Malam yang pasti ( kunci pendua )
Setelah pulih dari sedikit masalah kesihatan maka encik Azman memulakan semula kegiatannya iaitu berjaga malam..
Selepas berjemaah solat Isyak bergegas encik Azman pergi ke kedai sudut ( korner ) untuk bertemu kawan kawan beliau.. di situ sudah siap menunggu encik Karim dan encik Salleh yang juga suka berjaga malam..
Setelah mengorder minuman..maka bersembang lah mereka bertiga akan segala isu.. sehingga lah jam 1230 pagi..mata belalang hampir pecah barulah mereka bertiga pulang kerumah masing masing..
Encik Karim sampai ke rumah dengan selamat..kebetulan dia memang ada kunci pendua..
Encik Salleh pun begitu..masuk rumah dengan tenang kerana ada juga membawa kunci pendua..
Dan malang bagi encik Azman..dia terlupa untuk membawa kunci pendua..
Setelah mengetuk pintu berkali kali maka tidak lah mau terjaga orang di dalam rumah.. ( protes barangkali )
Maka tiada jalan lain lagi encik Azman pun tidor di dalam kereta..
Keesokan pagi sewaktu subuh..
'' Lorr..aok buat apa dalam kereta ni bang? ''..tanya isteri encik Azman..
'' Saja je..pagi pagi nak warm up enjin kereta ni ''..jawab encik Azman..
*** Kunci pendua kawan sudah lama hilang..
6 Merujuk kepada perkara diatas :
salam..kne la bagi peluang kedua huhuhuhuh
Sesekali ubah2 selera tidor dalam kete best juga :)
ok la tu...jadi jaga kat rumah sendiri...jgn cam kat taman koi ni...org yang berjaga malam tu abis tugas kul 3.00 pagi(guna motor dia)tapi x tau kul berapa,motor dia plak yg kena kebas!!
kami dah lama guna kunci pendua ni...sebab balik tak sama waktu ...he3x kdg2 lupa...hu3x tunggu le jawabnya!
mujur takde kunci rumah kedua. hahahaa!!
huhuhu...baler encik azman...
lenkali simpan sokmo kunci pendua dlm keta...
Catat Ulasan