GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 4 Oktober 2010

Selamat makan tengahari ( Asam rom )

Bergegas kawan balik tidak toleh belakang lagi dah..

'' Lauk apa tengahari ini kita ''.. tanya kawan kepada Akak.. ( melalui perbualan hendphone )

'' Cepat balik..masak asam rom ''..jawab Akak

Ni setelah kawan godek punya godek terjumpa juga lah info tentang masakan asam rom ini.. sila baca..



* Tempurung tu kawan rasa hiasan saja..tak kan nak kena makan pulak..

Asam rom merupakan masakan yang terkenal di Pahang, terutama di Kuala Tahan, Jerantut. Gulai asam rom diperbuat daripada buah perah atau biji getah yang dijeruk selama lebih kurang satu bulan.

Ia dimasak bersama beberapa bahan tertentu seperti buah jambal, daun jambal, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Kunyit hidup pula ditumbuk bersama cili padi bagi menambah rasa pedasnya.

Masakan ini hanya boleh ditemui di kawasan Jerantut dan amat terkenal di sebelah Kuala Tahan. Ia menjadi makanan yang amat digemari bagi penduduk di sana, malahan kini ianya semakin terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke Kuala Tahan. -- * sumber di ( siNi )

*** Palehh.. kalu makan gulai ini..pasti mak dan pak mertua jika lalu di belakang kita buat buat tak nampak punya..

18 Merujuk kepada perkara diatas :

ikan emas 4 Oktober 2010 pada 1:35 PTG  

Biji getah boleh makan ke ???

::FAIZ:: 4 Oktober 2010 pada 1:54 PTG  

tempurun.. hiasan? kretif2...

terokai seni 4 Oktober 2010 pada 2:14 PTG  

tempurung tu bukan buat hirup gulai ke?

Mak Su 4 Oktober 2010 pada 2:28 PTG  

boleh makan ek? sy ingat dulu2 kita guna utk main congkak

piewahid 4 Oktober 2010 pada 2:29 PTG  

tuh air liur koi weh. tempurung tu kala mkn nasi bariani, kira mcm papedom la dak? he3

Aku Anak Pahang 4 Oktober 2010 pada 2:34 PTG  

Kalau bulan pose selalu layan gulai asam rom sebab byk dijual..bulan biasa payoh sikit :)

CekWa 4 Oktober 2010 pada 2:39 PTG  

terliur betul...nak wat goner, duk jauh gni, sedangkan duk kuantan arite tak dpt makan gulai asam rom, inikan pulak kat Beaufort ni wei!!!!!

Hanisham Ab Halim 4 Oktober 2010 pada 3:12 PTG  

Adesssss.. sedaknyerrrr.. Nanti kawan ke rumoh aok minta akak masakkan. Aritu dia dh offer... hehehhehe

zulkbo 4 Oktober 2010 pada 3:32 PTG  

salam..
ermmm..sedakk weiii..
brupppp!!!alhamdulillah..

Relevan 4 Oktober 2010 pada 3:49 PTG  

* Nanti jangan ada pula yang rebus bijik getah..pas tu makan ..

SAR KAFA Alif 4 Oktober 2010 pada 4:26 PTG  

kome buat pakai buah peroh...lagi piau wehh...peroh payah doh nak jumpa masa nih...tu alternatif pakai buah getah...

keco air liur kome...balik nih kome nok buat la...kome ade jugak artikel tentang gulai asam rom nih

http://resepi-best.blogspot.com/2010/01/gulai-asam-rom-asam-rong.html

deme tengok kat situ...

MOFASAD 4 Oktober 2010 pada 4:29 PTG  

makan dalam kompektor sambil hirup bau dari belakang stail gak

Sharinginfoz 4 Oktober 2010 pada 6:29 PTG  

memang pelik juga tak pernah cuba... mesti sedap kan

Relevan 4 Oktober 2010 pada 6:37 PTG  

* Memang pelik Nik...tapi sedap..

Nerzhul 5 Oktober 2010 pada 11:41 PG  

kat raub ade jugek asam rom nih. kome sokmo makan kalo balik kampung. hehehee

Cik SHiNJU 5 Oktober 2010 pada 12:28 PTG  

Salam...

koi x pnah mkn gulai asam rom..
aritu mak ade kirim ngn mkcik yg dok raub...
dia simpan asam rom tu dlm peti ais..
adik koi terbuang asam rom tu mase cuci peti ais..huhuhu...teruk kena bebel...mane dia kenal mende tu...tgk pelik jer dia buang...

afzan 7 Oktober 2010 pada 7:27 PG  

lama tak makan asam rom. kecur air liur keh

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP