GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 3 Januari 2013

Wanita ini dihukum tidak boleh mengandung hingga 2025


Kimberly Lightsey

Hamil dan punya anak adalah hak asasi setiap perempuan, seharusnya tidak boleh ada yang menghalangi lagi. Namun di Florida, seorang ibu dilarang hamil lagi hingga 2025 sebagai hukuman kerana telah mengabaikan keempat anaknya.

Kimberly Lightsey (30 tahun), perempuan yang telah menelantarkan keempat anaknya itu menyatakan persetujuannya atas hukuman tersebut. Hakim di Bartow, Florida mengatakan masa percubaan berlaku selama 13 tahun yang artinya hingga tahun 2025.

Awalnya, Lightsey yang merupakan orang tua tunggal bagi keempat-empat anaknya sempat menawar dengan mengatakan masih ingin punya anak lagi. Namun demi mengelakkan hukuman penjara selama 5 tahun, ia pun bersetuju tawaran hakim untuk tidak hamil lagi.

"Tapi kamu sudah punya 4 anak," kata hakim menjawab tawaran Lightsey, seperti dipetik dari Daily Mail, Rabu (2/1/2013).

Hukuman tidak boleh hamil selama 13 tahun ke depan dijatuhkan bukan tanpa alasan. Lightsey terbukti telah menelantarkan keempat anaknya di sebuah bilik hotel hanya untuk menghadiri sebuah pesta. Padahal salah seorang anaknya adalah pengidap cerebral palsy sekaligus epilepsi.

Keempat anak malang yang diabaikan Lightsey masih berusia antara 1 tahun hingga 11 tahun. Seorang tetamu hotel yang menduduki bilik sebelah mendengar suara kereta dorong terbalik serta tangisan kanak-kanak ini kemudian terus menghubungi polis.

Lightsey sendiri pada saat itu masih menjalani masa hukuman percubaan atas kes pemukulan anak terhadap anaknya yang berusia 6 tahun. Anak tersebut dipukulnya dengan tali pinggang di bahagian muka pada tahun 2009. Tak hairan jika kemudian Lightsey langsung digelandang polis selepas menghadiri pesta.

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP