GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 17 November 2010

Pasangan bermasalah sertai ‘bulan madu kedua’ tak jadi cerai

KUALA TERENGGANU 16 Nov. - Suami isteri yang bermasalah disaran mencuba program ‘bulan madu kedua’ anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu yang terbukti bukan sahaja membuatkan pesertanya membatalkan hasrat untuk bercerai malah kini menikmati kehidupan berkeluarga yang lebih bererti.

"Malah ada antara pasangan terpilih mengikuti program ini, datang ke pejabat mengucapkan terima kasih, memberitahu hidup mereka lebih bahagia kini,” kata Pengarah YPK Terengganu Shafaruddin Mustaffa kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, YPK terdorong untuk menganjurkan program itu tahun lepas setelah mendapati angka perceraian di Terengganu semakin meningkat terutamanya dalam kalangan pasangan muda.

Menurutnya statistik perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin agak merungsingkan.

"Fungsi YPK ialah mencegah pasangan yang bermasalah daripada bercerai. Sepanjang program ini dijalankan, kami tidak menerima laporan perceraian yang melibatkan pasangan yang mengikuti program ini,” katanya. - Bernama

*** Ha ha! Macam mana pula berbulan madu kali kedua bersama yang kedua..

6 Merujuk kepada perkara diatas :

ILA HonEyBuNNy 17 November 2010 pada 10:38 PG  

he2...xtau la...xpernah berbulan madu...ngeh3

Aku Anak Pahang 17 November 2010 pada 11:14 PG  

Kalau ada hok yg nak seponser hehehe kawan nok juga bubuh nama se :)

Nancypoh 17 November 2010 pada 12:11 PTG  

So, selepas ni, kepada pasangan2 yg bermasalah, disarankan utk pergi berbulan madu lagi la..banyak kali pun tak pa..yg penting ada duit nak g bulan madu..huhu..

Yunus Badawi 17 November 2010 pada 2:43 PTG  

Ada hati nak pasang dua ek?

Selamat mencuba hehehe

terokai seni 17 November 2010 pada 11:14 PTG  

orang hok bermadu pon elok le cuba pakej ter

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP