GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 24 Disember 2013

Ibu didakwa kerana ajak anak gadisnya telanjang di Internet

Mari Hieken (Foto: News 4)

WENTZVILLE - Seorang ibu di Bandar Wentzville, Amerika Syarikat (AS), bernama Mari Hieken terancam penjara selepas foto telanjang dadanya tersebar di dunia maya. Parahnya, dia berpose telanjang dada bersama anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun.

"Foto tersebut merebak di dua sekolah," sebut kenyataan Polis Wentzville, seperti dikutip Reuters, Isnin (23/12/2013).

Hieken dituntut membahayakan keselamatan anak. Perempuan tersebut boleh menerima hukuman penjara maksimum satu tahun.

"Ibunya secara sedar mengambil foto telanjang dirinya dan anak perempuannya. Dia melakukan perbuatan yang sangat salah, "ujar Jaksa Penuntut Umum Tim Lomar.

Persidangan Hieken berjalan sejak 12 Disember 2013. Lomar berjanji akan memberikan hukuman yang pantas kepada Hieken.

Sumber okezone.com


Read more...

Isnin, 23 Disember 2013

Drummer Santana jadi pengemis

Santana bertemu Malone di Oakland.

OAKLAND - CALIFORNIA. Band latin rock, Santana Blues diketuai Carlos Santana suatu masa dahulu pernah popular dengan lagu Black Magic Woman dan Evil Ways.

Kemuncak penampilan mereka pada 1960-an menambahkan bisa menerusi pemain drumnya, Marcus Malone.

Selepas kumpulan itu berpecah lebih 40 tahun, Malone menjadi pengemis di Oakland selepas bebas dari penjara.

Liputan kisah hidup Malone disiarkan dalam program People Behaving Badly akhirnya menemukan dua sahabat itu.

“Pertemuan Santana dengan Malone berlaku penuh emosi selepas saya dihubungi Santana menerusi Facebook,” menurut wartawan Robert Stanley kepada DyMail.


VIDEO : Black Magic Women ( jom layannn )

Read more...

1ST GIVE AWAY BY PINGJE.ORG


Meh pakat pakat Join 1st Giveaway dari web pingje.org ..

Hadiah Hadiah Lumayan.. Untuk Saluran Maklumat sila layari web tersebut.. PING JE 

Ikuti Segala Syarat syarat yang ditentukan oleh admin PING JE


Turut di Sponser oleh OH Ping Blog dan relevan Sokmo dan ramai lagi ..


Read more...

Terkini, Helikopter Nuri Terhempas di Pulau Perak, Kedah


Sebuah helikopter Nuri milik tentera dilaporkan terhempas selepas cuba melakukan pendaratan cemas di Pulau Perak, Kedah hari ini. ( laporan penuh mynewshub.my )

Kejadian berkenaan yang dilaporkan melalui twitter milik @AyaqJagung memaparkan keadaan helikopter berkenaan yang mengalami kerosakan akibat terhempas.

HelikopterTerhempas01
Menurut @AyaqJagung helikopter berkenaan terhempas pada kira-kira pukul 11.25 pagi tadi.
KEMASKINI 3.30 PETANG

Sementara itu sumber Tentera Udara Diraja Malaysia  (TUDM) dilaporkan Bernama berkata, helikopter berkenaan mengalami masalah teknikal ketika melakukan tugas keselamatan di kawasan itu.

Menurut sumber, kesemua tiga krew selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.  

– MYNEWSHUB.MY





HelikopterNuri02

Read more...

Info, Penjenayah kelas dunia

Bonnie dan Clyde

SIAPA tidak mengenali, Bonnie dan Clyde, pasangan penjenayah terkenal dunia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sekitar 1931 hingga 1934.

Mereka melakukan rompakan di lebih 15 bank, premis perniagaan dan meragut bergerak aktif bersama kumpulannya dikenali sebagai Barrow Geng dianggotai Buck Barrow, Blanche Barrow, Raymond Hamilton, W D Jones, Joe Palmer, Ralph Fults dan Henry Methvin.

Sepanjang melakukan jenayah, mereka dilaporkan membunuh 13 orang termasuk sembilan anggota polis sehingga diberkas dan ditembak mati di Louisiana.  

Kematian dan segala kegiatan jenayah dilakukan membuatkan pasangan itu popular sehingga dilabelkan sebagai penjenayah kelas dunia apabila kisah hidup pasangan ini difilemkan oleh pengarah Fritz Lang berjudul You Only Live Once pada 1937.

Pada 1958, pengarah William Witney kemudiannya turut memfilemkan kisah hidup pasangan jenayah ini dengan judul The Bonnie Parker Story.

Sepuluh tahun kemudian, stesen televisyen tempatan membuat drama bersiri mengangkat kisah pasangan ini melalui Bonnie & Clyde: The True Story.  

Plot kisah mereka mudah. Memaparkan  pasangan romantis seperti Romeo & Juliet melakukan rompakan, membunuh, mencuri dan akhirnya menemui ajal bersama.

Di sebalik keganasan dilakukan, Bonnie dikatakan seorang ‘penjenayah sentimental’ susulan penemuan ratusan puisi cinta oleh anggota penyiasat ketika menggeledah kediaman mereka.

Selain itu, kumpulan penyiasat turut menemui beberapa keping foto romantis mereka bergaya bersama puluhan  senjata yang digunakan untuk melakukan jenayah.

Kini, kesemua senjata berkenaan di pamerkan di National Museum of Criminal and Punishment.

Bonnie

Bonnie merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil pasangan  Charles Parker dan Emma Krause. Beliau dilahirkan dilahirkan di Rowena, Texas. Ketika berusia 4 tahun, ayahnya meninggal dunia dan mereka berpindah ke kampung halamannya di Cement City, Dallas.

Sepanjang berada di bangku sekolah, Bonnie merupakan pelajar paling menonjol terutama dalam penulisan puisi dan pengucapan awam. Sehingga ke hari ini, karyanya boleh diperoleh melalui buku The story of Suicide Sal dan The Trail’s End.

Ketika berada di gred dua sekolah tinggi, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Roy Thornton, lalu mereka berkahwin pada 1926 dan berhenti sekolah.

Bagaimanapun usia perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun. Tetapi, penceraian itu dikatakan tidak dilakukan secara rasmi. Media melaporkan, ketika Bonnie ditembak mati, beliau masih memakai cincin perkahwinannya itu.

Lebih mengejutkan, ketika Bonnie ditembak, Thornton merupakan salah seorang daripada anggota polis yang terlibat ketika serbuan terbabit.

Clyde

Clyde dilahirkan di Ellis County, Texas, selatan Dallas. Beliau merupakan anak lima dari tujuh beradik dari hasil perkahwinan Henry Basil Barrow dan Cumie T Walker. Membesar dalam keluarga miskin, mereka  kemudiannya berpindah ke barat Dallas pada awal 1920 kerana kemelesetan ekonomi dunia. Pada bulan pertama mereka berpindah, keluarganya hanya berteduh di gerabak kereta api usang.

Kali pertama Clyde ditahan polis adalah pada 1926 kerana gagal memulangkan kereta yang disewa pada masa yang ditetapkan. Beliau kemudiannya sekali lagi ditahan bersama abangnya Marvin 'Buck' Barrow, atas kesalahan mencuri ayam belanda. Setahun kemudian, beliau terus aktif mencuri hingga dipenjarakan dua tahun di Eastham Prison Farm.

Cinta Bonnie, Clyde

Jika dilihat dari sudut latar belakang keluarga Bonnie, beliau bukan gadis kasar.

Namun, sejak berkenalan dengan Clyde dalam satu majlis di rumah sahabatnya menjadikan Bonnie seorang gadis liar. Mulai saat perkenalan itu, Bonnie yang ketika itu berusia 19 tahun mula berjinak dengan kumpulan Barrow.

Beliau sanggup mengikut jejak Clyde gara-gara kemaruk cinta. Maka itu tidak hairan pasangan ini dikenal sebagai penjenayah dua sejoli kerana sering melakukan kegiatan jenayah bersama.

Selain aktif melakukan jenayah, pasangan ini juga dikatakan sering mengambil gambar bersama mangsa.

Mereka melakukan kegiatan jenayah dan pembunuhan di Texas, Oklahoma, New Mexico dan Missouri.

Kematian  

Pada 1934, merupakan tahun puncak kegiatan mereka tumpas. Pasangan itu ditembak mati oleh enam anggota polis dalam serbuan di Bienville Parish Louisiana.

Sumber sinarharian




Read more...

Cungkil mata Bini

LI hilang sebelah mata selepas dicungkil suaminya.
Guangxi (China): Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.
Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.

Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis.
Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.
Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.

Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.

Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya. 

Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.

Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.
- Agensi

Read more...

Pawagam filem lucah di Pakistan

GAMBAR yang dirakam pada 19 Disember lalu menunjukkan penjaja dan pejalan kaki berhimpun di luar pawagam Shama di Peshawar.

PESHAWAR - Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari.

Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan.
Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.
Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka.
Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas.
Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.
Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47.
Di dalam bilik gelap itu pula, bau asap ganja memenuhi ruang yang menempatkan 20 barisan kerusi diperbuat daripada kulit palsu.
Semasa satu tayangan filem berkenaan, lebih separuh dewan itu dipenuhi penonton yang terdiri daripada buruh, petani dan pelajar yang datang untuk lari daripada kekangan kehidupan harian di wilayah Islam berkenaan.
Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain.
Pada hari berkenaan, penonton disajikan dengan filem Dostana yang merupakan produksi separa amatur khusus untuk panggung Shama di bandar Lahore, timur Pakistan.
Lahore dianggap bandar raya yang lebih liberal berbanding kota raya ini.
Plot Dostana berkisar tentang dilema heronya, Shah Sawar yang sukar untuk memilih sama ada mengahwini kekasihnya, Gulpana atau sepupunya, Doa yang menjadi pilihan keluarga.
Kesukaran membuat pilihan mendorong Shah Sawar untuk 'mencuba' kedua-dua wanita tersebut.
Sepanjang tayangan filem itu, suasana hening menyelubungi auditorium dengan bunyi nakal di beberapa sudut sekali sekala memecah kesunyian.
Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung tikar.
Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak orang Islam.
Situasi itu yang ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital (DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis itu, 20 tahun lalu.
Tiga daripadanya menayangkan filem lucah. Panggung Shama yang paling popular antara ketiga-tiga layar perak itu biasanya penuh dengan penonton walaupun tiket dijual tiga kali ganda melebihi harga tiket filem biasa.
Kunci kejayaan Sharma adalah tayangan filem lucah buatan tempatan yang sukar ditemui di sini atau di internet yang sarat dengan filem porno Barat.
"Seperti kebanyakan orang di sini saya memilih filem yang menampilkan wanita Pakistan. Ia lebih baik, lebih amatur dan lebih asli," kata seorang lelaki berusia 30 tahun, Khaliq Khan yang hadir menonton Dostana untuk kali kedua.
Seorang lelaki lain, Janus Khan, 22, mengaku kerap datang ke Shama untuk menghiburkan diri sama ada berseorangan atau ditemani seorang atau dua rakannya.
"Saya tidak begitu alim tetapi saya bukan perogol atau kafir," katanya kepada agensi berita AFP.
Panggung Shama mencetus kontroversi di Pakistan yang amat tegas berhubung isu seks dan bogel.
Sebelum ini, parti politik berasaskan agama paling utama di Pakistan, Jamaat-e-Islami (JI) menuntut supaya panggung Sharma ditutup.
Namun, pawagam tersebut mempunyai pemilik yang berkuasa iaitu keluarga Bilour.
Keluarga berkenaan adalah yang paling berpengaruh di sini dan merupakan teras parti nasionalis etnik Pashtun, Parti ANP.
Pawagam tersebut pernah diserang sebanyak dua kali oleh aktivis Islam termasuk pelajar JI dalam tempoh 10 tahun tetapi premis itu masih beroperasi.
Shama pernah dibakar pada September 2012 tetapi ia dibuka semula sebulan kemudian ketika umat Islam menyambut Hari Raya Korban.
Panggung tersebut penuh dengan penonton pada hari berkenaan.
Bagaimana pawagam itu berjaya mengelak penapisan oleh pihak kerajaan dan gangguan Taliban menjadi misteri sehingga kini. 
- AFP(kosmo!)


Read more...

Kini baru tau ! Golongan doktor amal gaya hidup tak sihat

Seorang doktor bertugas di Institut Bioperubatan di Barcelona. Kajian mendapati doktor adalah golongan paling ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat dan mempunyai tabiat pemakanan buruk. - Foto AFP

London: Doktor dikatakan lebih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat berbanding profesion lain di dunia ini kerana kebanyakan mereka kurang bersenam, kurang tidur dan turut mempunyai tabiat pemakanan yang agak buruk, kata satu kajian terbaru. 

PureGym di Britain membuat soal selidik terhadap 2,000 orang dalam pelbagai bidang profesion mengenai pilihan gaya hidup mereka sepanjang purata seminggu bekerja


Doktor mendapat markah yang amat teruk secara berterusan apabila ditanya mengenai tabiat pemakanan mereka, senaman atau tabiat tidur, lapor femalefirst.co.uk. 

Kajian pendapat berkenaan mendedahkan bahawa doktor adalah daripada kumpulan yang paling ramai tidak bersenam, dengan hampir suku daripada mereka mengakui tidak melakukan sebarang bentuk senaman biasa. 

Doktor kurang tidur 

Mereka juga termasuk dalam profesion kurang tidur dengan purata lima jam sehari malah menghabiskan masa sehari mereka tanpa menikmati hidangan sempurna dengan duduk di meja makan. 

“Kami terkejut apabila mengetahui bahawa doktor biasanya hidup dengan gaya hidup yang tidak sihat tetapi apabila mempertimbangkan waktu bekerja serta tekanan yang dihadapi dalam kerja, anda akan faham mengapa mereka terpaksa korbankan kesihatan mereka berbanding lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan pesakit mereka,” kata jurucakap PureGym, Paul Kirwin. 


Pemandu teksi juga dikatakan memilih gaya hidup tidak sihat, berdasarkan kajian sama selain pemandu pengangkutan awam dan lori. 


- AGENSI(BH)


Read more...

Keluarga tidak benar Pekin dedah tarikh kahwin

Pekin mengambil keputusan untuk berkahwin bukan kerana untuk mengelak kontroversi. Foto SHAARI CHE MAT.
PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim sudah menetapkan tarikh perkahwinan dengan Uqasha Senrose yang dijangka diadakan pada tahun 2014.
Pekin, 32, bagaimanapun tidak dapat mendedahkan tarikh bahagianya itu buat masa ini kepada umum atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Insya Allah kami akan berkahwin pada tahun hadapan dan tarikhnya juga telah ditetapkan bagaimanapun keluarga tidak membernarkan kami mengumumkannya buat masa ini.
"Tetapi apa yang boleh saya katakan kami akan berkahwin pada tahun hadapan dan setelah semuanya selesai kami akan memberitahu kepada semua," katanya kepada mStar Online.
Pekin bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Tokan bersama Sofi Jikan, Johan As'ari dan Liyana Jasmay.
Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu akan ditayangkan pada 26 Disember ini.
Pekin dan Uqasha telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka namun terpaksa merahsiakannya terlebih dahulu atas permintaan keluarga.
Dalam perkembangan sama, Pekin menolak tanggapan bahawa dia ingin mempercepatkan perkahwinannya kerana bimbang kontroversi yang melanda mereka akan berulang.
Jelas Pekin, keputusannya untuk berkahwin adalah datang daripada hatinya dan bukannya kerana faktor-faktor lain.
"Jika diikutkan sejak hari pertama saya kenal dia saya sudah ajak kahwin kerana hubungan yang saya bina ini bukan atas dasar suka-suka tetapi memang ingin ke arah perkahwinan.
"Soal saya bimbang tentang kontroversi dan sebagainya langsung tidak timbul kerana ini adalah keputusan yang lahir dari hati untuk memperisterikannya," ujarnya.
Pekin dan Uqasha mula menjalinkan cinta sejak awal tahun ini sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
Bagaimanapun hubungan tersebut mula goyah apabila Pekin mendakwa tunangnya itu mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga menyebabkan ikatan mereka hampir berakhir.
Sementara itu, Pekin memberitahu dia bersyukur kerana kelibatnya sebagai pelakon semakin mendapat perhatian walaupun sudah hampir 15 tahun dia berkecimpung dalam bidang tersebut.
"Alhamdulillah usaha keras selama ini semakin menampakkan hasilnya dan apa yang ingin saya lakukan adalah terus berkongsi bakat yang ada untuk menaikkan lagi industri," katanya.
Selain Tokan, Pekin bakal muncul dengan beberapa buah filem lagi seperti Apokalips,Rentas dan Tujuh pada tahun hadapan.

Sumber mStar Online



Read more...

Cinta murtad

GAMBAR gadis yang lari dan menetap bersama kekasih bukan Islam.
Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya pulang dari rumah kekasih, di sini.
Lebih menyedihkan, si anak tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya. 
Menceritakan kisah itu, ayah malang yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad. 

“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.
“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.
Sumber myMetro


Read more...

Ahad, 22 Disember 2013

Trend terkini Artis kecilkan payudara


Los Angeles: Semakin ramai selebriti Hollywood membuat keputusan mengecilkan payudara selepas diberitahu implan yang lama dipakai boleh menjejaskan kesihatan. 

Antara selebriti itu termasuk Heidi Montag yang terkenal dalam siri The Hills yang mendapat tumpuan ramai pada 2010 apabila menjalani pembedahan membesarkan buah dada. 

Namun, pada tahun ini, bintang berusia 20-an itu menyatakan dia sudah bosan dirujuk sebagai ‘gadis payudara bedah’ dan membuang implan itu. 

Montag diberitahu pakar bahawa implan saiz-F itu tamat tempoh dan boleh menyebabkan tisu badannya terhakis dan implan berkenaan jatuh. 

Langkahnya membuang implan itu bermakna dia menyertai Sharon Osbourne, Victoria Beckham, Heather Morris, Jenna Jameson, Tara Reid, Kimberly Stewart, Pamela Anderson dan Courtney Love. 

“Saya perasan pembuangan implan atau mengecilkan payudara meningkat sejak beberapa tahun lalu. 

Implan kecil popular 


“Memilih implan lebih kecil tiga kali lebih popular daripada implan lebih besar bagi orang yang mahu mengubah saiz implan. 

“Mungkin kita rasa ia bertujuan mengurangkan perhatian tetapi itu bukan jawapan biasa,” kata pakar bedah plastik Beverly Hills, Dr Gabriel Chiu. 

Katanya, penjelasan biasa ialah orang itu sudah bosan menunjukkan payudara besar. Selain itu, mereka kurang selesa dengan payudara besar. 

“Keadaan ekonomi dan budaya pop semasa juga memberi pengaruh besar mengapa mereka melakukannya,” katanya. 

Chiu berkata, orang yang menunjukkan payudara besar ketika keadaan ekonomi meleset dianggap tidak beradab dan sebab itu ramai yang memilih saiz sederhana. 

“Dalam isu implan payudara, lebih kecil lebih baik. Fesyen juga begitu dengan pakaian dipilih mengikut saiz sepadan,” kata Chiu. 

Lebih penting lagi, kata pengurus model dan pereka fesyen, Nadja Atwal, membesarkan payudara tidak menjamin pemakainya mudah mendapat kerja. 


- AGENSI(BH)


Read more...

Trend mok-bang landa Korea Selatan

SEORANG bintang mok-bang di internet, The Diva menghidangkan makanan yang banyak untuk dimakan dalam rakaman secara langsung di internet

SEOUL - Gaya hidup makan malam sangat banyak serta memuat naik aksi tersebut secara langsung di internet kini menjadi kegilaan golongan muda di Korea Selatan, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Menurut akhbar berkenaan, mereka yang menyiarkan aksi makan malam tersebut di internet turut berpeluang mendapat bayaran yang lumayan.
Dikenali sebagai mok-bang, ia menunjukkan seseorang individu makan hidangan yang banyak untuk tempoh masa yang agak lama.
Seorang bintang mok-bang yang cantik, The Diva dilapor memperoleh pendapatan ribuan dolar daripada kerja sampingannya itu di internet.
Setiap kali selepas kerja, beribu-ribu orang akan menonton sebuah saluran internet secara langsung untuk melihat The Diva menikmati pelbagai juadah.
Wanita itu mampu makan 30 biji telur goreng dan sekotak kaki ketam pada satu-satu masa.
Malah, dia sanggup berbelanja sebanyak £2,000 (RM10,741) sebulan untuk membeli pelbagai makanan.
Wanita itu mula merakam aksi dia makan malam selepas berasa bosan dan memerlukan hobi untuk mengisi masa lapangnya.
 - Agensi


Read more...

Johan As’ari tetap tunggu Shila Amzah ?

Shila Amzah dan Johan As'ari

SEBELUM ini, umum tahu tentang keakraban pelakon Juvana, iaitu Johan As’ari bersama penyanyi, Shila Amzah. Namun, selepas pelakon itu membuat pengakuan untuk melamar Lana Nordin, hubungannya dengan Shila Amzah agak dingin.

Malah pelantun Patah Seribu itu pernah membuat kenyataan tidak akan menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan pendirian pelakon Juvana ini. Menyedari Shila menukar nombor telefon dan menyekat laman sosialnya, Johan berkata, hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan hubungan mereka tetap seperti biasa.

“Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan berkawan semula dengannya seperti biasa.

“Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian daripada saya,” katanya.


Menurut Johan, dia tidak rasa hubungan persahabatan yang dibina bersama Shila akan terputus begitu sahaja, memandangkan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

“Hubungan keluarga antara kami sangat rapat. Malah, Shila tetap menghubungi ibu saya, dan saya percaya hubungan mereka akan kekal baik selamanya,” katanya yang menganggap hubungan yang terjalin adalah kasih sayang yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada semua makhluknya.
Namun, apabila ditebak mengenai Shila yang dikatakan tidak mahu menerima Johan atas alasan sendiri, Johan agak terkejut.

“Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya.

Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya.

“Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila. Dan berharap dia berjaya dan gembira,” katanya yang menganggap penyanyi itu sebagai adiknya sejak awal perkenalan lagi.

Belum bawa Lana jumpa ibu

Meskipun dalam fasa perkenalan dengan cinta barunya itu, Lana Nordin, Johan bagaimanapun mengakui masih belum membawa kekasih hatinya itu untuk berjumpa keluarganya.

Jelas Johan, dia akan membawanya untuk berjumpa keluarganya pada masa yang betul-betul sesuai.

“Saya masih belum bawa Lana jumpa keluarga. Nanti ada masa yang betul-betul sesuai saya akan membawanya,” katanya yang mengakui keduanya sibuk dengan karier masing-masing.

Sumber sinar harian



Read more...

Bunyikan hon,‘Saya jantan tak guna’

URENA bersetuju menjalani ‘hukuman’ dikenakan Alisha. Gambar kecil, wajah Alisha selepas kejadian.
Florida: Seorang wanita yang dipukul selepas enggan melayan lelaki tidak dikenalinya menggugurkan tuduhan apabila penyerangnya bersetuju duduk di tepi jalan memegang papan tanda mengutuk dirinya sendiri.
Gabriel Urena meraba Alisha Hessler, 20, yang tidak pernah ditemui sebelumnya selepas menari di kelab malam sehingga memaksa wanita itu memukulnya apabila enggan berhenti.
Bagaimanapun, Urena membelasah Alisha sehingga mangsa mengalami konkusi.
Alisha pada mulanya bercadang memfailkan tuduhan terhadap Urena, namun berubah fikiran apabila melihat lelaki itu menulis pengakuan serta rasa bersalah di Facebook.
Berikutan itu, dia bersetuju memberi hukuman berbeza kepada Urena.
Lelaki itu diarahkan duduk di persimpangan sibuk selama lapan jam memegang papan tanda besar tertulis ‘Saya pembelasah wanita. Bunyikan hon jika anggap saya jantan tak guna’ sambil memakai ‘dunce cap’.
“Saya rasa ini pengajaran besar baginya dan dia akan berfikir sebelum melakukannya lagi.
“Memang saya memukulnya kerana meraba saya, namun tiba-tiba dia menyerang bertubi-tubi,” kata Alisha.
Dia menganggap tindakannya itu wajar berbanding hukuman penjara setahun.
Bagaimanapun, keputusannya itu tidak dipersetujui pihak polis yang menganggap dia bertindak sesuka hati.
Malah, usaha polis menghubungi Alisha juga tidak membuahkan hasil apabila wanita itu tidak membalas panggilan.
 - Agensi


Read more...

Rita Rudaini Simpan Keratan Akhbar Jawab Persoalan Anak Isu Cerai

Rita Rudaini
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar sedia menjawab sebarang persoalan dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, setahun mengenai isu cerai dengan bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Rita, 37, berkata, dia telah menyimpan keratan akhbar bermula laporan dia berkahwin lari dengan Aidil di Songkhla, Thailand sehinggalah berita terkini berkaitan mereka berdua untuk dibaca oleh Rayyan dan Arjuna kerana percaya akan ditanya berhubung isu cerai mereka berdua apabila kanak-kanak itu dewasa kelak.
"Saya tahu, satu hari nanti saya perlu berdepan dengan pelbagai soalan daripada anak-anak punca-punca saya dan Aidil bercerai.
"Kerana itu, saya telah menyimpan semua keratan akhbar laporan berkaitan dengan kami agar mereka boleh baca dan faham sendiri," katanya.
Rita dan Aidil telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.
Gambar fail: Rita bersama anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Tambah Rita, dengan cara itu juga boleh memudahkan cara dalam menerangkan situasi sebenar kepada mereka. Malah Rita percaya, anak-anaknya tidak akan terkejut dengan kisah-kisahnya dengan Aidil di internet selepas membaca keratan akhbar yang diberikannya.
Dalam pada itu, Rita juga berharap tidak ada pihak yang menganggap cara Rita itu adalah salah satu untuknya menghasut fikiran Rayyan dan Arjuna.
"Saya bukannya jenis yang cuba menghalang anak-anak untuk mendapat kasih sayang bapa mereka.Dulu semasa kecil, mak dan ayah bercerai dan saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana dia telah menghilangkan diri.
"Bagaimanapun sewaktu umur 17 tahun, ayah kembali dan saya melayannya seperti biasa. Ibu tidak pernah ajar untuk membencinya. Dan begitu juga dengan saya yang tidak mahu anak-anak membenci Aidil," tegasnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Balistik bersama barisan pelakon Adi Putra, Rosyam Nor dan Zul Ariffin yang akan ditayangkan bermula 9 Januari 2014.
Sumber mStar Online

Read more...

Cerita Isteri bagi Suami makan nasi Kangkang

Ikram dan Iza menceritakan pengalaman mereka kepada wartawan Metro Ahad.
Kuala Lumpur: Bersuamikan lelaki tampan dan kacak sering menerbitkan rasa cemburu kepada si isteri, apatah lagi jika si suami agak miang dan kerap meninggalkan rumah kerana tuntutan tugas.
Bimbang teman hidup ‘makan luar’ atau dikebas wanita lain, ada segelintir isteri mengambil jalan mudah melakukan perbuatan khurafat untuk menundukkan suami dengan harapan rumah tangga dibina kekal harmoni tanpa kehadiran orang ketiga. 
Ini termasuk amalan ‘mengunci suami’ iaitu menggunakan ilmu sihir untuk menutup atau mengikat nafsunya terhadap wanita lain terutama ketika berjauhan dengan isteri. 

Bagaimanapun, risiko menggunakan khidmat syaitan amat tinggi terutama jika menggunakan bahan kotor seperti batang keladi, nasi kangkang, air mani, titisan peluh serta seluar dalam kotor untuk tujuan itu. Akibat tersilap kunci, si suami turut hilang nafsu terhadap isteri sendiri.
Itulah nasib yang berlaku kepada Ikram, 28, angkara perbuatan isterinya, Iza, 23. Pasangan ini sanggup berkongsi pengalaman mereka kepada pembaca Metro Ahad sebagai iktibar agar tidak sekali-kali cuba melakukan perbuatan sama.
Sumber myMetro

Read more...

Guru penolong kanan diculik rakan Facebook warga Pakistan

imej google

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Gara-gara mempercayai rakan laman sosial Facebook yang tidak pernah ditemuinya, seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah menengah di sini, menjadi mangsa culik empat lelaki warga Pakistan.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa yang berusia 40-an mengadakan pertemuan dengan seorang rakan Facebook di sebuah rumah di Setapak yang turut dihuni oleh tiga lagi rakan suspek.

Walau bagaimanapun semasa dalam perjalanan pulang, mangsa telah diculik keempat-empat suspek dan dikurung di rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, kumpulan suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa dan menuntut wang tebusan berjumlah RM5,000.

"Selepas wang tebusan dimasukkan di dalam kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa, dia telah dibebaskan keesokan paginya iaitu selepas dikurung kira-kira 36 jam di sebuah rumah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, sebaik sahaja laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada hari sama lelaki itu dibebaskan, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas seterusnya memberkas kesemua suspek.

Katanya, kesemua suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan iaitu di sebuah rumah di Jalan Maarof, Bangsar dan Jalan Ketumbar, Cheras Utama pada pukul 3.20 petang dan 9.40 malam.

"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan memerangkap mangsa selepas berkenalan di laman sosial Facebook dan memperdaya mangsa untuk bertemu di suatu tempat sebelum menculik untuk dijadikan tebusan bagi mendapatkan wang," katanya lagi.

Tambah Chin Wah, hasil siasatan mendapati keempat-empat suspek yang berusia 30 hingga 40-an itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial tetapi tidak bekerja dan telah tinggal lebih masa.

Kata beliau, kesemua suspek direman selama dua minggu dan akan disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

"Setakat ini, terdapat tiga kes dilakukan kumpulan itu yang dipercayai aktif sejak awal Januari tahun ini. Kita juga percaya ada mangsa yang tidak melaporkan kejadian menimpa mereka.

"Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila berkenalan dengan mana-mana individu yang tidak dikenali di laman sosial apatah lagi dipujuk untuk berjumpa," jelasnya.

UTUSAN

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP