GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 26 Disember 2012

KWSP Perkenal Pengeluaran Haji


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu memperkenalkan 'Pengeluaran Haji' yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).
"Bagaimanapun ahli diingatkan pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur sehidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di LTH," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, Ibrahim berkata ahli yang layak boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran LTH dan buku akaun simpanan LTH yang telah dikemaskini.
"Ahli juga diingatkan agar mengemukakan permohonan haji selewat-lewatnya tiga hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti ditetapkan LTH bagi memudahkan proses permohonan mereka," katanya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000. 
- BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP