GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 30 Jun 2010

Borak pasal bola bersama aboh kawan


Lama tak jumpa aboh..sesekali menjadi juga berborak pasal bola dengan dia..adakala selalu juga dia bercerita tentang kehebatan Raja Bola Pele..

Tercetus juga idea kawan nak menanya dia pasukan negara mana yang akan menjulang Piala Dunia 2010 ini..

'' Banyok pasukan hebat dari negara yang kecil kali ni aboh ''..kata kawan memulakan pemborakan..

'' Ishk aok Tan..negara kecil te hebat peringkat awal je..masuk pusingan kedua kaloh..balik balik negara berkuasa besar juga lah yang menang '' ..kata Aboh kawan..

'' Cuba Aboh tengok Ghana ..lepas ke suku akhir dah '' kata kawan lagi..

Aboh kawan diam je dah..sambil mata beliau kenyit dan pandang keatas siling..kawan cuba alih perhatian lain tapi masih berkisah tentang bola lagi..


'' Aboh rasa kali ni sapa juara piala dunia '' tanya kawan..

'' Jerman '' jawab Aboh kawan..

'' Cuba kita selidik sejarah tentang bolasepak piala dunia ni..boleh dikatakan adakala perlawanan pusingan kedua..negara mana yang dapat mengalahkan pasukan negara England ..maka negara itu lah yang akan menjadi juara piala dunia..'' kata Aboh kawan lagi..


*** Ishk ye ke aboh kawan ni..

Read more...

Spain punya ramai peminat di Kampung kome

Spain telah mengalahkan Portugal 1 - 0 pagi tadi dalam perlawanan peringkat kedua

Bersorak sarai lah peminat peminat Spain pada pagi tadi setelah berjaya menewaskan Portugal.. terus menjadi perbualan di Gerai kopi hujung simpang 3 diKampung tersebut..


'' Kome memang suka corak permainan pasukan Spain ini '' kata Kudin yang selama ini tidak pernah pun bercerita pasal bola..

'' Betul lah dan patut lah Spain menang kerana pasukan negara itu ramai bintang bintang bolasepak yang handal '' kata Mohd Amran yang tidak tau pun apa makna EPL..

'' Erm ..kome pun suka Spain..sebab kehenseman David Villa..Fernando Tores..Ramos..sungguh terserlah '' kata Sakinah anak tokeh warung tersebut..

*** Itu macam ka..patut arrr awek awek tak mau sokong Ghana..

Read more...

Selasa, 29 Jun 2010

Gangguan siaran

Sembang Rosli Ghani dan Encik Topik masih lagi menjuruskan kepada perlawanan bolasepak Piala Dunia..

'' Malam tadi koi bengang betul..tengoh nengok Brazil lawan anak koi mekak nangis '' kata Rosli Ghani kepada Encik Topik yang sedang menghisap rokok tarik asap dalam dalam..

'' Huh ! abis tu aok buat guane nak bagi anok aok te diam..sumbat puting ke? ''..tanya Encik Topik..

'' Nangis kuat pulok te..dah tu emaknya pulok buat tak tau je..ikut hati mau koi sepak sepak je macam bolo '' ..kata Rosli Ghani..

'' Paleh kejam aok Li.. kat luar negeri ada yang bunuh anok kerana menangis time bapak nya nengok Piala Dunia '' kata Encik Topik pula -- > klik ( siNi )

'' Tu yang koi kata tadi kalu ikut hati mau koi sepak sepak je ''..kata Rosli Ghani

'' Abis tu aok tak jadi sepak ikut kata menda pulok yerk ?.. tanya encik Topik lagi..

'' Payoh payohh '' kata Rosli Ghani terus berlalu..

*** Kalau ada yang tak faham cerita diatas..sila buat buat faham sudah ler..

Read more...

Brazil juga Mara ke Suku Akhir


Telah mengalahkan Chile pagi tadi ..Gol-gol Brazil telah dijaringkan oleh Juan, Luis Fabiano dan Robinho..

Tentu ramai yang bersengkang mata menonton perlawanan ini..dan penyokong penyokong Brazil bersorak Gumbira terutama Echam . com

*** Ghana..

Read more...

Isnin, 28 Jun 2010

Pemain Boling di musim Bola


Memperkenalkan Pemain Boling dari AFSB PSA3 Maran yang sangat digeruni.. Bakal berentap dalam perlawanan Boling anjuran KRKAF yang akan diadakan di Kuantan pada 04hb Julai 2010 nanti..melibatkan semua Area dan Sub Area AFSB..

*** Selalu tuju longkang...

Read more...

Argentina tempah pertemuan dengan Jerman di suku akhir.


JOHANNESBURG – Argentina menewaskan Mexico 3-1 di Stadium Soccer City awal pagi ini untuk menempah tempat ke suku akhir menentang Jerman 3 Julai depan.



Penyerang Manchester City, Carlos Tevez menyumbat dua gol untuk Argentina pada minit ke-26 dan 52 sementara satu lagi gol disumbangkan oleh Gonzalo Higuain pada minit ke-33.

Gol sagu hati Mexico diperolehi menerusi Javier Hernandez pada minit ke-71..( sumber Utusan )



*** Begitu juga Uruguay dan Ghana .. haa!!.. GHANA.... telah layak ke Suku Akhir.. bravo Ghana..orang lain tak mau sokong Ghana kawan sorang pun tak apa sokong Ghana..



*** Sedih dengan England.
.

Read more...

Ahad, 27 Jun 2010

Curi Ayam

Curi Ayam boleh juga disama ertikan sebagai Offside dalam perlawanan Bolasepak.. Terjadinya begini kerana seseorang pemain yang menerima passing bola mendahului bola ataupun menunggu bola berhampiran Gol pihak lawan..yang mana jika pemain pihak lawan berada diatas kecuali penjaga Gol..

Satu hari disebuah warung kopi sambil sambil minum pagi..

'' Aok tengok main bola dalam Tv malam tadi ? ..Ada ka patut bola tu dikira Gol.. Pemain Belanda telah curi ayam..pengadil tak nampak walaupun penjaga garisan telah mengibarkan bendera berkali kali..'' kata Azrul kepada Awie..

'' Tu lah Kampung kita ni..dulu getah sekerap selalu hilang kena curi..sekarang ayam pula kena curi..ayam Belanda pulak tu '' Sampuk Pak Mahad yang mempunyai masalah Sound trouble..


*** Ngantuk lagi ni tengok bola sampai subuh tadi..

Read more...

Sabtu, 26 Jun 2010

Sepanjang Jalan kenangan ( Gerakan bola )


Setelah perjanjian dibuat oleh Katan dan kuncu kuncu beliau iaitu Kapok ..Bok ..Miki..Niker ..Karten..Growin dan Setapa maka Sidek diberi amanah yang berupah RM2 seorang untuk mengerak rodong rodong ini bagi tujuan menonton Perlawanan bolasepak Piala Dunia dirumah Katan..

Kisah ini terjadi sekitar tahun 1980an dimana kesukaran untuk menonton Piala Dunia ketika itu hanya di rumah orang tertentu sahaja yang mampu memiliki peti Tv..

'' Sidek kome bagi aok 2 rengget sorang sebagai tugas untuk mengerakan kome dari tidur..aok gerak kome dari rumah yerk ''..kata Kapok serius..

'' koi aok gerok takut koi tak sedar..aok tengkoh dinding tepi bilik koi yerk '' tegas Katan..

Seingat lagi sekitar tahun itu Piala Dunia bermain di benua Amerika Selatan bermula pada jam 0200 pagi..kesemua pemuda diatas ini tidak tahan berjaga kerana sebelah siang bekerja teruk ..ada yang kerja kontrak upah mengecat bangunan dan ada yang menoreh..Jadi mereka semua mengambil keputusan untuk tidur dahulu..dan mengupah Sidek untuk mengerakkan mereka..

'' Aok jangan tidur yerk Sidek..kalu tidor kome cukur kepala aok tau '' kata Setapa yang begitu Fanatik meminati Brazil ketika itu..

Dan kebetulan pula Brazil bertemu England pada pagi itu nanti..Setelah perjanjian dibuat maka semua beredar ke rumah masing masing untuk tidor..

'' Weh..Gampang hari dah ceroh..haram budak Sidek ni gerak kita '' jerit Kapok yang kebetulan tertidur di rumah Bok..

'' Mampos lah marah dek Katan ni '' kata Bok pula..

Maka pada jam 1000 pagi itu acara mencukur kepala Sidek terpaksa dilaksanakan dan bertambah frust lagi ketika itu England telah menewaskan Brazil pada peringkat Suku Akhir..

*** Ini kisah benar yang terjadi..cuma terdapat sedikit olahan sahaja..betapa kuat nya pengaruh Bola Sepak Piala Dunia ketika itu ..

Read more...

Portugal iringi Brazil


Brazil Portugal Spain Chile ke pusingan ke2 bolasepak piala Dunia dan juga Ghana..Ghana? Tolong jangan abaikan Ghana yer..kerana ia sekarang pasukan pilihan kawan..

*** Bravo Ghana!

Read more...

Khamis, 24 Jun 2010

Bertaruh disana sinun

Sumber berita ini di ( siNi )

Setelah selesai membayar harga dua keping roti canai dan juga 2 gelas besar tea tarik yang dipertaruhkan antara perlawanan bola pasukan German dan Ghana maka terkebil kebil lah mata Rosli Ghani..Encik Topik senyum kekenyangan kerana mempertaruhkan kemenangan German keatas Ghana..

Kes judi bola kecil kecilan antara Encik Topik dan rosli Ghani ini boleh dianggap terpencil tapi judi adalah haram tetap haram..bila haram hukumnya berdosa disisi agama Islam..

Rosli Ghani : '' Koi tak mboh dah nak bertaruh taruh ni..meski pun bayar air atas meja je ''..

Encik Topik : '' Lor aok Li..aok yang mengajok kawan..kawan ngikut jer ''..

Rosli Ghani : '' Ce aok baca surat kabo setiap hari mesti ada kes tangkapan berkenaan judi bola ni ''..

Encik Topik : '' Kalu macam tu kita nengok je..jangan bertaruh taruh dah yerk ''..

Malam itu pergilah 2 rodong ke sebuah kedai yang dianggap spesel kerana menyediakan skrin layar yang besar..ramai peminat penyokong bola menonton di situ.. cuma jaraknya jauh sedikit dari kawasan 2 rodong tersebut..

Encik Topik : '' Minyak kereta kawan ni kureng lah Li..hala pergi je sempat rasanye guane ? ''..

Rosli Ghani : '' Gini..malam ni jika Itali menang koi isi minyak..jika kalah sebaliknya lah ''..


*** Lor..susah kan hendak membentras Judi bolasepak ni.
.

Read more...

Rabu, 23 Jun 2010

Sepanjang Jalan kenangan ( Tengok Bola dengan abah )


" Tan ..moh siap cepat kita nengok orang main bola kat Kampung Batu Bor saner..ada liga piala Tok 4 '' kata Abah kawan..

Kawan tak tau amenda masa tu..Bola pun jarang jarang tengok..buah kelapa selalu tengok pasal bersepah sepah gugurnya kat tepi laman..apa itu liga pun kawan tidak tau..ndak tak ndak kawan pun bersiap juga..

Dengan mengayuh sebuah Besikal abah kawan sempat menyanyi lagu R. Azmi ketika itu..kawan duduk celah atas besi palang..bila terhentak je rasa senak..lebih kurang setengah jam sampai lah di Padang..berduyun ramai orang menjerit melalak serta menyorak..rupanya perlawanan bola sudah setat..

'' Woi.. mangkuk Sia sepok bolo te betul betul lah..ni macam Keldai Pengkor '' Jerit orang sebelah abah kawan..bila dia angkat baju..nampak lah ketiak..sampai koyak baju bantai dek menjerit..

Kawan rasa bingit telinga ketika itu..nak celah kedepan tak telus..orang ramai..maklum lah liga piala Tok 4..

Perlawanan petang itu diantara Pemuda peniaga Serikat Paya Huma Luas melawan Kampung Paya Buluh..kawan rasa tak tahan dah dengan keadaan disitu dengan bisingnya jerit pekik sumpah seranah dan maki hamun..kawan undur ketepi terus ketempat parking Besikal Abah kawan..

Sesekali bola terbang bersiung atas kepala kawan..

Abah kawan begitu asyik lagi..terdengar juga suara beliau memberi sorakan..

Sesudah selesai perlawanan kawan digerakkan oleh abah kawan..

'' Lor Tan..guana aok boleh terlena atas Carry Besikal ni ? '' Tanya Abah kawan..

'' Ngantuk Abah '' Jawab kawan.

'' Hish ! nak tengok bola tidak boleh ngantuk ngantuk '' balas abah kawan lagi..

Dan sekarang kawan tengok Bola tidak mengantuk ngantuk lagi meski pun perlawanan bola pada jam 0230 pagi..

*** Ini adalah secebis kenangan bersama abah kawan..harap abah kawan membaca blog kawan ni..kawan ucapkan beliau '' Selamat Hari Bapa '' meski pun terlewat sudah.. '' nanti abah belanja kawan ngetea yak..

Read more...

Dapat award dari n4dhi3r4


Terima kasih ia adik n4dhi3r4 ..untuk rodong rodong kome..boleh lah melayari blog adik ini.. di sini --- sila tekan -- > n4dhi3r4
.

*** Adik ni sokong pasukan Ghana juga.. hehe!

Read more...

Fokas kepada Bola dengan lebih

'' Ada 2 berita menarik semalam yang berlaku dinegara kita..aok tau dak Li '' kata Encik topik kepada Rosli Ghani yang sedang leka menarik asap rokok dalam dalam..

'' Berita pertama adalah cadangan Pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR dan berita kedua pula tembok penjara Pudu dirobohkan meskipun penjara itu telah berusia 115 tahun '' Kata Encik Topik lagi..

'' Entah..bior lah dia orang nak mansuhkan peperiksaan tu..tak ngapa nye..dulu pun koi pereksa pernilaian darjah 5 jer dan SRP..bior tinggal pereksa SPM pun tak ngape '' jawab Rosli Ghani..

'' Penjara Pudu te pulok lantak lah deme nak roboh..benda dah nama penjara elok sangat lah di lupus terus '' jawab Rosli Ghani lagi..

'' Aok ni Li benda lah '' kata Encik Topik

'' Koi tak nak tau ngat benda benda remeh gitu.. cuma koi nak tau..Argentina menang dak dengan Greece pagi tadi...koi tak sedor jam kunci tapi tak bunyi '' jawab Rosli Ghani

*** Bolo bolo..

Read more...

Selasa, 22 Jun 2010

Sepanjang Jalan kenangan ( padang bermain bola )


Petang itu kelihatan 5 orang rodong yang sangat akrab hendak bermain Bola.. Oleh kerana di Kampung mereka itu tiada padang bola disebabkan Tok 4 yang sangat lembap untuk memohon sebidang padang Bola pun tiada usaha..

'' Sekarang Bola dah ada..padang pula tak ada..kita nak main mana weh? '' kata Jasdi..

'' Moh kita main atas paya yang tinggal tu ..elok je rata ..air paya sudah kering..bukan ada orang nak ngubah padi semua sibuk kerja Gomen '' jawab Yusoh..

Kelima lima rodong itu pun berangkatlah ke paya yang disebutkan tadi..Sudah sampai mereka pun mula memacak tiang Gol yang dibuat dari batang pokok kelat yang banyak subur di tepi paya itu..

'' Kita ada 5 orang tak cukup seorang lagi..mana boleh main..tidak sama banyak..bila tidak sama banyak tentu akan jadi ketidakadilan antara pihak yang bermain ''..kata Azman

'' Lor dah tu Guane ? '' Kata Bakar pula..

Maka bermesyuarat lah mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut..setelah kata putus dibuat salah seorang mesti menjadi Pengadil perlawanan ( Lefri ) maka berlangsung lah perlawanan Bola sepak 2 sebelah dengan jayanya dengan berkesudahan seri 13 sama..

Kini setelah 25 tahun berlalu Kampung tersebut masih lagi tiada padang Bola..meski pun Tok 4 telah silih berganti..kawasan paya tersebut pula telah dijadikan kawasan perumahan..
.

*** Ada tempat punyai Padang bola tapi yang bermain hanyalah Kambing kambing serta Lembu kerbau sahaja..

Read more...

Menyokong Sepanyol ( Sokong yang menang )


Segelintir peminat bolasepak akan menyokong pasukan yang menang di ketika itu sahaja..episod ini terjadi ketika Honduras menentang Sepanyol pagi tadi.. Sepanyol menang keatas Honduras 2 - 0 ...

Lokasi di warung makan bersebelahan sebuah Gelanggang Futsal..

'' Sepanyol menang juga akhirnya...walaupun David Villa tendang penalti tak masuk..koi menyokong penuh Sepanyol tadi '' kata encik Azman kepada rodong beliau Encik Yassin..

'' Lor aok..kata dulu aok nyokong Itali ''..balas encik Yassin..

'' Itu dulu sekarang koi sudah tukar '' jawab encik Azman lagi..

*** Sokong juga Ghana yer..

Read more...

Isnin, 21 Jun 2010

Pertaruhan

Setiap hari ada saja berita berita tangkapan tentang Judi Bola.. Kos taruhan bukan sedikit..semua berjuta juta..
.

Rosli Ghani : '' Cuba aok tengok suratkhabor ni..tiap tiap hari ada je tangkapan Judi bola..tak serik serik nya..dah tu taruhan bukan sedikit ''..

Encik Topik : '' Betul Li.. ni pula sekarang musim bolasepak Piala dunia..apa lagi lah ''..

Senyap seketika.. Rosli Ghani semakin tekun membaca Akhbar sementara Encik Topik tekun juga..tekun menghisap rokok..

Encik Topik : '' Weh Li...malam ni mana lawan ? ''

Rosli Ghani : '' Sepanyol lawan Honduras ?...aok amik Sepanyol..koi amik Honduras ''...
.

Encik Topik : '' Oke Li..macam biasa macam semalam juga kecil kecilan ''..


*** Cis...tengokk!

Read more...

Samba bergaya ( Brazil menewaskan Ivory Coast 3-1 )

Pemain No 10 ini kena kad merah

Memang mengunci jam pada 0220 pagi..tepat bangunnya..Sebelum tu Akak bising bising terus saja kain gebor tilam dan bantal berada dihadapan Tv ..Apa pun Brazil telah menang menewaskan Ivory Coast dengan 3 berbalas 1..

Sebelah malam tadi pula tengok Itali seri 1 - 1 sama dengan New Zealand..tengok di sebuah Gerai makan yang menayangkan diatas layar kain..Oleh kerana angin kuat juga malam tadi..terus menumbangkan layar kain tersebut...lalu cari pula sebuah restoran yang Tv nya bersaiz 49 inci..meriah dengan sorak sarai yang tua dan yang muda ada belaka..samada mereka sedar diri atau tidak..tidak pula kawan mengetahui..

*** Sedang menguap nguap ni..cari port untuk ZzZz.. heh!

Read more...

Ahad, 20 Jun 2010

Renungan tajam Mickey


Ini kucing nama Mickey..suka tengok mata dia.. bila malam hari Mickey suka tidor bawah Tv..

'' Kenapa ye tiap tiap selepas waktu Maghrib ..selepas waktu Isyak dan lewat pagi nanti tuan aku selalu bersorak sorak macam orang hilang arah '' tanya Mickey dalam hati...

*** Piala dunia beb..

Read more...

Sabtu, 19 Jun 2010

Bila Germany tewas


Kemurungan jelas terbayang diwajah Ahmad Zaki..Ini menerbitkan rasa pelik kepada Azman Zahari..

'' Ngape aok ni monyok tidak tentu arah saja '' tegur Azman Zahari sambil menutup Leptop kesayangan nya..

'' Koi tak puas hati ' jawab Ahmad Zaki..

'' Tidak puas hati benda lagi..kawan tengok blog aok bukan main meriah lagi..menderu menderu kunjungan..komen pula bertalu talu..entri blog aok semua berkisar tentang bolasepak piala dunia.. tentu pendapatan iklan mingguan aok bertambah tambah '' kata Azman Zahari..

'' Koi tak puas hati ni bukan pasai blog ''... jawab pula Ahmad Zaki..

'' Habis te pasai benda pulok '' tanya lagi Azman Zahari..

'' Koi tak puas hati macam mana pasukan pilihan koi German boleh kalah malam tadi..ini yang koi peras sangat sampai tak lalu nak buat benda dah ni ''..jawab Ahmad Zaki..

Termenung seketika Azman Zahari..mengenangkan rodong karib beliau ini..
.

*** Sangat berpengaruh bolasepak piala dunia ini..

Read more...

Semalam ke K . L

Semalam kawan ke Kuala Lipis..atas urusan dan sempat juga menziarahi seorang rodong lama yang menjadi seorang Pensyarah di Institut Perguruan disana..

Rasanya sudah lama tak pergi ke Kuala Lipis..sedar tak sedar Kuala Lipis sudah ada Bandar Baru..

Sempat juga kawan lalu di hadapan Terminal bas

Lalu juga dihadapan sebuah Pasar

Ini kawasan Institut Perguruan sempat juga kawan ambil gambar


Ini pula Motor rodong lama kawan tu..Beliau meminati Motor Injin berkuasa tinggi ini sejak di bangku sekolah lagi..berjaya juga beliau mendapatkannya..

*** Ada seorang Blogger di Institut perguruan sini.. dan kawan hampir berjaya mengesan nya..beliau adalah seorang penuntut tahun akhir..Selamat menjadi Guru yer..

Read more...

Rabu, 16 Jun 2010

Bersempena


Sembang 3 ibu yang sedang mengandung hanya menunggu masa untuk melahirkan sahaja..

Ibu 1 : '' ..Apa kata sempena piala dunia kali ni kita bubuh nama anak kita dengan nama pemain pemain bola yang terkenal ''..

Ibu 2 : '' Oke juga..kalu lelaki koi nak letak nama Abu Drogba kalu pompuan siti Mersi ''..

Ibu 1 : '' Kome kalu lelaki nak bubuh nama Nor Kaka.. kalu perempuan nak bubuh nama Nor asNANI ''..

Ibu 2 : '' Aok pula nak bubuh nama anak apa nanti ? ''..
.
Ibu 3 : '' Kome kalu lelaki nak letak nama Abdul Ronney..kalu pompuan kome letak nama Siti VuvuZela ''..
.
Ibu 1 dan Ibu 2 : '' Hah..! pemain negara mana nama gitu ?''..
.
Ibu 3 : '' Bukan pemain.. itu nama serunai yang bunyi memekak pot pettt poott peettttttttt bila perlawanan bolesepak sedang berlangsung tu ''...
.
*** Memang '' World Cup Fever sungguh ni ''...

Read more...

Brazil tetap no 1


Brazil masih lagi bernombor 1 dalam rangking FIFA..
.
Ramai orang suka dan minat pasukan negara Brazil ini.. termasuk kawan pun tapi jangan terlalu menyokong sangat kerana kawan dah terkena pada zaman Socrates / Falcao / Zico dan kepper bernama perez ketika itu.. sekitar tahun 80an.. tak silap tewas kepada England pada separuh akhir..ramai yang frust ketika itu akibat terlalu fanatik menyokong..ada yang menangis teresak esak..tidak kurang juga yang terus tidak menonton perlawanan bagi negara lain yang seterusnya..
.
Sekarang kawan menjadikan pasukan negara Brazil tempat ketiga dalam senarai pasukan negara yang kawan sokong..
.
*** Suka tengok gelek gadis Samba Brazil pakai baju kaler hijau hijau.. wakaka!

Read more...

Brazil catat kemenangan sulung piala dunia 2010

Brazil catat kemenangan sulung piala dunia 2010 ( siNi )

Semalam kawan ke Shah Alam lagi atas urusan..jam 0600 petang baru sampai ke rumah..setelah menunaikan kewajipan terus tengok bola pada jam 0800 malam..kurang memberi tumpuan kerana perlawanan pasukan negara yang bukan pilihan..selepas itu jam 1000 malam perlawanan antara Portugal dan Ivory Coast seri tanpa jaringan..

Fokas utama kawan adalah perlawanan pada jam 0230 pagi tadi antara Brazil dan Korea Utara..Brazil menang 2 - 1..

Untuk makluman ketiga tiga perlawanan ini hanya dapat ditonton oleh pengguna pengguna yang memasang Syarikat Tv berbayar sahaja...maka orang orang yang tiada Tv berbayar hanya dapat menonton pasukan Brazil dan Korea Utara melalui siaran tertunda sahaja di Tv 1..

Berikut perbualan talipon antara kawan dan aboh kawan melalui talipon..

Aboh kawan : '' Tan bangun tengok bolo ni..Brazil dan nyumbat Gol dah ''..

Kawan : '' Lor aboh..hari dah pukul 0615 pagi dah Brazil dah menang 2 - 1..aboh baru nak nengok ke ?''..

Aboh kawan : '' .. Ngapa laju Tv rumoh aok Tan..cepat tau keputusan nya ''..

Kawan '' Lor Aboh.. rumoh kawan Tv berbayor tu yang cepat siarannya ''...

*** Piala Dunia sekitar tahun 80an dulu tak ada masalah macam ni..sebab RTM dapat hak penyiaran begitu juga Tv Swasta ketika itu..sekarang nak laju semua berbayar..

Read more...

Isnin, 14 Jun 2010

Cerita Rosli Ghani tentang bola


Semua orang bercerita tentang Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang ini.. Setelah rosli Ghani memasang / melanggan Tv eStro maka sampai lebam lah biji mata beliau menengok Bola.. Maklum lah setesen Tv itu menayangkan semua siaran langsung..
.
Dikesempatan itu beliau sempat juga menemui encik Topik untuk becerita tentang Bola..
.
Rosli Ghani : '' Koi Frust betoi..penjaga gol England ..Robert Green ada pulok dah dapat tangkap bola lepas tu terlepas masuk dalam Gol.. hee '' !..
.
Encik Topik : '' Lor..nak buat guane Li..dalam perlawanan bolasepak macam macam boleh terjadi..Score Gol sendiri pun ada..macam macam lah ''..
.
Rosli Ghani : '' Tau..tapi ..ishkk ! nampak gaya pasukan peberet koi iaitu England kena balik awal juga ''..
.
Encik Topik : '' Tak tau lagi Li..pusingan pertama tak habis lagi..mboh pasukan peberet aok te lepas ke suku akhir gamaknya ''..
.
Rosli Ghani : ''.. Kalu koi suka pasukan England..aok pula sokong pasukan negara mana ''..
.
Encik Topik : '' Kawan kurang Fokas ke Piala Dunia ni.. sebab kawan tumpukan kepada SUKMA yang sedang berlangsung di Melaka sekarang ni ''...
.
*** Erm..!

Read more...

Tidor Bola

Kesilapan mudah penjaga gol Algeria, Faouzi Chaouchi telah menghadiahkan Slovenia kemenangan tipis 1-0 pada aksi Kumpulan C malam tadi... Ini antara perlawanan yang kawan tengok pada petang semalam jam 0730 malam..

Selepas itu perlawanan antara Ghana dan Serbia..memihak kepada Ghana dengan 1 - 0 juga.. perlawanan ini tengok sekerat sahaja..kerana hendak menunggu aksi hebat German dan Australia..

'' Amirul jangan lupa kunci jam..kalau nak tengok German sama Australia jam 0200 pagi nanti '' beritau kawan kepada encik Amirul yang seorang juga peminat bola..

Oleh kerana terlalu penat akibat kerja kerja part time pada sebelah pagi nya maka kawan cepat ketidurannya..ketiduran pula diruang tamu saja..

'' Aboh aboh bangun..nengok German main ni '' gerak encik Amirul..

Dan kawan tergesa gesa bangun kerana hari dah pukul 0625 pagi..time untuk pergi kerja..

Dalam hati kawan tertanya tanya kenapalah encik Amirul gerak kawan pukul 0625 pagi..

'' Sori Aboh jam tak bunyi '' jawab encik Amirul Selamba..

*** Heh heh ! Selamat pagi Isnin..

Read more...

Ahad, 13 Jun 2010

SeNdal dipagi Minggu ( Akibat ngantuk lebih dari biasa )

Akibat banyak berjaga malam tadi..sampai 3 perlawanan piala dunia ditontonnya..ini yang mengakibatkan Encik Topik tidak bangun bangun lagi..meski pun jam sudah menunjukan pukul 1245 tenghari..maka bising bising lah Puan Rodziah..

Puan Rodziah : ''.. AnisSs!! pergi gerak aboh aok ..tak nye bangun bangun lagi.. Melampo dah ni ''..

Anis dengan menurut perintah terus mengerakkan aboh nya yang sedang melingko lingko atas tilam lagi..Encik Topik mula mengosot gosot mata yang sudah melekat lekat dengan taik mata yang sudah mengeras..

Puan Rodziah : ''..Kena gerok baru nak bangun..buat lagi nengok Bolo sampai 3 perlawanan..sembab biji mata dah te..ni lauk sayur tak menda lagi ni..hari dah melohor ''...

Encik Topik : '' Lor sayur dan lauk kat dalam peti sejuk dah habis dah ke?''...

Puan Rodziah : ''..Habis le dah..Stok dari minggu dulu ke minggu ni jer.. pasar tak dan dah..nak pergi Pekan Sehari hari dah melohor..Jemputan Kenduri tak ada hari ini..lantok le deme nak makan benda tengah hari ini ''...

Lantas encik Topik memanggil anak beliau yang bernama Anis itu..terus memberi duit untuk pergi ke kedai runcit yang berdekatan..

Dan tengahari itu mereka anak beranak mekan mee segera dengan sedap nya..

*** Erkk...! sendawa bau mee kari...

Read more...

Senak perut ditengah malam

Sementara menantikan dengan penuh debaran perlawanan bolasepak piala Dunia antara negara England dan Amerika Syarikat tiba tiba perut rasa sungguh lapar..

Semua sedang tidur di bilik masing masing..kawan mula sibuk menyelongkar peti sejuk..mana tau kot kot ada makanan seperti roti maupun beskut..

Buka peti hanya ada air oren saja..ambil cawan lalu tuang dan minum..arhh..tiba tiba perut menjadi senak..yang kawan minum air oren tanpa makan dulu kenapa ? ..Ishkk !

Tiba tiba..

'' Assalamualaikum atuk oh atuk '' ..arghh..siap pula beri salam tengah tengah malam panggil kawan atuk lagi?..

Lor rupa rupa bunyi ringtone Akak..Akak siap mis Col dari dalam bilik guna hendphone anok dia yang sorang lagi.. ( kes menyakat )

Dan senak perut kawan pun hilang..kerana pada ketika ini Akak sedang buat Goreng Pisang serta tea Tarik peberet kawan..

Kawan pula melurus kaki hanya tunggu England Score saja.. Gitu lah semua anak beranak berjaga untuk tengok Bola..

'' Bola boleh menyatukan keluarga negara dan alam sekitar ''...

*** Goreng pisang tengah malam ???..

Read more...

Sabtu, 12 Jun 2010

World cup hanya di Tv 1

Oleh kerana terlalu minat sangat nak tengok Bolasepak Piala dunia maka ramai yang menukar tv baru dan juga melanggan tv estro..hal ini terjadi juga kepada Rosli Ghani..

Rosli Ghani : '' Koi nak tuko tv koi kepada yang baru dan juga koi nak langgan tv estro berbayor..tak kiralah berapa kos.janji lepas sebulan piala dunia berlangsung sudah ''..

Encik Topik : '' Lor li..buat benda aok nyusohkan diri..tv hok sedia ada pun boleh tengok lagi.. lagi pula Siaran langsung ada kat Tv 1..aok edjust je ariel baik baik grenti gambo lawo punya ''..

Rosli Ghani : ''..Ishk ..! tak besh..tv koi dah lama ngat..bola yang bulat tu dah nampak penjong gambornya ''..

Encik topik : '' Kira nya kawan tabik ke aok Li..Lantak aok lah duit aok..minat sungguh yerk aok dengan Piala Dunia ni ye Li ''..

Rosli Ghani : '' Mau nya tak minat..koi kena ngikut perkembangan juga ..jika tidok rodong rodong cerita hal bola tidak lah koi senyap jer ''...

Encik Topik : '' Kalau macam tu negara mana yang aok suka ni..tentunya Brazil dak? ''..

Rosli Ghani : '' PakiStan ''...

Suasana hening seketika...

*** Malam ni kome kena tengok kat layar gergasi juga..

Read more...

Semalam tengok Bola


Malam tadi kawan tengok bola Piala dunia antara Mexico lawan tuan rumah Afrika Selatan..seri pula 1 - 1..
.
Untuk perlawanan kedua antara Perancis lawan Uruguay mata kawan tidak boleh buka dah..dengar cerita pagi ini seri juga 0 - 0..
.
*** Apa hal pun semangat Bola kawan masih lagi tinggi...

Read more...

Jumaat, 11 Jun 2010

Senyum dipagi hari Jumaat ( Piala Dunia )


Malam ini bermulanya piala Dunia.. satu satunya pertandingan Bolasepak anjuran FIFA yang terbesar diatas planet kita ini.. semua peminat peminat Bola telah bersiap sedia untuk menonton dan menyokong pasukan serta pemain pemain Negara yang disukai dan diminati..termasuklah Kak Zakiah dan Rozita juga..
.
Lokasi semasa membeli Sayur sayuran dan lauk pauk daripada seorang Apek dengan Lori beliau..
.
Kak Zakiah : ''..Malam ni detik bermula piala dunia antara Afrika Selatan dan Mexico..Zita sokong pasukan mana..
.
Rozita : '' Oh Akak..Zita mesti sokong negara Mexico..suka tengok aksi pemain pemain negara Latin sana ''..
.
Kak Zakiah : '' Macam tu..apa pula pasukan peberet Zita ?..Macam Akak suka dengan negara Belanda.. situ ada Cristino Ronaldo ''..
.
Rozita : ''.. Eh Akak silap..Cristino Ronaldo pemain negara Portugal lah Kak '''..
.
Kak Zakiah : '' Dak eh..? Cristino Ronaldo pemain Belanda lah Zita..mari kita tanya Apek ni..''
.
Apek : '' Itu ..Clistino Lonado bukan negara Belanda lah..tapi itu dia main untuk negara Netherlands ''...
.
Keadaan menjadi bertambah keliru..dan yang pasti selama sebulan ini tentunya para peminat Bola akan demam..
.
*** Jangan bertaruh taruh yer..

Read more...

Rabu, 9 Jun 2010

Jalur dan Lebar

Dalam sehari dua ini line broadband telah menjadi Slow..dengan ertikata lain line menjadi lembap dan ini amat menyukarkan Ahmad Zaki untuk mengapdet blog beliau..lantas beliau terus mendapatkan Azman Zahari yang sedang sibuk dengan MillatFaceBook nya..

Ahmad Zaki : '' Susah lah macam ni..koi nak blogwalking semua menjadi perlahan nak upload / download gambor pun tidak buleh..apa lagi nak tengok video kat youtube.. ini akan menjejaskan laluan trafik blog koi ''..

Azman Zahari : '' Alah biasa lah benda gini..kawan ingat time ni cuti sekoloh banyok bebudok Online..tu yang jadi gini ''..

Ahmad Zaki : '' Kena koi rehat lah nampaknya dari berblog..tapi rugi pula dengan pendapatan mingguan koi te..ishk! ralat ralat ! ''..

Azman Zahari : '' Tak Lama lagi kita akan mendapat servic Jalur lebar berkuasa tinggi ''...

Ahmad Zaki : " Uiks ..Jalur lebar ? ..benda pulak te ..line internet ke? ''....

Azman Zahari : '' Entoh kawan pun tidak tau ''....

*** Mangkuk !

Read more...

Ke Shah Alam Lagi

Hari ini kawan ke Shah Alam lagi atas satu urusan..

Badi : '' Aok tau ke Jalan nak kesana ''..

Kawan : '' Tau seket seket..aok bagi plan lah nanti ''..

Badi : '' Tempat te Seksyen 9..dekat dengan hotel Concorde ''..

Kawan : '' Ohh situ..tau lah..mesti jumpa ''..

Badi : '' Ingat ye semua perlaksanaan seperti dirancang..jangan ada ketidak sempurnaan nanti ''..

Kawan '' Orait..kawan tau lah ..jika apa apa kawan Call Okes ''..

Badi : '' Sampai sana jangan pergi tak tentu arah..nanti Akak marah dan kim salam semua kat pegawai pegawai yang aok jumpa nanti ''..

Begitu lah dan yang penting kawan mesti membawa balik Cermin sisi sebelah kanan kereta Ad resort beliau yang telah pecah..dah rata cari tak jumpa..moga ketemu di Shah Alam nanti..kalau tidak mau pula kawan ke Rawang ...

*** He he! ..semoga bertemu awek lama kat Flat PROTON..

Read more...

Selasa, 8 Jun 2010

Kena juga jawab tag en Yassin ( AkuAnakPahang )



Ndak tak ndak kawan kena juga sedaya upaya menjawab tag dari en Yassin ni ( AAP ) Ada ke kalu kawan tak mboh jawab dia tak ndak belanja kawan ngetea lagi dah..ini cabaran bagi kawan untuk menjawab 23 fakta yang di kehendaki.

.
a) Copy gambo kat atas tu..
.
(b) tulis 23 fakta rawak wak wak ( rendom dem dom ) tentang diri awak (tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever la .)

1. Anak Jantan aboh kawan.

2. Sudah berkeluarga...( Akak baru seorang )

3. Keje ngan swasta ( Serikat )

4. Suka ramai kawan...terutama kawan wanita.. he he!.

5. Kucing suka juga..buah mata kucing lagi suka hehehe...!

6. Suka tengok filem lawan lawan perang perang dan 18sx..

7. Berblog untuk mencari wang... ( mana tau dapat income buleh 13k seminggu )

8. Paling bosan tak dapat tea tarik...

9. Angan angan nak jadi macam Ultraman boleh Fire fire je rejim Zionis....

10. Perangai pelik suka bergaru celah pelipat....


11. Makanan pula suka..Nasik Kebuli..

12. Minuman pula tea tarik..

13. Kuih muih pula suka ..kuih Tepung Abu..

14. Makan yang tidak suka.. nasi impit

15. Minuman yang tidak suka air lemon serbat..

16. Kuih paling tidak suka.. kuih Bau lu.. ( bau aok )

17. Jika banyak masa lapang..suka berdiri atas Gelegar..

18. Mainan pula suka main tindik menindik..

19. Jika jadi Jutawan dan kaya raya mau bikin rumah besar ada air terjun kat dalam nya..

20. Hobi pelik suka tengok semut..

21. Pergi kemana mana suka pakai selipar saja..

22. Fesyen..janji boleh masuk dan pakai..

23. Tidak pernah ada seluar dalam.. ( wakakaka ) raban !

(jika anda yang ditag sekiranya mampu memberi 23 fakta itu yang sebaiknya)

( c ) tag pulak bende ni kepada rakan blog anda ( sekurang kurangnya 5 orang)

* Kelima lima blogger yang kawan nak tag tu semuanya sudah tidak aktif.. katanya berblog banyak buang masa dan tidak mendatangkan hasil..menoreh getah lagi baik..dan mereka sekarang telah menjadi penoreh sepenuh masa..kehidupan mereka macam tu juga..nak ajak minum tea pun susah..

*** Kome berjaya menjawab tag ini dengan jaya nya.. ( sesiapa yang tidak memahami apa jua perkara atau makna dan juga jenama diatas terutama tentang ayat ayat pada fakta itu..sila lah berusaha dengan Kamus masing masing )

Read more...

Jangan abaikan Notis

.
Hebat kan.. Notis dilarang membuang Sampah telah siap dipasang tapi pengguna masih lagi meletakkan sampah sarap di situ..

Hari ini macam biasa saja..pagi tadi sarapan kuih kocok sebanyak 6 biji..ingatkan nak pekena roti canai telur 2 keping..tapi tengok jurutebarnya lain macam saja..kejap kejap batuk kejap kejap bersin..ndak tak ndak kena juga 6 biji kuih kocok..

Selepas sahaja ambil gambar kawasan bermasalah..terus masuk ke sebuah penempatan Kampung Tradisional di pinggir bandar untuk lawatan kawasan.. ( kawasan dimaksudkan adalah kawasan kerja..Zon tugasan )

Keadaan yang sama masih lagi berulang..ketidak pekaan pengguna dalam mengunakan tong masih berleluasa..maka team kome nak tak nak terpaksa membuat kerja kerja Back up..tentunya akan melibatkan kos..

Masuk pula kawasan Bandar..keadaan masih lagi belum dilanda kesibukan..sempat teropong pekerja pekerja..semua dalam keadaan baik..semua mesti teratur jika tidak pihak berkuasa tempatan akan menghantar Notis..jika Notis dikeluarkan maka silap hari bulan kome pun dapat Notis secara individu pula..

Dan untuk hari ini seorang pekerja telah menerima surat Notis ketidak patuhan akibat bercuti senyap.. ( AWOL )

*** Selalu terima notis yang puitis..

Read more...

Remaja bingung ayah gatal

Sambil menarik dalam dalam asap rokok cap tengkorak Rosli Ghani menunjukkan satu berita dalam satu Surat khabar hari ini - klik ( siNi ) kepada Encik Topik yang sedang rancak menghirup tea tarik meski pun kadar kandungan gula dalam darah encik Topik sudah sampai ke paras berjaga jaga..

Rosli Ghani : '' Woih..cuba aok baca ruangan bimbingan dalam surat khabar ni..kisah ayah budak ni yang gatai ''..

Encik Topik : '' Lor Li.. tidak menjadi kehairanan sekarang ni..memang banyak ayah ayah yang gatai..ini tentu punca dari godaan wanita dan juga pengaruh SMS yang cukup kuat ''..

Rosli Ghani : '' Dah yang ayah nya turut melayan buat apa..ce kalu diam tak layan tentu tak jadi punya ''..

Encik Topik : '' Bior je Li..kot ramai lagi yang dah berumur suka layan dengan SMS ni..zaman remaja dia orang dulu tak jumpa benda benda gini ''..

Suasana hening seketika..Rosli Ghani menghirup tea tarik beliau yang tinggal separuh cawan lagi..kelihatan asap rokok memenuhi dalam cawan lalu ditelan sama mengikut air tea tarik..

Rosli Ghani : '' Aok macam nyokong pulak dah..kot nanti anak aok pula yang jadi bingung sebab aok pula yang gatai..ada koi dengor dengor dulu hendphone aok kena lontar dek akak.. ha! ha!

Encik Topik terkebil kebil biji mata dan terus berlalu lantas membayar minuman beliau sahaja..

*** Roti telur 2..tea tarik gelas besar 1...''

Read more...

Isnin, 7 Jun 2010

Kampung Lama kawan ( kampung Musir Chenor Maran Pahang )

Ahad 06hb June 2010..kawan sekeluarga dan Aboh kawan telah balik Kampung halaman tanah tumpah darah ku kerana satu undangan Mejelis Kenduri kahwin di Kawasan Penempatan Banjir Bukit Kening..Kawan cuma tinggal di Kampung Musir ini setakat umur 6 tahun sahaja..selepas itu rumah Atok Uwan kawan dihanyut Banjir ( Bah ) besar tahun 1971..banyak rumah yang dihanyutkan banjir ketika itu..

.
Singgah Solat Zohor di Mesjid ini


/
Di Kampung Sekara ini ada projek tanaman padi..kome semua turun..untuk bagitau anak
anak ini adalah sawah padi..jika tidak anak anak akan kenal beras sahaja..( sawah beras? )



Kawan cuba mengimbau kembali segala Nostalgia silam apabila lalu di Kampung Lama yang telah lama kawan tinggalkan itu.. masih ingat lagi bagai mana kawan telah mencekik seekor anak ayam yang baru menetas didalam sangkak lantas mencampakkan ke dalam Sungai Pahang yang berhampiran rumah Atok Uwan kawan..sebagai upah kawan mendapat pukulan daripada batang Sungkai oleh Aboh kawan..



Sesampai dihadapan kuburan lama Kampung Kening kawan teringat lagi disitu ada pohon Bidara ( Mata Kucing ) yang selalu dikatakan ada Penunggu di kawasan itu..terutama bila musim buah nya menjadi..



Kawan sangat terharu apabila melihat banyak rumah rumah Tradisional yang ditingalkan begitu saja..kerana penduduk di situ telah berpindah ke penempatan Banjir..

Abah kawan bagi tau..rupa rupanya ada lagi tanah peninggalan Arwah Atok kawan yang telah diserahkan kepada Aboh kawan..



''..Kalu aok boleh jayakan dengan sempurna tanoh ni..Aboh seroh ke aok Tan ''..kata Aboh kawan kepada kawan..



Kawan terus memandu pulang dengan semangat yang berkobar kobar..



*** Kehidupan yang sempurna akan menjamin kebahagiaan...Jangan lupa pula kepada Landasan kita..

Read more...

Tengah hari ini redup pula

Badan rasa lemau lemau kuku..( suam suam agaknya )..setelah menanggalkan baju sejuk tadi.. Kawan jengok kat luar..redup saja.. perut mula berkerot kerot..itu tanda sudah lapar..

Biasa ringing hendphone kawan tiada lah berbunyi kuat..ndak pula SMS tone..hanya gegar saja..ini yang membuat kawan lambat untuk membuka mesej..kecuali jika kawan letak hendphone dalam poket seluar..terasa getar gegaran nya..belek belek hendphone ada mesej pula..

Mesej 1 : ' Jgn lupa beli sayur taugeh ye ' <------- ini mesej akak

Kawan jawab : ' Orait..nnti masuk Psr raya ..kwn beli lah '..

Mesej 2 : ' Lauk skali jgn lupa '..

Kawan jawab : ' Okes..kwn beli dgn beras skali '..

Mesej 3 : ' Bila msuk Psr raya..jgn lama2 ye..tntu ada bdk cun nama Salwani tu '..

Aik?..mana pula Akak tau kawan nak pergi Pasar raya yang ada pekerja nama Salwani tu ..kawan pandang kiri dan kanan terus saja masuk kedalam Pasar raya..hanya 12 minit saja berlegar dan terus membayar barangan yang dipesan akak tadi..

*** Dan hari masih lagi redup..

Read more...

Sejuk

Malam tadi hujan dengan lebatnya..ini membuatkan pagi tadi cuaca menjadi sejuk..bila cuaca menjadi sejuk mula lah sedapnya tarik selimut..dan subuh ala ala subuh gajah tapi masih sempat..punya lah lemah rasa hendak pergi kerja..

Siap punya siap..masa untuk tamat punch kad semakin hampir..dalam kepala terbayang pasti merah kad hari ini..sempat juga..

Cuaca masih lagi sejuk..setelah pekena nasik berlauk dan tea tarik gelas besar..terus sahaja membeli surat khabar..ada satu suratkhabar peberet masih belum sampai lagi..baca je surat khabar harian tabloid..banyak dan penuh muka surat tentang 12 orang aktivis Malaysia yang selamat pulang setelah menyertai misi keamanan untuk menghantar bekalan ubat ubatan dan segala keperluan kepada penduduk Gaza.. yang telah sekian lama dihimpit Israel lahanat..kawan masih lagi sejuk..

Seperti biasa rondaan kawasan kerja dimulakan meskipun sedikit terlewat..pusing sana sini..masuk Bandar Lama keluar pula Bandar Baru..semua dalam keadaan stabil..pekerja tiada yang berani mengular..kawan masih lagi sejuk..

Kenapa yer kawan begitu sejuk hari ini..

'' Oit..encik hari dan panas ni..encik masih lagi pakai baju sejuk? ''..tegur Abdul Rizal Awang yang sedang tekun bekerja..

'' Oh patut lah kawan sejuk je hari ini ..rupanya masih memakai baju sejuk ''..kata kawan pula dalam hati.. he he!

*** Porah..!

Read more...

Ahad, 6 Jun 2010

SeNdal dipagi hari Minggu ( Majelis kahwin )

Musim cuti begini memang banyak orang buat kenduri kawin.. Jiran jiran.. orang Kampung mau pun Saudara mara..Adakala rasa serba salah kemana satu yang patut kita pergi.. Ini yang terjadi kepada Encik Topik dan Puan Rodziah.. Sepupu sepupu mereka berkahwin pada tarikh yang serentak..

Jarak pula menjangkaui Daerah..setelah bermesyuarat untuk penentuan kemajlis perkahwinan sepupu siapa yang patut mereka pergi maka tiada kata putus dari mereka berdua..tiada keputusan..

Puan Rodziah : '' Patut nya rumoh sepupu kome lah yang patut kita pergi..lagi pun sepupu kome tu dekat sikit dari sepupu aok te ..jimat sikit kos ''...

Encik Topik : '' Huh..aok tak ingat ke...sepupu kawan yang nak buat mejelis kawin ni dah banyok nolong kita..kena patut pergi ''..

Puan Rodziah : ''..Aok tak mboh lalu beraloh sikit dengan kome yerk..kalu macam tu kome pergi kemajelis sepupu kome..aok bawok jer jantan aok te ngikut aok kerumoh sepupu aok te..tapi dengan syarat kome bawok kereta ''..

Encik Topik : '' Lor..mana aci gitu.. aok naik bas je lah..kawan yang bawok kereta ''..

Puan Rodziah : '' Apa yang aok susohnya ni..aok naik je moto kapcai anok aok te berdua ''..

Encik Topik : '' Hishhh payoh payoh ''..

Encik Topik memandang perutnya berulang kali..naik motor kapcai bersama anaknya..dah tu jauh pula..hendak tak hendak terpaksa beliau mengalah juga kali ni..dalam hati beliau..'' bagi chance..nanti Raya Puasa kena balik rumoh mak kawan ''...

*** Jom weh.. kenduri banyak ni..gantung periuk dah 3 hari..

Read more...

Sabtu, 5 Jun 2010

Cerita malam Minggu ( Balik Kampung )

Hari ini hari Keputeraan rasmi yang dipertuan agong.. semua bercuti kecuali pekerja pekerja dibatasan pertama yang mengikut syif..

Untuk malam minggu ni kome ada cerita berkisah dengan balik Kampung..malam minggu ini kome balik kampung..yang peliknya petang khamis dulu pun kome balik kampung..selepas kerja hari jumaat semalam kome balik kampung juga..dan malam ini kome balik kampung juga..

Ini telah menjadi kehairanan kepada jiran kome yang baru menyewa berdekatan dengan rumah kome..

'' Deme senalor balik Kampung yer ..boleh kata tiap tiap petang deme balik Kampung paroh deme nuang minyak.. larat ke ''..kata jiran kome itu..

'' Lor aok tak tau ke..kampung kome 8 kilo meter je dari rumoh kome menyewa ni..tiap tiap hari kome boleh balik Kampung ''..jawab kome dengan serius..

*** Balik kampung 1 hari..Isnin dan selasa kerja..hari rabu mungkin ke Shah Alam..

Read more...

Jumaat, 4 Jun 2010

Senyum dipagi hari Jumaat ( pokok bunga )


Melihatkan Rozita sedang terbongkok bongkok ditepi pasu pokok bunga dihadapan rumah nya terus sahaja Kak Zakiah menyapa..
,
Kak Zakiah : '' Rajin ye Zita..pagi pagi lagi terus cabut rumput dalam pasu yer ?''...
.
Rozita : '' A'ah lak Kak..Zita pelik juga dengan pokok pokok bunga ni..lambatnya naik untuk membesar..sedangkan baja cukup siram setiap hari ''..
.
Kak Zakiah : '' Alah Zita..pokok pokok bunga ni kena selalu dibelai dimanja manja..kalu boleh bercakap cakap dengan pokok bunga lagi baik ''..
.
Rozita : '' Sampai macam tu ye Kak..nanti boleh lah Zita praktik kan ''..
.
Kak Zakiah : '' Pokok bunga kita ni boleh di ibaratkan macam suami kita juga.. kena belai belai manja manja baru cepat naik dan cepat membesar dan kalu boleh kena siram juga selalu ''..
.
Kedua dua nya ketawa terkekeh kekeh meski pun Rozita masih kurang faham lagi apa yang diperkatakan oleh Kak Zakiah ..
.
*** Aduii! Kak..pagi pagi lagi sudah latah..

Read more...

Khamis, 3 Jun 2010

Ciuman perokok boleh membunuh

Siang tadi juga Rosli Ghani telah terjumpa satu berita yang tidak menyenangkan hatinya ia itu tentang perokok.. Ciuman perokok boleh membunuh lalu beliau ke Gerai Koner bertemu Encik Topik yang sudah lama menunggu..

Rosli Ghani : '' Nampak gaya koi kena juga berhenti merokok ''

Encik Topik : ''..Lor Li dah 14 tahun merokok aok nak berenti pulak..sia sia saja lah aok merokok macam ni Li ''..

Rosli Ghani : '' Koi takut dengan berita tu yang menyatakan Ciuman perokok boleh membunuh jika kita cium kanak kanak.. anak anak koi kat rumah tu ''...

Encik Topik : '' Lor Li aok sedar tak menda aok cakap ni..aok mana ada anak lagi ''..

Rosli Ghani : '' tu anak anak kucing koi yang 8 ekor tu..hari hari koi cium ''...

Suasana menjadi sepi seketika..lepas sebatang sebatang mereka menghisap rokok sambil disulami air kopi 0` kow..


*** Elok juga berenti merokok..

Read more...

Nak bagi tau rodong ''


Nak bagi tau rodong belaka semua.. kawan dah ada akaun millatFacebook .. Register je ni..sama ada aktif atau pun dak..itu terpulang kepada Akak dirumah.. hehe!

*** Orang nak berfesbook aok nak berfesbook..

Read more...

Kadar faedah sewa beli kereta naik mulai Isnin


Kadar faedah sewa beli kereta naik mulai Isnin Klik di ( siNi )

Nun di satu sudut ruang di sebuah meja dan kerusi batu..sedang Rosli Ghani dan encik Topik melepaskan asap rokok yang berkepul kepul sambil Rosli Ghani menunjukan berita keratan suratkhabar hari ini..
.
Rosli Ghani : '' Kan koi dah kabo dari dulu lagi.. aok tukar cepat kereta buruk aok te..sebelum kadar faedah sewa beli kereta naik..koi dah kabor hari te dah ''..
.
Encik Topik : '' Kawan badget ujung bulan 6 ni Li.. tak benda dah yerk..kena lah kawan beli kereta dengan kadar faedah yang baru ''..
.
Rosli Ghani : '' Amat mengharukan lagi dengar dengar cerita petrol pun turut naik..bila bila masa je dah ni ''..
.
Encik Topik : '' Arhh..sudah.. mana pulok aok dapat berita kenaikan harga petrol ni Li ? '..
.
Rosli Ghani menghembuskan lagi asap rokok berkepul kepul..Encik Topik pasang sebatang lagi tarik asap dalam dalam..
.
Rosli Ghani : '' Aok beli kereta baru segala galanya dengan harga baru lah nanti ''..
.
Encik Topik : '' Guana ..kita pengguna nak tak nak ngikut je lah Li ''..
.
Rosli Ghani : '' Koi ada idea untuk penjimatan ekonomi tahap kita ni ''...
.
Encik Topik : '' Apa dia Li..kalau bagus idea aok tu..mungkin kawan boleh pikir untuk ikut "..
.
Rosli Ghani : '' Aok beli BESIKAL je..tak ada masalah punya nak bayar faedah tentu aok dapat beli cash..dan tak payoh juga mikir untuk beli Petrol..kayuh je lah mana aok suka pergi ''..
.
Memikir juga Encik Topik akan kata kata dan idea Rosli Ghani tadi..sambil mencapai rokok sebatang lagi dia memandang ke perutnya yang semakin memboroi.. '' Ishkk idap ke tidak elok nya perut dah lah boroi lantok lah kayuh BESIKAL sana sini..
.
*** Dulu suka naik Besikal tua sambil berdiri atas hendel..

Read more...

Rabu, 2 Jun 2010

Kejamnya Zionis


Untuk menyatakan sokongan kepada Blogger picisan tentang menempek banner kekejaman Israel maka berlarilah Ahmad Zaki untuk mendapatkan pandangan Azman Zahari..
.
Ahmad Zaki : '' Ada rodong blogger suh tepek logo bagi menentang kekejaman Israel..koi kena minta pendapat aok dulu untuk sokongan ''..
.
Azman Zahari : '' Aok jangan letak lagi.. benda benda gini tentu ada pra dan kontra.. ada yang sokong letak ada yang tidak sokong letak logo tersebut ''..
.
Ahmad Zaki : '' Ini yang buat koi jadi serba salah ni..nak letak ke tak ni ''..
.
Azman Zahari : '' Terseroh lah pada aok... dunia dah tau Israel ni memang kejam dah ternyata dengan apa yang berlaku dahulu dan hari ini.. Kita yang beria sangat sedang kan seluruh negara negara Arab sana nu..kurang bersatu dan tidak bersatu padu dalam menangani masalah ini..dalam negara kita pun ada banyak benda yang perlu diuruskan dengan baik lagi ''...
.
Ahmad Zaki : '' Lain macam aok cakap nih..macam tak berkenan je dengan kempen tepek logo ni ''..
.
Tercetus dalam pemikiran Ahmad Zaki..ada benar juga kata kata Azman Zahari itu..memikirkan dalam sokongan berblog ini perlu juga bertolak ansur dalam apa jua perkara.. nak ikut salah tak ikut salah..dan juga jika tidak bersama tentunya Ahmad Zaki mungkin akan berkurangan jumlah trafik..
.
*** Kome tepek jerk...

Read more...

Pejabat swasta kawasan larangan merokok mulai semalam

Pejabat swasta kawasan larangan merokok mulai semalam rupanya..kawan kendian baru tau..hehe..habis dah semua tempat menjadi tempat larangan merokok..
.

Kiranya ini akan menambahkan kesulitan bagi perokok perokok tegar..Hendak merokok dalam bilik boSs bersama boSs tentu tidak boleh lagi..

.



Hendak merokok dalam bilik air tentu akak Cleaner boleh sound kita..

.



Jadi adalah dinasihatkan kepada kaki kaki rokok elok lah berhenti merokok..tiada lagi kawasan kawasan yang boleh dianggap kawasan boleh merokok..sebab merokok ini tentunya membahayakan kesihatan..

.



Bagi kawan jika hendak berhenti merokok itu bukan terletak kepada segala macam prodak yang boleh membuatkan kita berhenti merokok..sebaliknya tanya lah hati.. '' Tepuk dada tanya selera ..tepuk kotak rokok tanya tembakau ''...

.

*** Kawan sibuk sibuk cerita pasal rokok ni buat apa.. ? dah 17 tahun berhenti..boleh pun..!

Read more...

Sodok tapak rumah

Semalam 01hb June 2010..ada temujanji sama pemandu JCB ( back Hoe ) untuk menolak tanah bagi meratakan tapak rumah yang akan didirikan sedikit masa lagi.. Kerja kerja dimulakan pada jam 9 pagi.. Kos menggunakan mesin ini adalah RM70 bagi satu jam..kome ambil sewa satu hari..


Ini bakal Tuan Rumah dengan wajah bengis beliau..
.
Pokok Rambutan kesayangan kome habis di tarah..sedih juga kome tapi apakan daya untuk memajukan tempat ini..terpaksa berbuat demikian..


Jam 0450 petang kerja kerja meratakan telah siap dengan jaya nya..terima kasih encik Pemandu JCB ( Back Hoe )

*** Projek perumahan ini mungkin akan mengambil masa lama bagi memadatkan tanah.. heh! heh! badget tentunya masih belum mencukupi..

Read more...

Selasa, 1 Jun 2010

Sudah bulan June rupanya

Orang kata pejam celik pejam celik dah sampai..sekejap saja rasa dah masuk pertengahan tahun 2010..Hari ini sudah masuk 01hb June 2010 bersamaan 18 Jamadilakhir 1431..lepas Jamadilakhir muncul pula Rejab..lepas Rejab ..Sya'aban selepas Sya'aban muncul pula bulan Ramadan..lepas Ramadan..horey! Raya Puasa..

Begitu pantas masa berlalu.. sedar tak sedar perut yang semakin memboroi..Jika wanita tentu nya 9 bulan boleh kembali kempis..bagi orang lelaki mengambil masa yang lama untuk mengempiskan perut semula..pakai lah segala bekong..jika selera makan bertambah maka perut pun bertambah berlipat kali ganda..Itu Contoh kepada perut..

Mengambil kira juga segala macam persiapan untuk menyambut perayaan..terutama perayaan bagi umat islam iaitu hari Raya Puasa..dari bulan June ini dah bermula persiapannya..terutama tentang pakaian yang sedondon dondon ada yang mengambil masa selama 4 hari untuk memilih warna..

Dan dalam bulan June ini juga akan ada cuti sekolah selama 2 minggu lamanya..horey2 bagi yang berkerjaya sebagai Cik Gu..dan bila tiba Cuti sekolah tentu ada punya Mejelis kahwin kahwin..tidak kurang 7 atau 17 kad jemputan yang ada..pilih saja mana nak pergi..tapi utamakan jiran jiran dan sedara mara dulu..kawan kawan Blogger tentu tidak lupa diutamakan ( nanti kawan kawin kawan ajok lah aok me ) ..

Begitulah pantas masa berlalu..semasa kawan berumur 6 tahun dulu dapat kawan rasa masa begitu lambat berlalu terasa punya lah lama dalam 24 jam itu..tidak macam sekarang..duduk menghadap Tv pun tidak sedar masa boleh habis setengah hari...

*** He he he..kawan cuba menulis serius tapi tetap masih tidak menjadi..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP