan sperma tidak sampai 15 juta setiap mililiter.

“Pada 1950-an, WHO sendiri mengikat bilangan normal pada 113 juta setiap mililiter,” katanya.

“Dua dekad lalu, apabila kami menubuhkan bank sperma pertama, kami ditanya bagaimana mahu menggunakan perkataan itu secara terbuka. 

“Sukar mendapatkan sumbangan kerana lelaki tidak mahu seseorang yang kelihatan seperti mereka berjalan-jalan di bandar 20 tahun akan datang,” kata Malpani. – Agensi


* Sumber

Read more...

Batang pokok betik berwajah manusia


MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.
PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.
* Sumber Kosmo!

Read more...

Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan


WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.
Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.
Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.
Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.
Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.
Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.
Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. - Agensi
* Sumber

Read more...

Tiada rayuan BR1M selepas 30 April


KERATAN Kosmo! 18 April 2012.
IPOH – Orang ramai yang ingin mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian sebelum ia ditutup sepenuhnya pada 30 April ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tempoh tersebut dianggap memadai untuk memberi peluang kepada pemohon membuat rayuan bagi mendapatkan wang bantuan RM500 tersebut.
Katanya, kerajaan sudah memberi masa yang bersesuaian bagi memastikan pemohon mengemukakan rayuan dan mengelak keciciran mereka yang layak mendapatkan bantuan berkenaan.
“Kita sudah bagi tempoh lama untuk membuat rayuan, jadi kita perlu tutup buku. Saya juga pernah memberitahu sebelum ini, pada bulan ini (April) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan itu akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai.
“Jadi, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan proses kutipan cukai berkenaan,” katanya.
* Sumber Kosmo!

Read more...

Ahad, 22 April 2012

Saya masih hidup - Bob Kuman


BOB KUMAN menunjukkan bukti dia masih hidup ketika ditemui di rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA - Berita kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman yang tersiar di laman sosial dan Twitter semalam ternyata khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini semalam berasa sedih dan kesal dengan penyebaran berita tersebut.
"Saya sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada saya.
"Kepada para peminat, jangan cepat percaya kepada khabar angin dan doakan saya agar cepat sembuh," katanya yang mempunyai berat badan 219 kilogram.
Dia kini masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya berair.
Sementara itu, pembantu perubatannya, Mohd. Farid Hamzah berkata, Bob dijangka pulih dalam tempoh sebulan lagi.
"Buat masa ini, dia tidak boleh mengambil makanan berkanji seperti nasi serta perlu minum banyak air.
* Sumber Kosmo!

Read more...

Kanak kanak tercekik ikan Puyu


ISMAIL menunjukkan bangkai ikan puyu yang melompat masuk ke dalam mulut cucunya di Machang, Kelantan semalam.
KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin.
Muhammad Akhif Danish Shamsuri terpaksa bertahan dalam kesakitan selama empat jam sebelum doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya mengeluarkan ikan itu yang masih hidup dari dalam mulutnya.
Mangsa dipercayai cuba memegang ikan peliharaannya itu sebelum ia melompat ke dalam mulutnya.
Bapa mangsa, Shamsuri Shafie, 28, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada adiknya sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
“Ikan puyu itu dikatakan tersangkut di dalam mulut anak saya dan hanya nampak ekor. Adik saya sempat memegang ekornya bagi mengelak ia terus masuk ke dalam kerongkong,” ujarnya ketika ditemui di hospital itu semalam.
Menurut Shamsuri, adiknya bergegas membawa mangsa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke HRPZ II.
“Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah terkena duri ikan itu. Nasib baik masih ada ruang untuk anak saya bernafas,” katanya.
Kata Shamsuri, doktor HRPZ II pada mulanya mahu melakukan pembedahan kecil pada bahagian halkum anaknya untuk mengeluarkan ikan tersebut.
* Sumber Kosmo!

Read more...

Sabtu, 21 April 2012

Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Menteri, Zahida Bertindak


Zahida Rafik.
PETALING JAYA: Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu.
Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.
"Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.
Antara entri yang dibalas Zahida kepada pengikut Twitter.
Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.
Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa.
"Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia," kata Zahida.
* Sumber mStar Online

Read more...

Toyol Betina

SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.

DITAHAN...suspek

Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.

 * Sumber myMetro

Read more...

Jumaat, 20 April 2012

Pegawai Polis Di Jepun Ditahan Jilat Rambut Wanita


TOKYO: Seorang pegawai polis di Jepun telah ditangkap kerana menjilat rambut seorang wanita di sebuah restoran, kata polis, Khamis.
Rakan-rakan pegawai menahan pakar forensik, Tatsuya Ichikawa, 50, di restoran makanan segera selepas dia dilihat menjilat rambut ikal seorang wanita berusia 25 tahun tanpa rasa curiga di wilayah Shizuoka, di tengah Jepun.
"Saya mahu menjilat, jadi saya lakukannya," Ichikawa memberitahu polis, menurut laporan media.
Seorang jurucakap polis di Shizuoka mengesahkan penangkapan Ichikawa, sambil menambah bahawa beliau sedang bercuti sakit pada masa itu dan bukan pakar dalam menganalisis rambut manusia.
* Sumber


Read more...

Pemuda Nepal pusing bola atas berus gigi cipta rekod dunia


KATHMANDU, Nepal - Sebiji bola berpusing selama 22.5 saat pada sebatang berus gigi yang dibuat oleh seorang pemuda, Thaneswar Guragai di sini semalam.
Guragai akan menghantar rakaman video yang menunjukkan dia melakukan perbuatan itu kepada pihak pengurusan Guinness World Records untuk mendapatkan pengesahan.
Bola tersebut berpusing semasa mulut Guragai mengenggam berus gigi itu.
Rekod sebelum ini dibuat oleh Thomas Connors apabila bola itu hanya berpusing selama 13.5 saat. - Agensi
* Sumber

Read more...

Justin Bieber palsu pujuk gadis beraksi lucah



TORONTO: Seorang lelaki Kanada yang menyamar sebagai Justin Bieber dan menggoda seorang budak perempuan untuk melakukan aksi seks di Internet mungkin mempunyai mangsa sehingga di lima negara.

Pihak berkuasa berkata, Lee Moir kini berdepan tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak ekoran hubungannya dengan seorang budak perempuan berusia 12 tahun dari New Jersey.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di negeri itu mengesyaki aktiviti Moir, 34, jauh lebih besar.
Jurucakap pendakwa raya daerah Essex, Katherine Carter, berkata siasatan masih dijalankan tetapi setakat ini pihaknya yakin mangsa Moir lebih ramai, sama ada di Amerika Syarikat atau negara lain. “Moir dipercayai menghubungi budak perempuan di Kanada, Australia, Perancis dan Filipina tetapi tiada dakwaan dikenakan ke atasnya,” katanya.

Moir kini menghadapi tuduhan di Kanada sejak ditahan pada 4 April.

Polis Toronto mendakwa Moir menyamar sebagai Bieber sensasi pop yang mempunyai ramai peminat setia di kalangan remaja perempuan dan meyakinkan budak perempuan New Jersey itu melakukan aksi seks di depan kamera pada komputernya.

Moir juga berulang-kali mengugut keluarga mangsa dan mengancam memuat naik gambar budak terbabit ke laman sesawang lucah.

Setakat ini, dakwaan itu belum dibuktikan di mahkamah Pihak berkuasa berkata, Moir ditahan ketika cuba bertemu dengan seorang anggota polis yang menyamar sebagai remaja perempuan berusia 14 tahun.

Jurucakap polis berkata, Moir berdepan 10 tuduhan dengan tujuh daripadanya membabitkan mangsa di New Jersey.

“Moir dipercayai beroperasi menggunakan sejumlah profil palsu, termasuk menggunakan nama Lee ONeel, Justy.beber1 dan Yodayoda001. - AP

* Sumber

Read more...

Pengetua antara pelanggan pelacur


SINGAPURA 17 April - Seramai 44 lelaki termasuk seorang pengetua sekolah, pegawai tentera laut dan pegawai kanan kerajaan dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana dituduh melakukan seks dengan pelacur bawah umur.

Kumpulan lelaki yang turut melibatkan ahli perniagaan dan profesional kewangan itu didakwa selepas ditahan lewat tahun lalu dalam satu operasi polis besar-besaran sejak undang-undang menentang pelacuran di bawah umur diketatkan pada 2008, lapor media tempatan hari ini.

Walaupun aktiviti pelacuran dibenarkan di Singapura, melanggan pelacur di bawah umur 18 tahun adalah satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman sehingga tujuh tahun penjara.

Senarai suspek turut disiarkan oleh media arus perdana bersama gambar beberapa lelaki yang hadir ke mahkamah semalam atas pelbagai kesalahan.

* Sumber

Read more...

Lelaki bogel di lapangan terbang


Brennan berbogel semasa berada di ruang pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland pada Selasa lalu
PORTLAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penumpang, John E. Brennan berkata, dia hanya berbogel dan tidak berkelakuan lucah di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland di sini pada Selasa lalu.
Brennan, 49, menanggalkan semua pakaiannya semasa dia diperiksa oleh anggota-anggota keselamatan lapangan terbang.
Menurutnya, dia berbogel kerana membantah kaedah pemeriksaan keselamatan yang menggunakan alat pengimbas badan.
"Cara paling baik untuk memberitahu mereka (anggota-anggota keselamatan itu) bahawa saya tidak membawa bom adalah dengan menanggalkan pakaian saya," katanya semasa diwawancara pemberita agensi berita AP.
Ketika kejadian, dia mahu menaiki pesawat ke San Jose, California.
Namun, Brennan ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia enggan memakai semula pakaian selepas diarahkan.
Dia kemudian ditahan di sebuah penjara tetapi dibebaskan pada Selasa lalu.
Lelaki itu didakwa kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dan menunjukkan kelakuan lucah. - Agensi
* Sumber

Read more...

Dijual suami dengan harga RM130


TOO (kanan) bersama Wilson Lau pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.
Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130.
“Saya ingatkan pemanggil tersebut tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima beberapa panggilan yang sama tujuannya, saya mula mengesyaki sesuatu.
“Perbuatan suaminya terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suami saya yang menyatakan saya menyediakan perkhidmatan seks dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya,” dakwanya pada sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini semalam. Turut serta Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau.
Too yang hidup bersama tiga orang anaknya setelah ditinggalkan suami sejak tahun 2009 berkata, keadaan itu telah membuatkan dia hidup tertekan apabila ramai jiran turut bertanyakan mengenai perkara tersebut.
* Sumber Kosmo!


Read more...

Khamis, 19 April 2012

7 Gadis Yang Terlihat Seperti Boneka


Ada tren baru dalam bergaya baru baru ini salah satunya adalah gaya yang mirip boneka salah satunya seperti 7 gadis berikut ini yang bergaya mirip sekali dengan boneka kalian ingin tahu siapa saja mereka simak berikut ini 7  Gadis Yang Terlihat Seperti Boneka.
1. Dakota Rose
Dakota Rose
Gdis berusia 16 tahun ini sangat mirip sekali dengan boneka Barbie, kemiripanya yang luar biasa ini mengakibatkan Dakota Rose sangat terkenal di berbagai negara seperti Jepang dan China dimana dia telah di beritakan di berbagai media di sana.
2. Venus Palermo
Venus Palermo
Gadis berusia 15 tahun asal London ini sangat terobsesi sekali tampil seperti boneka. Karena kecintanya dengan bergaya mirip boneka Venus Plermo mengungah video di youtube memberitahukan bagaimana caranya untuk bisa tampil seperti boneka dan video itupun banyak di lihat pengemarnya dan penguna youtube mendadak video Venus Palermo menjadi terkenal di Youtube.
3. Lily Coles
Model dan aktris Lily Coles terkenal dengan wajah bonekanya porselen.
4. Lin Ke Tong
Lin Ke Tong
Lin Ke Tong Lahir pada tanggal 20 September 1988, Lin Ke Tong adalah Model Iklan dan memiliki tinggi 172 cm.
5. Alodia Gosiengfiao
Alodia Gosiengfiao adalah pemenang penghargaan Cosplayer yang berbasis di Filipina dia menjadi terknal  dengan gayanya yang tampil mirip sekali dengan boneka. Alodia Gosiengfiao meulai dunia cosplayersejak tahun 2003 dan mulai mengikuti kompetisi cosplayer ketika umurnya 18 tahun.
6. Wang Jiayun
Wang Jiayun
Gadis cantik sma asal China ini telah terkenal di internet  Korea karena berpenampilan seperti boneka. Wang Jiayun memiliki tinggi  164 cm dan berat 42 kg. Lahir di Kowloon, Hong Kong SAR, dia saat ini tinggal di Shenzhen, provinsi Guangdong, Cina.
7. Charlotte Hothman
Gadis berusia 24 tahun ini sangat terobsesi sekali dengan boneka barbie . Charlotte Hothman setidaknya telah menghabisakan £ 10.000 untuk bedah plastik agar bisa terlihat seperti barbie ia telah oprasi hidung,suntik  kolagen pada bibir dan mengecat rambutnya pirang untuk berubah menjadi Barbie.
* Sumber palingseru

Read more...

Kementerian Kesihatan Akan Teliti Sama Ada 'Daun Pisang Tiruan' Selamat Digunakan


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan akan meneliti dakwaan bahawa "daun pisang tiruan" yang digunakan oleh beberapa restoran India membahayakan kesihatan.
"Kami akan mengesahkan apa bahan-bahan yang digunakan untuk membuat daun tiruan ini," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman ketika dihubungi, Rabu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab tuntutan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa "daun" telah dicelup dengan warna hijau dan mungkin mengandungi sisa dakwat sisa yang membahayakan.
Dalam sidang akhbar, Rabu, Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata "daun pisang tiruan" yang digunakan oleh restoran-restoran boleh membahayakan kesihatan kerana dibuat daripada surat khabar yang dikitar semula.
Beliau berkata bahan tambah yang digunakan boleh mengeluarkan bahan kimia apabila makanan panas dihidangkan di atas daun.
"Saya mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan terhadap pengusaha restoran yang menghidang makan di atas daun pisang palsu," katanya.
"Kajian menunjukkan bahawa permukaan daun pisang juga mempunyai ciri-ciri antibakteria.
"Ianya terbiodegradasi, tidak seperti daun kertas yang tidak mesra alam," kata Mohamed Idris
Beliau mendakwa pengusaha restoran cuba mengurangkan kos kerana kos daun pisang kertas hanyalah RM5.50 setiap timbunan yang mengandungi 100 helaian berbanding daun sebenar yang menelan kos sehingga 30sen setiap helaian.
Sementara itu, pengendali restoran India yang popular di sini berkata daun pisang kertas telah disahkan oleh Sirim.
"Kami telah menghantar sampel untuk ujian awal tahun ini dan diberitahu bahawa ia mematuhi kehendak Akta Makanan Malaysia," kata Pengurus Restoran Kanna Curry House, Muthu Kumar.
Restoran itu berkata perubahan itu dibuat demi kebersihan dan kerana kekurangan daun pisang di negara ini.
* Sumber mStar Online

Read more...

Diseksa kekasih warga Nigeria


SUBANG JAYA: Hanya kerana silap memasukkan kad mesin juruwang automatik (ATM) sehingga kad itu disekat, seorang wanita mendakwa diseksa teman lelakinya yang berasal dari Nigeria selama lebih 24 jam di sebuah kondominium di USJ 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, mangsa yang juga pelajar kolej swasta berusia 25 tahun mendakwa kepalanya dihantuk ke dinding, badannya dihempas ke sinki dan mukanya dicucuh dengan rokok oleh teman lelakinya yang berusia 26 tahun.

Sumber berkata, kejadian berlaku sejurus mangsa pulang dari tempat kerja sambilannya apabila dia tiba-tiba diserang suspek yang menunggunya di dalam rumah.

Menurutnya, pada mulanya mangsa dipukul menggunakan botol plastik sebelum kepala wanita malang itu dihantuk ke dinding beberapa kali.

“Selepas puas menghantukkan kepala mangsa, suspek kemudian mengangkat wanita terbabit sebelum menghempasnya ke atas sinki bilik air dan perbuatan kejam itu berterusan sehingga kira-kira tiga jam.

* Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP