Justin Bieber hisap rokok ganja di Amsterdam
Tweet
Justin Bieber
AMSTERDAM, Belanda - Bintang pop remaja, Justin Bieber dilihat menghisap rokok ganja di sebuah kedai kopi terkenal di sini, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam.
Penyanyi lagu Boyfriend berusia 19 tahun itu menghisap rokok tersebut di kedai Easy Time sambil menikmati kek yang dibuat dengan dadah pada hujung minggu lalu.
Dia berhadapan mimpi buruk semasa berada di London sebelum datang ke sini.
Semasa berada di London, dia menimbulkan kemarahan sejumlah peminatnya kerana lewat tiba di Arena O2 untuk membuat persembahan.
Bieber juga menghadapi kesukaran bernafas yang menyebabkan dia terhenti seketika semasa membuat persembahan pada Khamis lalu.
Pada Januari lepas, Bieber pernah mencetuskan kontroversi apabila satu siri gambarnya yang menunjukkan dia menghisap rokok ganja pada sebuah parti di California tersebar di internet.-Agensi
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan