GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 24 Januari 2011

Getah: Pekebun bina pondok, khemah elak hasil dicuri

TEMERLOH - Harga getah yang tinggi memaksa penduduk beberapa kampung di daerah ini membina pondok dan khemah untuk bermalam di kebun masing-masing bagi mengelak hasil getah dicuri.

Kegiatan mencuri getah semakin berleluasa bukan sahaja pada waktu malam malah pada tengah hari sejak harga komoditi itu meningkat.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Mat Amit Jainal berkata, pekebun terpaksa bersengkang mata dan berkawal menjaga kebun di pondok dan khemah yang didirikan mereka untuk mengatasi masalah itu.

Beliau berkata lebih 10 kejadian kecurian telah dilaporkan berlaku di sekitar kampungnya dalam tempoh 15 hari lepas.

"Sejak tindakan berjaga-jaga dan berkawal dilakukan pekebun dengan kerjasama Rela, kegiatan mencuri getah kini agak berkurangan,” katanya. - Bernama

*** Nanti nak buat rumah dalam kebun getah pula..


14 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 24 Januari 2011 pada 8:59 PTG  

jangan lupa pasang kelambu...

Aku Anak Pahang 24 Januari 2011 pada 9:00 PTG  

Ah.. kena tido pangkal getohlah ame gaya gitu :(

lynna heejuzz 24 Januari 2011 pada 9:09 PTG  

haha..mcm2 org buat untuk dapatkan duit.. :)

amry 24 Januari 2011 pada 9:35 PTG  

tak yah buat pondok..letak jer perangkap samar sekitar kebun. nak advance lagi guna periuk api..hehe

Admin 24 Januari 2011 pada 9:50 PTG  

Barang yang busuk menjadi rebutan bila berharga.

LINDA ALEEQA 24 Januari 2011 pada 10:09 PTG  

naik susah,turun lagilah susah...:)

abu muaz 24 Januari 2011 pada 10:12 PTG  

jadi susoh pulok doh lening...
upah je syarikat security...

Admin 25 Januari 2011 pada 12:15 PG  

salam gitu la gaya nye

hari2 org curi getah weh kat kg kome teh...

patang lepe sikt hanis nye kebas licin huhuhuhu

Terini dari blog AUC: SyoknyerBlogging Berwajah Baru

URY 25 Januari 2011 pada 1:08 PG  

Harga tengah melambung, tentu ramai yg berkenan.....

endiem 25 Januari 2011 pada 9:12 PG  

begitu lah bila rega dah naik..bau duit.

zulkbo 25 Januari 2011 pada 11:45 PG  

salam..
selamat berkhemah..
jangan lupa bawak
senapang..nanti
rimo yang datang

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP