GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 28 April 2011

Individu muat naik sebahagian lagi klip video seks dicari


* Video


KUALA LUMPUR 28 April — Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata, walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan.Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya. — Bernama

* Sumber


4 Merujuk kepada perkara diatas :

Hashim Zabidi 28 April 2011 pada 11:33 PTG  

Cerita lama diperbaharui, nampanya tak berapa menjadi. Orang yg menaik turun dah nak gila setengah mati....

Bella Enveeus 29 April 2011 pada 2:16 PG  

hahaha.. lamanya nak trace IP pemuat turun itu kan? kena panggil Penelope Garcia FBI dari Criminal Minds suruh tolong trace kan.. :D

Oh tak sangka pulak video ni berepisode2.. boleh buat drama bersiri..

mdhafiz 29 April 2011 pada 4:36 PG  

Dah released dh part 3 4 5 nya.. dh parah dh Malaysia ni..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP