GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 19 Februari 2010

Sebat

'' Habis buah jambu hadapan rumah ni kena sebat dek kutu malam tadi '' kata Makcik Memon kepada Salmiah jiran sebelahnya..

'' Tu yang saya dengar bunyi sok sek malam tadi Makcik '' jawab Salmiah yang sedang menjemur kain dengan rambut yang masih kebasahan..

'' Tak ada lain kerja kutu ni asyik nak menyebat sahaja..yang aok te Miah dah dengar bunyi sok sek ngape tak suruh Mail keluar pergi katok je kepala kutu te sekor sekor '' kata Makcik Memon lagi..

'' Tak berani saya nak ngejut abang Mail...dia kepenatan sebab sebelum tidor dia sempat sebat nasik 2 pinggan lepas tu tidor tak sedor kebenda dah '' balas Salmiah pula..

*** Banyak juga yer ertikata SEBAT ni..selain daripada hukuman sebat..macam pagi tadi sempat juga kawan sebat roti canai telur 2 keping bersama air serbat gelas besar..dah dah kawan taknak cerita lebih lebih nanti ada yang kata kawan sebagai perosak bahasa..he he!

34 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 19 Februari 2010 pada 8:28 PG  

Sebat jgn tak sebat...kawan kadang menyebat juga apa yang ada hehehe..
kena sebat mmg sakit kala menyebat mmg best hehehe...

endiem 19 Februari 2010 pada 8:33 PG  

sebat membawak banyak makna.

Hanisham Ab Halim 19 Februari 2010 pada 8:46 PG  

Uishhhh.. banyak gak roti canai aok sebat yak... hahhahah..

Relevan 19 Februari 2010 pada 8:48 PG  

* Kalau SEMBAT boleh juga dak en Yassin..

* Betul endiem sebat mempunyai banyak makna...

Yunus Badawi 19 Februari 2010 pada 9:00 PG  

kalau sebat ni selalunya licin hehehe

::FAIZ:: 19 Februari 2010 pada 9:15 PG  

Mcm kelas bahasa plak. hehehe

al-lavendari 19 Februari 2010 pada 9:22 PG  

saya tak suka sebat. saya suka rembat. pagi tadi saya rembat roti canai 1 1/2 keping sahaja !

pB 19 Februari 2010 pada 9:41 PG  

x sempat nak sebat sebat apa lagi pagi nie

eeeda 19 Februari 2010 pada 10:32 PG  

Ingat kes sebat, yang kat penjara tu...

Frodo Baggins 19 Februari 2010 pada 10:42 PG  

hahahhahahha

leh jadik kelas bm blog ni pokcik! DBP pasti suka .. keh3x


"mmmm, wa nak sebat tongkat ali ni dulu."


>>___<<

Che' Pit 19 Februari 2010 pada 11:35 PG  

sebat? sakit ler
melantak? mcm pelahap lak bunyinya
mencekik? ok gak

hmm hantam saja lah labu..

mama affan 19 Februari 2010 pada 12:07 PTG  

maser kecik kalau degil..mak sebat pakai hanger ngan ligan keliling umah..uh..zaman kanak2..

Redz da Tsar 19 Februari 2010 pada 2:59 PTG  

Ini bukan merosakkan bahasa, inilah kepelbagaian bahasa... hehe...

"Rasa nak sebat balik je ape yang Ahli Politik cakap... Banyak benda yang salah"

Agak-agak ayat kat atas nie boleh guna tak?

Tanpa Nama ,  19 Februari 2010 pada 3:22 PTG  

Oh! Alangkah indahnya bahasa kita hehehe..

Tanpa Nama ,  19 Februari 2010 pada 3:30 PTG  

Sebat, antara maknanya..

"susah bernafas (kerana kena selesema), tersumbat (hidung kerana berhingus)"

:)

Maiyah 19 Februari 2010 pada 3:35 PTG  

msa skolah dlu slalu guna sebat.. naik je korum guna lak belasah hehe

Tanpa Nama ,  19 Februari 2010 pada 6:35 PTG  

relevan, saya tag awak. Soklan seperti kat blog saya TQ

saharul 19 Februari 2010 pada 7:20 PTG  

takkan sebat nasi 2 pinggan keletihan...ni sebat benda lain kot....hehehe

abu muaz 19 Februari 2010 pada 8:01 PTG  

Salam tuan . Sudah boleh menyebat kembali ni.

hans 19 Februari 2010 pada 8:01 PTG  

sebat saja untuk pengajaran pada yg teringin nak buat

Abeli Rosli 19 Februari 2010 pada 8:15 PTG  

sebat...rembat.. balun..pelupuh.. banyak lagi perkataan seangkatan dgn nya... tapi bila kita dgor orang bcakap... kita faham... tapi hukuman sebat kartika ni dah jadi macam sandiwara.. pulak...

kordi rocker 19 Februari 2010 pada 11:06 PTG  

kome sebat aje segala jenis makanan...hehehe...tk gitu bang!

kelompen 20 Februari 2010 pada 12:07 PG  

relevan
SEBAT...kasar tak licin
SEBAT...kesat
SEBAT...piak dengan kayu, rotan
iter gone?

Hashim Zabidi 20 Februari 2010 pada 12:16 PG  

kalau abg Mail tak tidur tak sedor ke mende, tentu dia menyebat lagi, ha, ha ha...

Tanpa Nama ,  20 Februari 2010 pada 1:19 PG  

law tulis dlm karang SPM, kompem kne tolak markah.. hahaha

piewahid 20 Februari 2010 pada 2:48 PG  

sebat juga boleh mendatangkan makna negatif kpd sesetengah org. contoh:
"takkan lah nak hukum sebat pompuan minum arak tu, malu lah negara kita di mata dunia..."

CONTOH aje...

imHepPie 20 Februari 2010 pada 3:42 PG  

mcm sepak ngan sepak....bela ngan bela...eh ada beza ke haha

aRien de GreaT 21 Februari 2010 pada 12:10 PTG  

amboi uncle...
sebat menyebat nmpk..mntg2 skunk dok kecoh sebat2....huhuh

Nizam Awang Brahim 21 Februari 2010 pada 4:29 PTG  

Menyebat saje.Tapi koi nok suke dengor kutu ter la.Lame amat tak dengor orang ngabor gitu weh..Hahaha...

al-mankaraqi 21 Februari 2010 pada 4:52 PTG  

sebat jugek seerti dengan menyentei.....(bab mengketedaroh lah)

deus X machina 22 Februari 2010 pada 5:13 PG  

memang nak kena sebat aok ni
erk888

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP