GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 3 Januari 2013

Wanita diLarang membonceng Motosikal seperti Lelaki


SEORANG wanita membonceng sebuah motosikal di Banda Aceh semalam.

BANDA ACEH, Indonesia - Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan.

Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.
Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal.
"Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.
"Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya.
Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam.
Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.
Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001.
Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi. - AFP
* Sumber

Read more...

Info : Bantuan Persekolahan RM100 dibayar 15 Januari


KESERONOKAN murid mendapat wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang pada tahun lalu akan berulang mulai 15 Januari ini. Gambar kecil, Dr. Mohd. Puad.

SEREMBAN – Kerajaan menepati janji untuk membantu meringankan beban ibu bapa dengan menyalurkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 yang bakal dinikmati kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mulai 15 Januari ini.
Berdasarkan pekeliling Kementerian Pelajaran, wang tersebut akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada pihak sekolah sebelum diserahkan sepenuhnya dalam bentuk tunai kepada ibu bapa.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan, pihak sekolah tiada hak membuat sebarang pemotongan termasuk untuk yuran Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
“Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa, sama ada mereka mahu menggunakannya untuk bayar yuran PIBG itu hak mereka tetapi saya menegaskan pihak sekolah tidak mempunyai hak untuk membuat apa-apa potongan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Lawatan Rasmi Kolej Tunku Kurshiah di Bandar Enstek, Nilai, di sini semalam.
Mohd. Puad membuat peringatan itu selepas mengambil kira bantahan sesetengah ibu bapa mengenai tindakan pihak sekolah membuat potongan yuran sewaktu skim bantuan khas persekolahan itu dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun lepas.
“Kita tidak mahu ada lagi aduan pihak sekolah buka meja untuk agih wang bantuan dan di tepinya pula ada meja lain untuk bayar yuran, Wang RM100 ini hak ibu bapa,” ujarnya.
Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.
Bantuan itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 bagi meringankan beban ibu bapa tanpa mengira latar belakang serta pendapatan untuk menguruskan persekolahan anak-anak.
Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang kemudian mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaran.
* Sumber kosmo! Online

Read more...

Wanita ini tidak Makan Buah dan Sayur seumur hidup


Marla Lopez

Sayur hijau dan buah-buahan menjadi sesuatu yang wajib diambil jika tubuh kita ingin sihat dan kuat. Namun bagaimana dengan seorang wanita asal Amerika Syarikat yang selama hidupnya tak pernah makan sayur hijau dan buah?

Dilansir Genius Beauty, Marla Lopez (54) dikenali juga sebagai wanita si pemilih makanan. Ia tidak pernah makan sayur-sayuran hijau atau buah. Bahkan ia rela hanya makan kerepek kentang, keropok, pancake, susu, dan ais krim.

"Saya mencintai apa yang saya makan dan begitu menikmatinya," ujar Lopez, Ia pilih-pilih makanan sejak masih bayi. Jika tidak sesuai Lopez pun akan muntah.

Pola makan yang dimiliki Lopez ini ternyata dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koroner. Meskipun ia hanya makan roti, kentang, dan susu, tahap kolesterol yang dimilikinya hanya 174 mg.

Menurut American Heart Association, angka ini dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung koroner.

Dalam wawancara dengan Good Morning America, Lopez menjelaskan bahawa spaghetti, telur, dan hamburger, dicintai oleh banyak orang, namun menjijikkan baginya. Dia tidak berfikir buah dan sayur-sayuran boleh disebut makanan.

Hal itulah yang membuat Lopez tidak harus bisa memasak. Dan, untuk mengubati dirinya sendiri dengan sesuatu yang lazat, kadang-kadang ia membeli ais krim, pancake, kentang goreng, dan daging.

Meskipun Lopez melakukan diet yang sangat tidak sihat, namun ia merasa sihat dan tak mempunyai masalah pada berat badan.

* Sumber inilah.com


Read more...

Sumpahan Kelas Petang


MIRI: Seorang pelajar tingkatan dua yang sebelum ini menyuarakan keengganannya ke sekolah pada sesi petang kerana adik-beradiknya yang lain bersekolah pagi, ditemui mati tergantung di tingkap bilik di rumahnya di Desa Pujut, di sini, semalam.

Alexander Ajang, 14, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12 tengah hari.

Ibu saudara mangsa, Roselind, 32, berkata, kematian mangsa amat mengejutkan kerana sejam sebelum kejadian, dia bersikap seperti biasa ketika membuka pintu rumah untuk bapanya berusia 40-an yang pulang untuk menghantarnya ke sekolah.

“Sebaik bapanya yang juga abang saya tiba di rumah, dia berehat di rumah tamu dan menyuruh anaknya itu mandi serta memakai seragam untuk ke sekolah.

“Tapi, selepas setengah jam dia masih tidak keluar dari bilik biarpun ayahnya memanggil namanya beberapa kali. Sebaik pintu bilik dibuka, ayahnya terkejut melihat dia tergantung di tingkap bilik dan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut wanita itu, sehari sebelum kejadian, mangsa memberitahu tidak mahu ke sekolah kerana abang serta adik-beradiknya yang lain bersekolah sesi pagi dan hanya dia pada sesi petang.
“Bagaimanapun, semua ahli keluarga lain tidak mengendahkan kata-katanya kerana menganggap itu perkara biasa saja. Kami tidak menyangka dia akan mengambil tindakan drastik seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

* Sumber myMetro


Read more...

Rabu, 2 Januari 2013

Hot Photo : Perkahwinan Boss Playboy


Boss Playboy Hugh Hefner akhirnya menikahi kekasihnya yang berusia 26 tahun, Crystal Harris. Mereka telah resmi menjadi pasangan suami-istri pada malam tahun baru 31 Desember lalu di Playboy Mansion, Beverly Hills, California.


Cystal terlihat cantik dengan balutan gaun pink rancangan Romona Keveza. Reuters/Elayne Lodge


Sedangkan untuk Hugh Hefner tampak mengenakan tuxedo hitam. Reuters/Elayne Lodge.


Hugh dan Crystal berpose dengan kek pernikahan mereka yang lengkap ada foto keduanya di atas kek tersebut. Reuters/Elayne Lodge.


"<i>Today is the day I become Mrs. Hugh Hefner. Feeling very happy, lucky, and blessed</i>," tulis Crystal lewat akun Twitter pribadinya. Reuters/Elayne Lodge.


Bunga-bunga bernuansa pink-putih-ungu menghiasi pernikahan mereka. Twitter.

* Sumber detikHot


Read more...

Pelakon Zarina Anjoulie Didakwa Miliki Dadah


Zarina Anjoulie
PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.
Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes. - BERNAMA.
* Sumber mStar Online

Read more...

Wanita Seksi di TV Itali Akan diCantas


Belen Rodriguez, model dan bintang di TV Itali

Wanita-wanita seksi dengan pakaian singkat sudah lama mewarnai pelbagai acara di televisyen Itali. Penampilan para wanita ini mungkin tidak akan lagi dipertahankan, paling tidak di televisyen milik negara, RAI.

Pengarah baru RAI, Anna Maria Tarantola, berkata penampilan wanita dengan pakaian singkat seperti itu merendahkan kaum perempuan.

"Saya ingin penggambaran wanita Itali yang lebih bermaruah. Saya ingin menyampaikan mesej bahawa wanita Itali adalah kaum yang punya bakat dan kemampuan," kata Tarantola.

Kajian di Itali menunjukkan para wanita dengan pakaian minim banyak dimanfaatkan untuk acara kuiz dan game.

Bahan olok-olok

Mereka biasanya menjadi pembantu pembawa acara, yang biasanya lelaki dan berumur lebih tua. Para wanita ini sering menjadi bahan olok-olok di acara tersebut.
rodriguez

Rodriguez mengatakan wanita cantik akan membuat televisyen banyak ditonton.

Tidak semua orang bersetuju dengan keputusan Tarantola, di antaranya adalah Belen Rodriguez, model dan bintang di TV Itali.

Beberapa bulan lalu ia tampil "sangat berani" di satu acara muzik televisyen yang membuat penonton yakin bahawa ia tidak mengenakan pakaian dalam.

"Televisyen memakai formula yang sebenarnya sangat mudah. Jika ada wanita cantik, maka acara itu pasti akan ditonton," kata Rodriguez.

Maddalena Corvaglia, model yang dulu sering tampil di televisyen milik mantan PM Silvio Berlusconi, sementara itu mengatakan setuju dengan langkah pengarah baru RAI, namun juga pesimis hal itu boleh diwujudkan dalam waktu yang singkat.

"Saya tentu ingin melihat perubahan radikal ini. Tapi saya juga menyedari bahawa persoalan di lapangan tidak mudah diatasi," katanya.

* Sumber kompas.com


Read more...

Kembar dipisah tapi tak boleh berpisah


 
HASSAN (kiri) dan Hussein yang masing-masing memiliki satu kaki gemar berlumba dengan kereta mainan mereka.

LONDON: Kali pertama melihat imbasan dalam rahimnya, si ibu ternampak dua janin saling berpegangan tangan dan pasangan kembar itu mungkin tidak mempunyai harapan untuk hidup.

Doktor memberitahu Angie Benhaffaf bahawa ada kemungkinan seorang daripada anaknya akan selamat, tetapi seorang lagi akan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Berdepan dengan kenyataan itu, Angie terpaksa menyediakan mentalnya untuk mengebumikan seorang daripada anaknya.

HASSAN (kiri) dan Hussein sebelum mereka dipisahkan melalui pembedahan pada 2010.

Kini, selepas pembedahan yang berjaya memisahkan mereka, anak kesayangan Angie itu membuktikan mereka sebenarnya ‘tidak boleh dipisahkan.’ Selepas tiga tahun lahir, keakraban antara Hassan dan Hussein begitu kukuh sehinggakan mereka tetap berpegangan tangan ketika tidur - sama seperti ketika mereka belum dipisahkan melalui pembedahan. Malah, jika duduk bersama, keadaan mereka juga sama seperti ketika mereka bercantum dari dada hingga ke tulang punggung. Di sebalik keadaan itu, Hassan dan Hussein memang tidak banyak berbeza berbanding kanak-kanak normal lain.

Kata Angie, 38, kembar itu sentiasa aktif bermain dan lasak. “Nampaknya ada persaingan antara Hassan dan Hussein,” katanya.

Ketika ini, pasangan kembar itu cuba berjalan menggunakan kaki palsu yang baru dipasang pada mereka.


“Memerhati mereka sangat mengasyikkan,” katanya.

Keadaan fizikal Hassan dan Hussein menyebabkan setiap seorang daripada mereka menggunakan satu kaki palsu.

Kata Angie, percantuman anaknya bermakna mereka berkongsi hampir segala-galanya, termasuk organ hati dan urat saraf di sekeliling jantung.

Walaupun berisiko tinggi, pakar bedah berjaya memisahkan mereka tanpa menyebabkan sebarang kesan mengancam nyawa.

Angie melahirkan Hassan dan Hussein hasil perkahwinannya dengan lelaki kelahiran Algeria, Azzedine. - DM

* Sumber



Read more...

Remaja 13 tahun Cabul kehormatan Gadis dalam Tandas

MELAKA: Mengejutkan apabila seorang remaja lelaki mencabul kehormatan seorang wanita dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Munysi Abdullah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.25 petang, mangsa yang juga pegawai khidmat pelanggan berusia 28 tahun terkejut apabila remaja berusia 13 tahun terbabit merempuh masuk ke dalam tandas wanita di stesen minyak itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek kemudian bertindak memeluk, mencium dan meraba mangsa.
“Wanita itu menjerit untuk mendapatkan bantuan sebelum jeritannya didengari orang awam dan pekerja stesen minyak berkenaan.

“Mangsa berjaya diselamatkan, manakala remaja terbabit ditangkap sebelum diserahkan kepada polis sejurus selepas itu,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, remaja itu ditahan reman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Sementara itu, dalam laman sosial facebooknya, mangsa mendakwa ketika dia membuka pintu tandas itu untuk keluar, datang seorang remaja berusia belasan tahun memegang dan menutup mulutnya.

“Dia mencium pipi dan meraba buah dada saya, ketika bergelut cuba melawannya, saya menjerit meminta pertolongan sehingga pelanggan dan kakitangan sebuah bank berdekatan terdengar jeritan saya.

“Ketika bergelut saya sempat menggigit jarinya, selepas beberapa kali mencuba untuk membuka pintu akhirnya saya terdengar suara beberapa orang di luar tandas,” katanya.

Menurutnya, dia sekali lagi mencuba membuka pintu berkenaan.

“Saya bernasib baik kerana ketika itu terdapat seorang pekerja stesen minyak bersama seorang wanita dan lelaki berada di luar.

“Mereka menangkap remaja berkenaan dan menahannya di tandas lelaki sehingga polis sampai,” katanya.

* Sumber myMetro


Read more...

Aktivis minta kerakyatan wanita Mesir berb0g3l ditarik


ALIA berbogel di Kedutaan Mesir di Stockholm pada 20 Disember lalu.

KAHERAH - Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy berdepan dengan ancaman kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, Sweden baru-baru in.
Portal berita Al-Arabiya semalam melaporkan bahawa seorang aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya berhubung perbuatan Alia.
Menurut Mahmoud, imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel pada 20 Disember lalu.
Mahmoud meminta supaya nama Alia, 22, diletakkan di dalam senarai orang yang perlu dipantau supaya dia boleh ditangkap ketika memasuki Mesir.
Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis wanita daripada kumpulan FEMEN.
Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan payudara termasuk berbogel.
Alia berbogel bersama dua aktivis wanita kumpulan tersebut di Kedutaan Mesir di Stockholm itu.
Dia menunjuk perasaan bagi membantah draf baharu perlembagaan Mesir yang didakwa menyekat kebebasan penduduk dan hak-hak wanita.
Bagaimanapun, draf tersebut diluluskan oleh para pengundi dalam pungutan suara yang diadakan sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember tahun lalu.
Mahmoud turut menyediakan cakera padat digital yang mengandungi gambar Alia berbogel kepada pihak pendakwa raya.
Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar.
"Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya kepada akhbar Al-Watan.
Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini digugurkan.
Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden.
Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter.
- Agensi

Read more...

Kilafairy tolak tawaran Watak Seksi


Kilafairy. Foto ROHAIZAT MD DARUS
PETALING JAYA: Pelakon Kilafairy mengakui, dia terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem gara-gara diberikan watak seksi dan ada diantaranya meminta dia untuk berkemban.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, pengalaman lalu dia pernah berkemban untuk satu babak dalam filem Karak sehingga mencetuskan kontroversi benar-benar mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak bagi setiap tawaran filem yang diterima.
"Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem.
"Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem.
"Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," tegasnya.
Tambah Kilafairy, walaupun dia tahu sikap memilih watak dapat merugikannya sedikit daripada mendapat publisiti, anak kepada Rohana Jalil itu tidak kisah sekiranya namanya kurang popular di kalangan umum.
"Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan hasil pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu.
"Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi hasil lakonan yang bagus," ujarnya.
Sementara itu, tahun 2013 juga merupakan tahun kesibukan pelakon ini apabila dia turut memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap butik, Rack, yang diuruskan bersama kakaknya.
Mengenai perkembangan karier nyanyian pula, Kilafairy bersyukur apabila dia sering mendapat tawaran nyanyian bagi majlis-majlis korporat.
"Alhamdulillah, saya sering menerima undangan persembahan nyanyian di majlis-majlis korporat.
"Bagaimanapun saya cuba mengurangkan undangan nyanyian di stesen televisyen sekiranya saya aktif dalam lakonan drama. Ia adalah bagi mengelakkan orang bosan dengan menonton wajah saya dengan kerap," tutur pelantun lagu Pasti itu.

* Sumber mStar Online


Read more...

Pemuda Nyorok dalam Tangki elak diCekup JAIS


SEORANG lelaki cuba bersembunyi di dalam tangki air bagi mengelak ditangkap penguat kuasa JAIS semalam.

KUCHING – Seorang lelaki berusia 20-an sanggup bersembunyi di dalam sebuah tangki air di hotel bajet di Sekama di sini bagi mengelak ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana berkhalwat dengan teman wanitanya kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sekumpulan penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di hotel tersebut dan menemui seorang wanita berusia 20-an bersendirian di dalam sebuah bilik.
Namun, penguat kuasa tersebut curiga apabila menemui beberapa barangan milik lelaki seperti jam tangan, baju, topi keledar dan kasut di dalam bilik itu manakala tingkap bilik yang terletak di tingkat lima itu didapati terbuka.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Hot : Suami diMadu


BATU PAHAT: Rahsia seorang wanita beranak dua ‘memadukan’ suami selepas dipercayai bernikah dengan seorang doktor di Thailand, Julai lalu, terbongkar apabila rumah dihuni pasangan itu di Penggaram, di sini, diserbu pihak berkuasa, semalam.

Dalam serbuan itu, wanita berusia 35 tahun terbabit berkeras kononnya sudah ‘menceraikan’ suami pertama ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Batu Pahat, jam 1.30 pagi.

Malah, seorang lelaki berusia 40-an, dipercayai abang wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu, memarahi doktor terbabit yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan adiknya.

Pada masa sama, seorang lelaki dipercayai suami pertama wanita terbabit juga tiba tidak lama kemudian dan hanya mendiamkan diri.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Penguat Kuasa JAJ Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pada mulanya, wanita terbabit menafikan dia dan suami keduanya itu sudah bernikah, tetapi mengubah pengakuan selepas didesak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Selasa, 1 Januari 2013

Gadis Cantik ini Jual Pelukan untuk beli iPhone 5


Gadis Cantik yang rela dipeluk demi iPhone ini sedang mempromosi diri untuk dipeluk

Xiamen - Meskipun terbilang berharga mahal, kini Apple telah menjadi idola di China. Bahkan demi dapat membeli peranti Apple idamannya, seorang gadis manis di negara komunis ini rela menjual pelukannya.

China termasuk negara-negara membangun yang kaum mudanya menggilai peranti-peranti besutan Apple.

Jika sebelumnya ada seorang mahasiswi 'menjual diri' demi sebuah iPhone 4S dan seorang pemuda rela menjual buah pinggang untuk boleh membeli iPad 2, kali iini ada seorang gadis yang mengumpulkan wang untuk membeli iPhone 5 dengan menjual pelukannya.

Di Xiamen, sebuah bandar besar di tenggara China, seorang gadis berpakaian hitam tampak berdiri di kaki lima jalan yang ramai. Ia memegang selembar potongan kartus bertuliskan "10 Yuan untuk pelukan, sedang mengumpul wang demi iPhone 5".

Dipetik MicGadget, gadis yang cantik itu berjaya menarik perhatian dan dengan cepat dikelilingi pejalan yang lewat di sisinya. Dalam waktu sekitar 10 minit, ia tampak memeluk tiga orang lelaki yang memang sengaja menghampiri dirinya.

Persoalannya, berapa banyak pelukan yang ia mesti berikan untuk mendapatkan sebuah iPhone 5 idamannya? Di China, peranti telefon pintar terbaru besutan Apple ini dijual mulai dari harga 5.288 Yuan atau setara dengan Rp8, 3 juta.

Jadi untuk dapat membeli iPhone 5, si gadis harus memberikan pelukan sebanyak 529 pelukan!

Kejadian ini langsung menjadi perbincangan di dunia maya di China. Banyak pihak mengkritik kelakuan sang gadis kerana dianggap terlalu materialistik, bahkan perilakunya mungkin boleh menjadi contoh buruk bagi anak-anak muda di China.

* Sumber inilah.com

Read more...

Pasangan Warga Tua Australia ingin Lari Maraton 365 Kali dalam Setahun mulai tahun 2013


Alan dan Janette sebelumnya pernah melakukan 50 maraton dalam 50 hari.

MELBOURNE - Sepasang suami isteri asal negara bahagian Victoria Australia berusia 60-tahunan telah memulakan tahun baru dengan lari marathon setiap hari selama setahun.

Alan Murray (67) dan Janette Murray-Wakelin (63) akan bersama-sama berlari setiap hari keliling Australia. Mereka merancang untuk melakukan marathon 365 kali dalam 365 hari selama tahun 2013 guna mengumpul dana bagi badan amal. Di hari pertama 2013, mereka memulakan dari Melbourne, dan kemudian melakukan perjalanan berbalik arah jam mengelilingi Australia.

Menurut laporan laman ABC, bila berjaya, maka di akhir tahun kedua-duanya akan berlari sejauh 15.500 kilometer. Kedua-duanya berharap apa yang mereka lakukan boleh menjadi inspirasi bagi orang-orang lain untuk membuat pilihan sihat dalam hidup mereka.

Menurut laporan koresponden Kompas di Australia L. Sastera Wijaya, ketika berusia 52 tahun, Nyonya Murray-Wakelin didiagnosis menderita kanser payudara dan diduga akan meninggal dalam masa 6-12 bulan. Ketika itu dia memutuskan untuk tidak menjalani rawatan konvensional dan kemudian hanya mengambil makanan mentah.

"Saya kira dengan usia kami, ini sesuatu yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyedari bahawa tidak pernah ada kata terlambat untuk membuat perubahan, dan berfikir lebih sedar mengenai apa yang kita lakukan, sehingga kita boleh lebih sihat, lebih muda setiap tahun, dan bukannya semakin tua. "kata Murray-Wakelin.

"Bagi kami, kami berfikir mengenai makanan yang kami makan, sehingga kami sihat, dan juga gaya hidup kami gaya hidup sihat." tambahnya.

Sepanjang tahun lalu, kedua-duanya sudah berlatih dengan berlari sekitar 7000 km. Alan dan Janette sudah berkahwin selama 43 tahun dan berasal dari New Zealand. Maraton ini bukanlah perkara pertama yang mereka lakukan.

Di tahun 2000, guna merayakan ulang tahun ke-50 Janette, mereka berlari mengelilingi New Zealand, sejauh 2182 kilometer, dengan melakukan 50 maraton dalam 50 hari berturut turut.

* Sumber kompas.com


Read more...

Bayi Zombie untuk diJual


Bean Shanine bersama Boneka Zombie

Boneka-boneka bayi dan balita berwajah mengerikan, pucat, dan bertaring ini nampaknya tidak akan disukai oleh anak kecil. Namun jangan salah, boneka ini laris dijual dengan harga USD1.500 pengemar.

Bean Shanine menghabiskan masa lapan jam sehari untuk mewujudkan bayi-bayi berwajah pucat dan bertaring. Meski reaksi cukup mengerikan, Shanine tetap mendapat banyak pujian dari ramai orang. Boneka-boneka itu pun laris dijual kepada perempuan-perempuan yang tidak dikurniakan anak.

Perempuan berusia 32 tahun itu mereka boneka monster pertamanya pada 2010. Namun kegemarannya dalam mereka boneka mengerikan itu justeru menjadi perniagaan. Penjualan boneka-boneka itu sudah tersebar hingga ke pengemar Inggeris dan Shanine mendapat keuntungan yang cukup besar.

"Sebelum saya memberi boneka ini ke teman saya, saya menjualnya di eBay untuk menguji, apa yang terjadi dengan harga tinggi yang saya tetapkan ini," ujar Shanine, seperti dikutip Daily Mail, Selasa (1/1/2013).

"Saya tidak tahu mengapa saya membuat zombie dan vampire, kerana saya bukanlah pecinta budaya kegelapan. Mereka adalah watak yang unik, dan saya sudah membuat lebih dari 50 boneka dan selalu laris," tambahnya.

Boneka-boneka karya Shanine sangat realistik namun Shanine tidak menambah darah atau bekas luka yang menjijikkan di bonekanya. Dia hanya menambah taring dan mata yang bersinar.

Shanine mengaku, karyanya merupakan karya yang cukup mengerikan tetapi kadang-kadang boneka itu dianggapnya sebagai boneka yang lucu. Shanine menambah, pengeluaran satu boneka zombie itu tidaklah murah dan justeru memakan kos beratus-ratus dolar.

* Sumber okezone.com


Read more...

Hebat,Pasangan khalwat larikan kenderaan Jaip

KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa  ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum  memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.

Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.

Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian.

Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan.

Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.

* Sumber sinarharian.com.my


Read more...

Gambar kantoi : Konon Mogok Lapar 100 jam,tapi Curi Makan dengan penuh bergaya

* Sumber Gambar mynewshub/jeringdaily

Kuala Lumpur: Mogok lapar yang kononnya 100 jam yang disertai oleh penyokong pembangkang di Dataran Merdeka yang sepatutnya berakhir malam tadi menimbulkan persoalan.

Beberapa individu didakwa peserta mogok lapar dilihat menjamah makanan yang diberikan kepada mereka, di Dataran Merdeka, semalam.

Ia kerana beberapa pesertanya dilihat makan termasuk di restoran dan hotel sekitar kawasan berkenaan dipercayai tidak tahan lapar. 

Beberapa blog turut menyiarkan gambar peserta mogok lapar itu sedang menjamu selera, semalam. Terima bungkusan

* Sumber Gambar mynewshub

Malah ada kalangan mereka menerima bungkusan makanan dipercayai dihantar oleh penganjur himpunan berkenaan yang meletakkan syarat peserta hanya dibenarkan minum air sepanjang mogok berlangsung.

Seorang lelaki didakwa peserta mogok lapar begitu berselera menikmati makanan di Dataran Merdeka, semalam.

Sebuah blog juga berjaya mengesan perbuatan ‘mencuri makan’ peserta mogok lapar itu ketika bantahan yang bermula jam 8 malam Khamis lalu baru saja memasuki jam ke-63. 

* Sumber BH


Read more...

Info : Warga Tua Datuk,Nenek,Tok Wan,Opah kini mula Ketagih Facebook


Warga tua melayari internet bersama keluarga di London.
Warga tua Britain mahir komunikasi dalam talian

London: Berbanding mengangkat telefon, ramai datuk nenek masa kini menggunakan laman rangkaian sosial untuk berhubung dengan saudara mara, dengan hampir satu perempat nenek mendakwa mereka pengguna kerap Facebook.

Kajian turut mendedahkan separuh penduduk di Britain kini berhubung dengan datuk nenek dan saudara lebih tua melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan Facebook. 

Hampir seorang bagi setiap 20 generasi muda mendakwa mempunyai datuk nenek dalam laman mikro blogging, Twitter. 


Kajian syarikat filem

Menurut tinjauan dijalankan syarikat perfileman, Twentieth Century Fox untuk menandakan pelancaran filem Parental Guidance, hampir suku datuk nenek di Britain kini memiliki komputer riba dan seorang bagi setiap 20 orang sering berkomunikasi dengan cucu mereka dalam Skype atau ruang sembang. Seorang bagi setiap 10 malah memiliki komputer tablet canggih.

Separuh daripadanya mahir menghantar SMS, 46 peratus pengguna kerap e-mel dan 15 peratus menghantar mesej dalam Facebook, lapor akhbar Daily Mail.

500 responden

Daripada 500 datuk nenek yang ditinjau, 78 peratus menggambarkan mereka mahir berkomunikasi secara dalam talian.

Lebih 35 peratus berpendapat, penting menonjolkan diri secara online untuk berhubung dengan keluarga.

Kajian mendapati dua pertiga orang muda berkata, purata datuk nenek masa kini lebih mahir dalam teknologi maklumat berbanding lima tahun lalu. 
- Agensi

Read more...

Siang hari kerja keras cari Duit,Malam hari Joli beli Kokain


BOBO duduk di atas kerusi selepas dia mengutip barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijual di sebuah kawasan setinggan di Rio De Janeiro pada 21 Disember lalu.

RIO DE JANEIRO - Seorang bekas askar yang hanya dikenali sebagai Bobo menghabiskan masa pada waktu siang dengan mencari barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijual.



Bagaimanapun, apabila malam menjelma, dia menggunakan wang yang diperoleh daripada titik peluhnya sendiri untuk membeli kokain.
"Kadangkala saya tidak tidur sepanjang malam.
"Saya bekerja untuk membantu menampung ketagihan saya.
"Namun, saya hanya menggunakan kokain pada waktu malam," katanya yang enggan mendedahkan namanya yang sebenar.
Pihak berkuasa Brazil kini berusaha untuk membantu para penagih dadah dan menghentikan penyebaran tabiat tersebut dalam kalangan penduduk. 
- Agensi

Read more...

Buat Hubungan Sulit dengan warga Pakistan akhirnya membawa Padah


GEORGETOWN: Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.

Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama.

Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.

Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek.

Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya.

“Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.

“Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa,” katanya.

Mangsa dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, dekat sini Jumaat lalu.

Jurucakap polis berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan dan suspek juga turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih lagi dijalankan.

* Sumber myMetro


Read more...

Tercucuk Jarum Tukang Jahit


Shezzylah menunjukkan baju kurung moden yang tidak menepati ukuran badannya di Shah Alam baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Hasrat tiga sahabat untuk bergaya dengan baju kurung yang ditempah daripada seorang peniaga menerusi laman sosial Facebook berkecai apabila produk yang dihasilkan bukan sahaja tidak menepati ukuran badan malah, salah seorang mereka cedera akibat tercucuk jarum yang terselit pada baju.
Ekoran itu, hasrat mereka untuk memakai baju kurung moden pada majlis perkahwinan seorang teman rapat mereka pada 22 Disember lalu tidak kesampaian.
Salah seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Shezzylah, 23, memberitahu, dia dan dua rakannya menempah baju dengan seorang tukang jahit dikenali sebagai Ara selepas mendapati harganya murah iaitu RM160 untuk tiga pasang.
Katanya, kejadian itu berlaku empat hari sebelum majlis perkahwinan berkenaan.
"Kami menempah baju itu kira-kira dua minggu sebelum majlis. Saya mula syak sesuatu apabila peniaga itu mengambil ukuran badan secara tidak konsisten.
"Kadang-kadang dia meminta kami datang untuk mengukur sendiri ukuran badan dan ada ketikanya, dia meminta kami menghantar sendiri ukuran tersebut," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Shah Alam, Selangor.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Read more...

Di Tangkap Basah Sebelum Naik Pelamin



BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.

“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.
* Sumber myMetro


Read more...

Artis Seksi diCekup


PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP