Kasih seorang iSteri
Tersentuh hati bila kawan datang menziarahi sahabat kawan yang sedang terlantar sakit ini ..beliau adalah encik Idris bin Md Baki sahabat sekerja kawan di dalam satu Syarikat pengurusan Sisa pepejal ...berikut adalah keratan surat khabar Sinar Harian 25hb April 2011 ..
KAMPUNG PAYA LUAS - Seorang pekerja buruh di ladang Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sanggup berhenti kerja untuk menjaga suaminya yang menghidap pelbagai penyakit kronik sejak lima bulan lalu.
Shukeriah Md Saad, 44, berkata, dia sanggup berhenti kerja kerana mahu menjaga suaminya, Idris Baki, 52, iaitu seorang kakitangan Alam Flora yang kini terlantar akibat menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang dan paru-paru berair.
Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil berikutan dia bertanggungjawab untuk menjaga suami tercinta yang memerlukan penjagaan rapi.
“Saya sanggup berhenti kerja kerana mahu menjaga suami yang memerlukan sokongan moral untuk sembuh. Sebelum ini, dia mampu bekerja seperti biasa, tetapi sejak lima bulan lalu, kesihatannya sedikit terganggu dan kini terpaksa duduk di rumah.
“Saya bersama empat anak bergilir-gilir menjaganya dan kami berterima kasih kepada Alam Flora kerana tetap memberikan gaji kepada suami saya untuk menampung keperluan kami sekeluarga,” katanya.
Penderitaan Idris mendapat perhatian pengurusan Alam Flora yang tampil menghulurkan bantuan dan memberikan peralatan sokongan seperti kerusi roda, katil serta lampin pakai buang.
Pengurus Besar Alam Flora, Izzati Iznan berkata, pengurusan Alam Flora sentiasa menjaga kebajikan pekerja terutama mereka yang menghadapi masalah kesihatan.
Menurutnya, Alam Flora akan membantu pekerja untuk meringankan beban mengikut keperluan selain menanggung persekolahan anak-anak mereka.
“Dalam hal ini, Alam Flora mahu memberi kesedaran kepada semua pekerja bahawa syarikat sangat komited serta prihatin untuk menjaga kebajikan mereka.
“Kami bukan sahaja prihatin terhadap pekerja, malah terhadap pihak yang berurusan dengan Alam Flora seperti Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.
Izzati berkata, Alam Flora juga menyediakan tempat untuk anak-anak pekerja yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di kolej di bawah DRB-Hicom.
Selain Alam Flora, penderitaan Idris turut mendapat perhatian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Pengerusinya, Nordin Idris berkata, pihaknya bersama keluarga Idris berterima kasih atas keprihatinan pengurusan Alam Flora yang menghulurkan bantuan.
Menurutnya, JKKK turut menghulurkan bantuan berupa barangan makanan untuk meringankan beban mereka sekeluarga.
“Dalam kampung ini, jika ada penduduk yang sakit atau memerlukan bantuan, pasti JKKK akan segera memberikan bantuan dan sumbangan. Saya sangat terharu dengan sumbangan yang diberikan Alam Flora.
“JKKK juga sudah melaporkan mengenai penderitaan Idris kepada Ahli Parlimen Temerloh merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah untuk tindakan sewajarnya,” katanya.
* Sumber dari Sinar Harian
8 Merujuk kepada perkara diatas :
terharu.. besar pengorbanan nie
masa susah begini sisuami boleh tahu mana intan..mana kaca...semoga cepat sembuh..
jika di perhatikan dalam kehidupan seharian kita pun, besar pengorbanan isteri di sisi suami & keluarga sebenarnya. terpulang pada perspektif masing2 nak menilai macam mana. entri berita pasal nie, cukup membuatkan hati saya tersentuh.
salam..
kasihnya isteri jangan di ragui
cuma kasihnya suami pulak bila
bini sakit..semakin melawa la
keluar berjalan..bini misi boleh
jaga kan..?
itulah kasih seorang isteri terhadap suami tercinta
Semoga beliau cepat sembuh satu pengorbanan yang sangat murni drp seorang isteri semoga semuanya di berkati dan dirahmati.
Saya pun doakan dia cepat sihat. Mmg besar pengorbanan isteri beliau tu...
klik HB
semoga suami dy cepat smbuh.. bsar pngorbanan isteri dy.. smoga dorang kekal hngga ke akhir hayat :)
jemput singgah ANASAURUS :)
Catat Ulasan