GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 30 Mac 2011

Wanita tak lokek temu janji pertama

LONDON: Lebih separuh daripada wanita di Britain mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membayar harga makanan sendiri ketika temujanji pertama, walaupun lelaki sedia membayarnya, menurut tinjauan, kelmarin.

Tinjauan bank online First Direct dalam isu itu membabitkan 1,924 dewasa mendapati 58 peratus wanita menjangka bil dibayar secara berasingan pada temujanji pertama, manakala 29 peratus lelaki sependapat dengan cara itu.

Selain itu, 14 peratus wanita berpendapat, orang yang mencadangkan temu janji itu sepatutnya membayar bil.

Hanya suku wanita berpendapat lelaki sepatutnya membayar untuk temu janji pertama, sementara tiga peratus mengatakan mereka sendiri perlu membayarnya.

Ini bermaksud, wanita berasakan mereka tidak sepatutnya terhutang budi terhadap lelaki, namun lelaki terbabit perlu membayar sendiri bahagian mereka.

Responden lelaki sebaliknya percaya sifat bertimbang rasa masih wujud dengan 55 peratus sedia membayar bil sepenuhnya pada temu janji pertama dan membelanjakan purata £65 (RM315.45) pada temu janji pertama berbanding wanita yang mengeluarkan £50 (RM242.66). – Reuters

* Sumber


5 Merujuk kepada perkara diatas :

zulkbo 30 Mac 2011 pada 12:29 PTG  

salam..
kat mesia nih
bila dating yang pompuan
buat derk je..sema tunggu lelaki
bayar..lain kali makan di hotel
kita kenakan dia balik..buat2 la nak
ke jamban..lepas larikkkk...
la la la..(belum pernah buat lagi)

eelobor 30 Mac 2011 pada 12:44 PTG  

takde ker sape2 nak belanja kawan makan nie? ada 3 lg kosong.....

Fairus Bin Mamat 30 Mac 2011 pada 1:26 PTG  

alaa... sesiapa ada duit lebih dia belanjalah.. takyah nak pertikaikan..

Aku Anak Pahang 30 Mac 2011 pada 1:35 PTG  

Jarang jumpa awek suka belanje tak lain deme nok mengena aje :)

::FAIZ:: 30 Mac 2011 pada 3:39 PTG  

bayarkan utk awek skali... baru gentleman

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP