GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 29 Jun 2009

Bohong dihulu bohong juga dihilir

Takkala Si Buntat yang pintar tinggal keseorangan dirumah kerana ayah dan ibu nya pergi kemajlis kenduri kawin.. Si Buntat di datangi oleh seorang penjual kain yang memang terkenal dengan auta nya..Di tanya sama ada Si Buntat ingin membeli kain.. maka si Buntat menjawab kepada penjual kain tersebut..

'' Kain apa yang en jual ni ?''.. '' Macam macam jenis kain ada jawab si penjual kain ''.. Ada yang istimewa pasti adik akan membeli nya..kain nya memang besar sebesar antara bumi dan langit jika dihamparkan'' kata si penjual kain..

Maka dengan selamba Si Buntat menjawab.. ''Ingin juga saya membeli nya kain yang encik sebut kan tadi..boleh juga di buat penampal seluar saya yang koyak ini '' sambil Si Buntat menonggeng menunjukan seluar nya yang terkoyak dicelah kangkang..

Dan si penjual kain terus berlalu pergi..

Moral of da story : - Jika kita fikir kita dah terlalu bijak maka ada lagi yang bijak daripada kita..

Read more...

Isnin, 22 Jun 2009

Aku main Futsal

21hb June 2009 telah berlaku satu peristiwa diluar jangkaan..kwn telah bermain FutSal..Posisi kwn sebagai goal keeper..Meski pun pasukan kwn telah kalah cuma mendapat 2 mata sahaja..namun kwn berpuas hati ngat..sebab dah 20 tahun kwn tak bermain bola..hanya bola lisut sahaja yang kerap kwn main..disiar kan juga diantara aksi aksi sepanjang kejohanan FutSal tertutup AFSB daerah Jerantut 2009..
Boss kawan en Azmi sedang memberi ucapan bersama en Ezam dan en Shaari..
Pemain pemain sedang tekun mendengar ucapan boss kawan
Perasmian dan Sepak mula boss kawan dengan en saidon sebagai goal keeper.. bola melepasi
gawang..

Sedang beraksi perlawanan antara pasukan en Hamdan dan en Azrul

Mangsa kecederaan semasa perlawanan
Rupa nya boss kawan yang cedera..siapa pula yang pangkoh dia?..nanti kawan siasat..ishk..

Urus setia rehat jer..Pn Rodziah dan anak nya..

Majlis dimeriahkan lagi oleh pasangan Pengantin Baru..en Halimi dan en Suhaizu ( Jenglot ) bersama isteri masing masing..

Antara keluarga yang hadir ..di mulakan dengan keluarga en Yahya..

Keluarga en Rozali..

Keluarga en Rosli..siap bawak buai lagi..dan banyak lagi gambar keluarga keluarga yang tak dan kawan nak rakam..oleh kerana kawan sibuk bermain..

Antara pemain pemain yang menjual koyok sewaktu rehat perlawanan

Pasukan yang perasan ingat dia lah Juara

Ada pula cabutan bertuah..en Nadarajan dan anak nya menerima hadiah bertuah disampaikan oleh en Azwan... SATU MALAYSIA

Penyampaian hadiah kepada pemenang..

En.Rafizi sedang menyampaikan Cenderahati kepada en Azmi

Juara futsal tertutup AFSB Jerantut 2009..Kumpulan en Azrul.. ( Blackburn Rovers )

En Azrul pemain terbaik kejohanan bersama Trofi nya

Sekarang kawan merengsa sakit lutut dan kaki..cemas cemas lagi dah tak amik MC..

Read more...

Jumaat, 19 Jun 2009

Seorang bapa aku dan aku seorang bapa

Jadi selamat hari bapa kepada bapa kawan..dan juga selamat hari bapa kepada semua bapa bapa seluruh dunia..Kawan masih lagi ada bapa sihat walafiat lagi...Bapa kawan tinggal bersama mak kawan ..anak menantu semua jauh jauh..kawan yang paling hampir dan kawan juga lah yang nalor menyusohkan bapa kawan..

Bapa kawan memang bes..Bes bila kawan pokai..maka bapa kawan lah tempat kawan mengadu..sampai sekarang ni pun kawan masih mengadu bila berlaku kegawatan..Pelik nya bapa kawan ni ada nalor duit bila kawan mintak duit..

Baru baru ni bapa kawan ajak kawan adik beradik pergi ke pejabat tanah daerah..kata nya nak ajak masuk nama tanah..ahhh sudah ni yang kawan risau dah ni..ngajak bagi harta dah ke?..mak kawan kata bapa kawan dah mula meharu ( tebiat )..risau dah kawan ni..Bapa kawan suka melawak..tapi jika diajak dikas atau pun bertaki payah dia nak mengalah..

Apa pun kini kawan pula yang menjadi seorang bapa..tau dah macam mana perit jerih penat lelah nya menjadi seorang bapa..kawan bersyukur kerana kawan menjadi bapa..sebab ramai lagi yang belum menjadi bapa ada yang dah tua masih lagi belum menjadi bapa... ( tak laku gamak nya ) heh heh..

:=) .. Aboh maaf kan kawan oke aboh nanti kita mgetea..

Read more...

Rabu, 10 Jun 2009

Mah haru gini..


Baru baru ni ada sahabat lama kawan nama Ponstan send email gambar papan tanda kat kawan..sedar atau tidak ginilah gayanya..sakit nengoknya..

Read more...

Khamis, 4 Jun 2009

Bila isteri orang mula ''membiroh'' dengan suami orang

Apa yang kawan nak sentuh ni adalah perihal sahabat sahabat yang dah bergelar suami orang dan juga yang bergelar isteri orang mula membiroh..ada yang porak peranda rumah tangga mereka mereka ini..ada kalangan sahabat yang dekat dengan kawan..Lupa anak lupa isteri..Lantas diceraikan isteri..konon nak kawen dengan kekasih baru tapi yang parah sahabat wanita itu masih lagi bergelar isteri orang..

Nak kata mereka mereka ini tak tau hukum hakam amat lah tak logik..Sebab dikalangan sahabat sahabat ni ada yang berpendidikan tinggi dan serta berpegang pada ajaran agama yang kuat..Ada juga dikalangan sahabat sahabat yang masih tak sedar diri dengan istilah ''rumah kata pergi kubur kata mari''..siang malam mengoda isteri orang..si isteri orang pun apa lagi melayan sakan..membiroh..

Jadi sejauh mana kejujuran serta keikhlasan dikalangan kita yang bersahabat diradio mau pun di maya yang berhubung dengan selular yang canggih yang punya sistem download/upload gambar mau pun teks melalui pesanan ringkas..

Yang paling mengharukan ada yang berani mengirimkan gambar gambar tubuh yang mengiurkan kepada sahabat kenalan rapat..Ada yang dapat dikesan tapi maklumat terperinci tidak lengkap..

Untuk sahabat sahabat yang rasa membiroh tu elok lah dihentikan kebirohan anda itu..Kebirohan anda itu akan dapat dikesan..Jangan jadikan diri anda diselubungi ''kebirohan''..

`Membiroh membawa maksud seperti ..kegatalan/merenyang..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP