GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 3 Januari 2013

Gambar Puteri Diana yang tidak pernah disiarkan dimana mana bakal dilelong

AKSI Puteri Diana ketika lawatan beliau ke Footscray Park, Melbourne pada 27 Januari 1988. Gambar Diana ketika remaja yang tidak pernah disiarkan oleh akhbar tabloid di London bakal menjadi buruan apabila dilelong di Amerika Syarikat, hujung bulan ini. - Foto france24.com

WASHINGTON: Gambar Puteri Diana ketika remaja yang tidak disiarkan oleh akhbar tabloid di London yang sememangnya menjadi buruan mereka, bakal dilelong di Amerika Syarikat (AS), hujung bulan ini.

Gambar hitam putih sekitar tahun 1980-an itu menunjukkan Diana yang berada di sebuah chalet peranginan ski, sedang tersenyum ke arah kamera bersama seorang lelaki muda yang membaca buku, namun tidak dikenali indentitinya. 

Di satu sudut tingkap chalet berkenaan kelihatan satu botol wiski Johnnie Walker, namun apa yang lebih menonjol adalah perkataan yang tertera: “not to be published” (bukan untuk disiarkan) yang melintang pada gambar. 


Tulisan berkenaan menggunakan pensil gris yang digunakan oleh editor foto akhbar pada masa itu.

Di sebelah belakang gambar berkenaan tertera tarikh iaitu 26 Februari 1981, iaitu dua hari selepas Istana Buckingham mengumumkan mengenai pertunangan Putera Charles dengan wanita pilihannya yang kemudian dikenali sebagai Diana Spencer.

Pelelong, Bobby Livingstone dari syarikat RR Auctions of Amherst, di New Hampshire berkata, gambar berkenaan didapati daripada simpanan peribadi arkib, Caren Archive.

Beliau membeli gambar berkenaan tujuh tahun lalu daripada perpustakaan akhbar Daily Mirror di Britain. 
Livingstone berkata, gambar berukuran 8x10 inci (20x25 sentimeter) itu biasanya mampu dijual sehingga AS$1,000, namun perkataan "bukan untuk disiarkan" menjadikan harganya lebih tinggi.

“Ia (gambar) merakam satu peristiwa apabila gambar diambil sebelum dua hari pengumuman pertunangannya dan ia menjadi buruan akhbar kepada Diana. Namun Daily Mirror tidak dapat menyiarkan gambar itu kerana ia membabitkan Putara Chales," katanya.

Diana meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Paris pada Ogos 1997, setahun selepas beliau berpisah dengan Charles. Ketika itu Diana berumur 36 tahun. - AFP


* Sumber


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  10 Januari 2013 pada 8:26 PG  

sedang tersenyum ke arah kamera bersama seorang lelaki muda yang membaca buku, namun tidak dikenali indentitinya.


Di satu sudut tingkap chalet berkenaan kelihatan satu botol wiski Johnnie Walker,<<dah tgk gambo tuh kat relevan sokmo,kan ada lelaki sorg lagi ,klu pun ada wiski knape? kot2 wiski tuh mmg kat situ lagi pung tu mmg minuman dorang..lain lor org muslim..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP