Lohan kena bersih bilik mayat
WASHINGTON: Lindsay Lohan dilaporkan bakal berhadapan masa depan yang sukar apabila terpaksa melakukan kerja di rumah mayat Jabatan Koroner Los Angeles.
Aktres Mean Girls itu yang dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar tempoh pengawasan dan terpaksa melakukan kerja amal termasuk memungut sampah, membersihkan tong sampah, mencuci lantai dan membersihkan tingkap serta tandas di kemudahan terbabit.
“Beliau akan melakukan kerja pembersihan asas,” lapor majalah People yang memetik kenyataan Penolong Ketua Koroner, Ed Winter.
“Dia tidak akan mengendalikan mayat tetapi pasti akan melihatnya,” katanya.
Lohan, 24, diarahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam di rumah mayat itu selain 360 jam perkhidmatan di Pusat Wanita Downtown, sebuah rumah perlindungan wanita di Skid Row, Los Angeles.
Hukuman yang dikenakan adalah sebagai tambahan kepada tempoh hukuman empat bulan penjara yang dihadapi aktres terbabit.
Lohan akan dikehendaki memasuki dua program perkhidmatan komuniti selama seminggu dalam tempoh setahun yang perlu dilengkapkan.
Sementara itu Blue water Production dilaporkan sedang menyiapkan sebuah buku komik biografi mengenai Lohan bertajuk Infamous: Lindsay Lohan yang memaparkan gaya hidup liar aktres terbabit, kegagalan keluarganya dan kerjayanya.
Buku itu dijangka diterbitkan pada September 2011 tetapi disebabkan kisah terkini beliau yang bermasalah mungkin membolehkan lebih banyak kisah ditambah mengenai aktres berusia 24 tahun terbabit.
“Lohan adalah seorang mangsa kebudayaan selebriti dan pengaruh buruk, kurang kawalan diri serta menjalani kehidupan tidak sihat,” kata radarinline.com yang memetik kenyataan penulis, Marc Shapiro. – Agensi
4 Merujuk kepada perkara diatas :
Bersih bilik mayat ok... jangan mandi mayat hehehe :)
salam
kena buat jugak kat malaysia ni. artis kan dah jadi idola pada bebudak skrang. bila dia buat salah/silap (macam dedah baju yang terlampau) patut kene buat macam ni, kerja amal kan
hahahahha...cool
biar dia rasa
bagus jugak hukuman kerja amal camni. takde la sia2 duduk dalam penjara tak buat apa.
Catat Ulasan