Sindrom kemurungan Facebook landa remaja
Tweet
Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.
Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.
Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.
"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.
"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.
Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi
* Sumber koSmo
NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.
Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.
Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.
"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.
"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.
Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi
* Sumber koSmo
*** Orang dewasa agak agak boleh kena begini juga yer?..
13 Merujuk kepada perkara diatas :
boleh berjangkat gak kat orang dewasa nih...
Ande sorang rodong koii tu..kalau x buka facebook seharian,mcm org gila bayang pun ande....
mood berfacebook skrg tak kureng..bosan dah..priority lebih kpd blogging skg.
Org muda mmg mudah ketagih.. org tua terkadang terkena sama:)
Nasib baik tak berapa nak obses dgn fb.. Cuma untuk ping blog je kot.. Hahaha..
Entry Terbaru 1 : Amy Search Pengetua AF Musim Kesembilan?
parah dah ni
saya takdak ramai kawan kat fesbuk,rilek je.. haha
xmati pon xde fesbuk
koi murung juga bila tak bertandang ke blog kengkawan - blogger murung
huhu yg ini tak kene kat aku la..
Pelajar / Peserta Akademi Fantasia (AF) 9 2011
wow,
fesbuk mmg bwk sindrom tuu ,
huhuhu
salam
yang remaja jenis camnih, antar pergi ke latihan PLKN..duk 3 bulan tak ngadap pesbuk ke apa ke..baru oK
macam2 ada kt dunia ni..kalau murung sbb tak melakukan amal ibadat kan bagus..ini tak..tak bkk FB trus murung..
Catat Ulasan