GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 27 April 2011

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup


* TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer.

MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.

Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.

"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."

Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.

Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.

Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja. - Agensi

* Sumber

*** Seronok dengar orang menaip ni.. tap! tap! tap! tap! kelenting ! kringgggg!!


6 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  27 April 2011 pada 9:09 PG  

xsempat nk merasa picit mesin taip nih

wifemdnavy 27 April 2011 pada 9:48 PG  

guna mesin taip time wat tesis (study dulu).. orang lain sume guna PC.. Tapi mesin braille (utk org buta tu) mesin taip jugak ke?

sukaxplo 27 April 2011 pada 9:52 PG  

salam

10 tahun lagik mesin taip boleh dilelong RM10k sebijik :)

hanah hayashi 27 April 2011 pada 10:28 PG  

sedih pulak rasanya... babai mesin taip.. huhuu

Tanpa Nama ,  7 Jun 2011 pada 3:04 PTG  

Saya ingin membeli mesin taip, manual atau elektrik yang bersaiz kecil dan ringan. Kat mana ada jual? Yang terpakaipun boleh juga...

Tanpa Nama ,  7 Jun 2011 pada 3:06 PTG  

Saya ingin membeli mesin taip, manual atau elektrik yang bersaiz kecil dan ringan. Kat mana ada jual? Yang terpakaipun boleh juga...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP