GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 21 Disember 2013

Anjing ini gemar makan seluar dalam wanita

Barney, anjing pemakan seluar dalam. (Telegraph)

London - Anak anjing liar yang dirawat oleh Battersea Dogs dan Cats Home mempunyai " bakat " tak biasa : hobi memakan seluar dalam wanita . Sejak dirawat di pusat perlindungan haiwan ini , beberapa item pakaian dalam wanita telah melewati sistem pencernaan haiwan itu dan keluar bersama kotorannya dalam keadaan utuh .

Awalnya , mereka tak menduga Barney , nama anjing itu , sebagai " suspek " ketika beberapa kakitangan mengaku kehilangan pakaian dalam . Namun mereka sangat terkejut apabila mendapati sepasang seluar dalam dan satu seluar seksi teronggok di tempat kotoran haiwan .

Sejauh ini , keadaan kesihatan Barney dinilai bagus , tak mengalami gangguang terutama dalam organ penghadaman .

Barney ditemui berkeliaran di jalan - jalan Fulham , sebelah barat London , kira-kira dua minggu lalu . Sepasang seluar ditemui beberapa hari kemudian dalam kotorannya selepas dia dirawat . Sepasang lain muncul dari anusnya beberapa hari kemudian .

Kakitangan di pusat perlindungan haiwan di London selatan ini kemudian melakukan pemeriksaan sinar X. Hasilnya , masih tertinggal satu seluar dalam lagi di lambungnya .

Sam Barley , doktor haiwan di tempat perlindungan itu , menyatakan tak tahu pasti mengapa Barney mempunyai kebiasaan aneh ini . " Ini akan tetap menjadi rahsia dan kami akan menyarankan pemilik barunya nanti untuk membuatnya tetap jauh dari bakul pakaian dan tak menaruh seluar dalam sembarangan , " katanya

Sumber tempo.co

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP