GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 26 Januari 2011

Facebook, Twitter atasi Myspace


CANNES: Laman sesawang sosial Facebook dan Twitter mengatasi Myspace sebagai ruang baru paling popular untuk peminat berhubung dengan artis kegemaran mereka, kata sumber dalam industri berkenaan.

Laman itu turut menjadi medium terbaru untuk mereka menghebahkan konsert yang akan berlangsung dan menarik perhatian peminat muda supaya menggemari muzik mereka. Peminat berusia 16 hingga 24 tahun lebih gemar untuk membuat salinan cakera padat (CD) tanpa melakukan pembayaran, manakala peminat berusia 12 hingga 15 tahun pula adalah generasi digital hari ini dan esok, kata Timbalan Presiden Kaji Selidik Forrester iaitu kumpulan kaji selidik pasaran yang berpengaruh, Mark Mulligan kepada majlis tahunan industri muzik MIDEM di Cannes, semalam.

Walaupun hanya 15 peratus kumpulan orang muda ini memuat turun muzik melalui rakan dan 12 peratus lagi membeli album, tetapi 56 peratus mendengar muzik di telefon bimbit dan 53 peratus pula menonton video muzik di Internet.

“Mereka berusia 12 hingga 15 tahun yang mewakili pengguna masa depan dan membesar dengan Internet mahukan pengalaman muzik yang hebat di mana mereka boleh melihat, mendengar dan berkongsi,” kata Mulligan dalam persidangan itu. Kebanyakan pemuzik sudah berubah kepada medium ini dan menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk berhubung dengan peminat bagi meningkatkan populariti dan jualan muzik mereka. - AFP

* Sumber myMetro

*** Memang tidak menjadilah jawabnya Mark Zukerberg nak tutup laman Facebook ni pada bulan March nanti..


15 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 26 Januari 2011 pada 10:49 PG  

citer lah lagi pasal aina dan bapa beliau, suka baca :)

hazari. 26 Januari 2011 pada 10:57 PG  

tapi myspace tetap hebat dengan laman muziknye. kalau nak dgr lagu yang quality tinggi, loading cepat, myspace memang tempatnye.

lalink7 26 Januari 2011 pada 11:08 PG  

hmmm...a'ah pk 2-3-4 kali Mark Zukerberg niee..takut juga kalau di tutup ade orang meroyan xde fb..hehehe

en.relevan
undi saya boleh di http://www.cstproduction.blogspot.com/ untuk entri no 86..
kalau sudi ye..terima kasih~

miera 26 Januari 2011 pada 11:20 PG  

haha. rugi la dia nak totop. friendster yg ngok ngek tu pon tak totop. takkan kalah kot.

Relevan 26 Januari 2011 pada 11:21 PG  

* Aina bz dengan study dan juga tuisyen2 nya lah Ieda..

* Ye Hazari..

* kome vote aok lalink..menang jangan lupa belanja Cendol atau kopi tarik..

Aku Anak Pahang 26 Januari 2011 pada 11:32 PG  

Salam, kawan pun menjadi semula berfacebook huhuhu kaco... :(

a.z.r.i.n.a.03.07 26 Januari 2011 pada 11:34 PG  

dah lama tak aktif berFB...


lama jugak tak kesini.. hehe..

Hajar 26 Januari 2011 pada 11:41 PG  

ala gempak je tu..x kn tutuplah..

amry 26 Januari 2011 pada 12:35 PTG  

kurang amik port sangat pasal FB ni...sekadar ping entry blog jer...update2 pasal diri ni kurang la sikit...

ILA HonEyBuNNy 26 Januari 2011 pada 1:06 PTG  

betul tu... haritu hebaoh facebook nak tutup..rupanya gimik ja...;_)

terokai seni 26 Januari 2011 pada 1:27 PTG  

saja la gimik kunun bagi simpati

Tanpa Nama ,  26 Januari 2011 pada 2:23 PTG  

kunjungan perdana
salam hangat dari blue
add fb aku dong.ehhehe

::FAIZ:: 26 Januari 2011 pada 3:04 PTG  

tutup atau tidak, janji kita masih ada blog. hehe

zulkbo 26 Januari 2011 pada 4:55 PTG  

salam..
rasanya laman blog
kita lagi popular
di mesia nih..he he
la la la

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP