Guru penolong kanan diculik rakan Facebook warga Pakistan
Tweet
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Gara-gara mempercayai rakan laman sosial Facebook yang tidak pernah ditemuinya, seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah menengah di sini, menjadi mangsa culik empat lelaki warga Pakistan.
Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa yang berusia 40-an mengadakan pertemuan dengan seorang rakan Facebook di sebuah rumah di Setapak yang turut dihuni oleh tiga lagi rakan suspek.
Walau bagaimanapun semasa dalam perjalanan pulang, mangsa telah diculik keempat-empat suspek dan dikurung di rumah berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, kumpulan suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa dan menuntut wang tebusan berjumlah RM5,000.
"Selepas wang tebusan dimasukkan di dalam kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa, dia telah dibebaskan keesokan paginya iaitu selepas dikurung kira-kira 36 jam di sebuah rumah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Chin Wah, sebaik sahaja laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada hari sama lelaki itu dibebaskan, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas seterusnya memberkas kesemua suspek.
Katanya, kesemua suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan iaitu di sebuah rumah di Jalan Maarof, Bangsar dan Jalan Ketumbar, Cheras Utama pada pukul 3.20 petang dan 9.40 malam.
"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan memerangkap mangsa selepas berkenalan di laman sosial Facebook dan memperdaya mangsa untuk bertemu di suatu tempat sebelum menculik untuk dijadikan tebusan bagi mendapatkan wang," katanya lagi.
Tambah Chin Wah, hasil siasatan mendapati keempat-empat suspek yang berusia 30 hingga 40-an itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial tetapi tidak bekerja dan telah tinggal lebih masa.
Kata beliau, kesemua suspek direman selama dua minggu dan akan disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.
"Setakat ini, terdapat tiga kes dilakukan kumpulan itu yang dipercayai aktif sejak awal Januari tahun ini. Kita juga percaya ada mangsa yang tidak melaporkan kejadian menimpa mereka.
"Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila berkenalan dengan mana-mana individu yang tidak dikenali di laman sosial apatah lagi dipujuk untuk berjumpa," jelasnya.
UTUSAN
imej google

3 Merujuk kepada perkara diatas :
macam mana dia ni layak jadi guru....
kenapalah melayu cepat dan mudah mempercayai cerita karut dan palsu. Mudah diperdaya. Inilah akibatnya kalau tak ikut sunnah dan tidak sabar. Semua nak cepat dan mudah akibatnya padah. Senang sangat kena tipu sukakan yang haram akhirnya muram
Bukan je guru tapi penolong kanan pulak tu kenapalah gatal sangat. Ini tentu salah penilai. atas dasar merit apa dia jadi guru penolong kanan mungkin gatalnya lah.
Catat Ulasan