Pencuri jatuh perigi minta bantuan
LONDON: Seorang pencuri membuat panggilan kecemasan selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 10 meter.
Pencuri berkenaan dikatakan jatuh ke dalam perigi berkenaan setelah dikejar orang ramai selepas memecah masuk sebuah kediaman.
Lelaki berusia 21 tahun itu yang berassal dari Halifax, West Yorkshire membuat panggilan kecemasan pada awal pagi, beberapa minit selepas polis menerima laporan daripada penduduk berhampiran Boothtown mengenai kejadian pecah masuk.
Inspektor David Whitehouse dari balai polis West Yorkshire berkata: “Lelaki yang jatuh ke dalam perigi itu adalah seorang daripada sekumpulan pencuri yang melarikan diri,” katanya. - DM
10 Merujuk kepada perkara diatas :
Kelakar betul pencuri ni
hehehe...elok pakat ramai2 baling batu jer...
salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)
setinggi2 pencuri lari akhirnya jatuh dlm perigi juga
Pandai2 melompat airnya jatuh ke perigi jua wakakaka :)
Patot kambus jek perigi te..
haha, macam2..
nak lari, tapi.. mcm tu la kan..
kahkahkah, kalau aku, bio je dia mati dalam perigi tu
pecuri baru kot... baru nak mencuba... padan muka!!!
steady r pencuri tu..menyenangkan keje polis..xyah susah2 nk cari die..
Catat Ulasan