Mengaku buat seks luar tabii terhadap OKU
Tweet
KUALA TERENGGANU - Seorang penoreh getah warga Indonesia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Tertuduh, Indragunawan Ibrahim, 24, beralamat dari Kampung Delong, Dungun, mengaku dengan sengaja telah memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Delong, Dungun, tanpa kerelaan mangsa.
Dia mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa yang juga merupakan salah seorang anak kepada keluarga angkatnya pada 19 Ogos lalu lebih kurang jam 11 malam.
Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh disebat jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana R Azmi di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 11 September depan sebagai tarikh untuk jatuh hukum.
* Sumber Sinar Harian
Indragunawan mengaku melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa OKU kategori lembam.
Tertuduh, Indragunawan Ibrahim, 24, beralamat dari Kampung Delong, Dungun, mengaku dengan sengaja telah memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Delong, Dungun, tanpa kerelaan mangsa.
Dia mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa yang juga merupakan salah seorang anak kepada keluarga angkatnya pada 19 Ogos lalu lebih kurang jam 11 malam.
Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh disebat jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana R Azmi di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 11 September depan sebagai tarikh untuk jatuh hukum.
* Sumber Sinar Harian
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan