GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 30 April 2013

Sindrom yang jarang berlaku buat Gadis Ini Tak boleh Berhenti Makan


 Daily Mail
Setiap ibu bapa ingin anaknya mengambil pelbagai makanan agar tumbuh menjadi anak yang sihat dan lincah. Tapi ibu asal Inggeris ini harus merana karena putri kecilnya mengidap sindrom langka yang membuatnya terus merasa lapar.

"Masalahnya jika Ava mendapatkan akses makanan, ia akan makan apa-apa yang ada di tangannya. Ia tak hanya terus merasa lapar tapi juga sangat rakus. Bahkan jika ada makanan di lantai, tanpa ragu-ragu ia akan memungut dan memakannya, dan jika orang lain mempunyai makanan, ia juga mahu. Ia juga suka menyembunyikan makanan, "kisah sang ibu, Marika Carvey dari Bromley.

"Keadaan ini sangatlah menakutkan kerana jika kami tak mengawasinya, ia akan makan sampai jatuh sakit. Ketika ia beranjak dewasa, kami juga harus mengunci peti sejuk dan mengunci rak makanan. Padahal ia adalah gadis kecil yang menyenangkan dan saya sering merasa kasihan padanya kerana ia selalu merasa kelaparan, "tambahnya.

Gadis berusia lima tahun itu divonis mengidap penyakit genetik yang disebut dengan Prader-Willi syndrome (PWS) ini sejak usianya baru sembilan minggu ketika doktor melihat si kecil Ava susah diberi makan dan tak dapat bergerak layaknya bayi normal.

Marika dan suaminya (32) mengisahkan saat Ava lahir terlihat jelas jika ada yang salah dengan buah hati mereka. Ava tak banyak bergerak dan tak boleh diberi makan, bahkan ia tak dapat menangis. "Awalnya saya tak begitu bimbang tapi pasukan doktr melihatnya dengan aneh dan tahu-tahu ia sudah dibawa ke bilik rawatan khas. Tak berapa lama ia dipindahkan ke St. Thomas Hospital di London untuk menjalani sejumlah ujian," tutur Marika.

Sembilan minggu kemudian, ibu bapa Ava akhirnya diberitahu jika anak kedua mereka ini didiagnosis PWS. "Namun kami merasa beruntung kerana kami mengetahui keadaan Ava sejak usianya masih sangat muda jadi kami boleh belajar mengendalikannya," tandas Marika.

Tak hanya itu, Marika juga harus memastikan jika kedua saudara laki-laki Ava, Joshua (11) dan Finnian (2) tak pernah makan di depan Ava. "Jika Ava melihat kedua saudaranya makan maka ia juga akan cuba mengambil makanan mereka, jadi kami harus memastikan jika ia tak sedang makan, yang lain juga tak makan," kata Marika.

"Lagipula pesakit PWS biasanya terdedah ngambek jadi jika kami makan di luar, saya akan meminta pelayan untuk memberinya hidangan yang lebih kecil dan selepas makan kami harus buru-buru meninggalkan restoran itu secepatnya kerana jika ia melihat makanan orang lain ia akan mula marah atau cuba memakan sisa orang lain tersebut, "lanjutnya.

Marika juga mengisahkan jika mereka pergi ke sebuah pesta yang menghidangkan menu buffet, keadaannya akan jadi lebih dahsyat. Ava akan berdiri dekat meja dan memakan apapun yang ia inginkan di hadapannya. Kedua orangtuanya harus mengawasinya dengan ketat, bahkan terkadang mereka harus meninggalkan pesta terlebih dulu jika Ava tak mendapatkan makanan yang ia inginkan.

Masalah lain, pesakit PWS tak dapat membakar tenaga dari makanan secepat orang normal. Akibatnya mereka mudah mengalami penambahan berat badan. Itulah mengapa Marika juga harus memastikan Ava hanya makan makanan sihat kerana ia begitu mudah mengalami obesiti.

"Obesiti adalah masalah umum bagi anak pengidap PWS. Untuk itu daripada makan gula-gula dan biskut, saya membiasakannya ngemil kismis atau kek beras. Saat Paskah, saya juga tak pernah memberinya telur dan pada hari ulang tahunnya, ia saya beri jelly, bukannya kek," tutur Marika.

"Setelah itu mungkin ia ngambek, terutama jika ada banyak makanan di sekelilingnya tapi ia tak boleh memakannya. Beruntung putri kami lebih sering terlihat bahagia ketimbang ngambek kerana selama ini kami dapat terus membuatnya sibuk ketika makan. Dari situ lama-lama ia mula memahami bahawa PWS membuatnya terus lapar tapi tidak mencegahnya untuk terus makan, "katanya.

Namun kebimbangan ibu bapa Ava tak berhenti sampai disitu saja. Pasalnya pasukan doktor telah mewanti-wanti jika semakin dewasa maka keadaan PWS yang dihidapi Ava akan makin sukar dikawal. Saat ini saja, Ava mulai sering terbangun di tengah malam dan memakan apapun yang ia inginkan dan temukan di dapur atau meja makan.

"Tapi ia dapat menghadapinya dengan baik dan tetap ceria. Kami pun sangat mencintainya," ujar Marika.

Menurut jurucakap PWS Association, PWS adalah keadaan genetik namun bukan turunan yang sudah dibawa sejak lahir dan mempengaruhi kehidupan penderitanya secara menyeluruh. Ciri-ciri utama sindrom ini adalah rasa lapar yang berterusan dan keinginan untuk terus makan, tone otot yang rendah, perawakan yang pendek, perkembangan hasrat seksual yang lambat, begitu juga dengan kemampuan mengatur emosi dan bersosialisasinya. Pada kebanyakan kes, pesakit PWS juga mengalami gangguan pembelajaran.

Anak pesakit PWS juga berisiko lebih tinggi mengalami obesiti sejak usia awal dibanding rakan-rakannya kerana dua faktor kunci yaitu kebiasaan makan berlebihan dan tone otot yang rendah, kerana dengan begitu mereka tak mempunyai kemampuan untuk membakar tenaga secepat anak-anak lain.

"Mereka juga mempunyai lebih banyak massa lemak dan massa tubuh tanpa lemak (lean body) yang lebih sedikit. Padahal otot lebih banyak membakar tenaga ketimbang lemak jadi jelas jika pesakit PWS tak dapat membakar tenaga dalam jumlah yang besar seperti layaknya anak normal," terang jurucakap tersebut .

Beruntung kini PWS dapat ditanggulangi dengan pemberian hormon pertumbuhan untuk meningkatkan tinggi badan dan kekuatan otot si pesakit. Namun ibu bapa pesakit PWS juga tetap harus pandai-pandai mengendalikan anaknya agar mereka tidak makan berlebihan dan memberikan pola makan rendah kalori sehingga anaknya tetap mempunyai berat badan sihat meski mengidap PWS.

* Sumber detikHealth


Read more...

Remaja 14 tahun dipaksa Ibu Angkat untuk tumpang Sperma lelaki bagi dapatkan Anak


Seorang remaja dipaksa ibu angkatnya menjadi ibu tumpang kepada sperma lelaki lain bagi mendapatkan anak, lapor media semalam.
Wanita itu dilaporkan tergamak memaksa anak angkatnya kerana dia dilarang untuk mengambil anak angkat lain.
Remaja terbabit dipercayai mengalami keguguran ketika berusia 14 tahun, tetapi beberapa kali cuba hamil semula menggunakan sperma dibeli ibunya melalui Internet.
Akhirnya remaja terbabit melahirkan anak ketika berusia 16 tahun. Penghakiman mahkamah sebelum diklasifikasikan sebagai sulit mendedahkan butiran insiden itu yang mencetuskan kebimbangan terhadap peraturan membeli benih melalui Internet. Ibu terbabit mempunyai tiga anak angkat yang diambilnya dari negara lain.
Atas sabitan kesalahan memaksa anak angkatnya itu, wanita terbabit dihukum penjara lima tahun selepas mengaku salah menzalimi kanak-kanak.
Hakim berkata, tindakan wanita itu “jahat dan mementingkan diri sendiri.” Akhbar Guardian melaporkan, ibu tunggal itu tidak dapat hamil sendiri kerana masalah kesihatan.
Selepas gagal mengambil anak angkat keempat, dia memaksa anak angkat sedia ada supaya mengandungkan anaknya.
Ketika itu remaja yang dipaksa itu berusia 13 tahun.
Apabila dia bersalin, bidan yang datang sangat terkejut melihat usianya yang masih muda.
* Sumber

Read more...

Budak 9 tahun bawa Ferrari di India

Gambar kanak-kanak berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari yang dikirim ke YouTube dan menimbulkan kemarahan di seluruh India. - Foto AGENSI

New Delhi: Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke atas seorang bapa kerana membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari milik beliau.

Pegawai kanan polis, Inspektor M V Verghese berkata, bapa kanak-kanak itu, Mohammed Nisham didakwa dengan sengaja membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kenderaan. 


Rai hari jadi 


Kejadian berlaku dua minggu lalu, ketika kanak-kanak itu menyambut hari jadinya yang ke sembilan. Dia memandu kereta terbabit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketika si anak memandu, isteri Nisham, Amal membuat rakaman video sebelum disiarkan laman YouTube dan mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh India
Verghese berkata, Mohmmed Nisham adalah seorang usahawan termbakau dan hartanah yang memiliki 18 buah kereta bernilai kira-kira AS$4 juta (RM12.13 juta).

Beliau berkata besar kemungkinan pihaknya akan menyita kereta Ferrari itu sehingga kes berkenaan selesai.
Nisham membuat permohonan ikat jamin dan dinjangka hadir di balai polis tidak jauh dari rumahnya di Kochi.

Beliau dan isterinya bagaimanapun tidak berasa malu dengan insiden itu.

“Saya bangga dengan anak saya. Dia sudah pandai memandu kereta sejak berusia lima tahun ,” kata Amal.

Malah kata Amal, anak lelakinya pernah memandu kereta Lamborghini, Bentley dan beberapa kereta lain.

“Hari itu adalah hari jadinya dan meminta untuk memandu kereta itu sejak beberapa bulan lalu, kami membenarkannya. Dia sentiasa berwaspada dan yakin. Bukan mudah seorang kanak-kanak mempunyai keyakinan tinggi pada usia itu,” katanya. 


- AP


Read more...

Tentera diCulik dan diperk0sa Wanita selama 4 hari


Nasib malang tentera berusia 25 tahun itu bermula ketika ia pada tengah malam tanggal 19 April di kawasan pusat perniagaan di Birchenough Bridge, Zimbabwe, menerima tawaran tumpangan ke bandar Mutare

Mutare - Seorang tentera disyaki telah diculik dan diperkosa perempuan selama empat hari sebelum kemudian direjam dan dibuang di kawasan pergunungan.

Nasib malang tentera berusia 25 tahun itu bermula ketika ia pada 19 April tengah malam di kawasan pusat perniagaan di Birchenough Bridge, Zimbabwe, menerima tawaran tumpangan ke bandar Mutare, juga di Zimbabwe. Saat itu, dua perempuan dan seorang lelaki berada di dalam sebuah kereta Mercedes Benz. Setelah memandu selama kira-kira satu jam menuju bandar, pemandu mengalihkan keretanya dari laluan yang sebenarnya.

Korban mengeluh. Namun, ia malah diancam dengan sebilah pisau.

Juru bicara kepolisian Manicaland, Naib Inspektor Nuzondiwa Clean, mengatakan kepada harian Zimbabwe, Newsday, "Setelah menyimpang dari laluan, korban bertanya mereka menuju ke mana dan mereka mengatakan kepadanya bahawa mereka mahu mencari makanan. Tentera itu minta untuk diturunkan, tapi pemandu mengeluarkan pisau dan mengancamnya dengan pisau tersebut. Salah satu dari penumpang perempuan itu menutup matanya dengan kain hitam. "

Menurut Clean, mereka kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah yang tidak diketahui. Di sana mereka menanggalkan pakaiannya, lalu mengambil telefon dan wang tunai sejumlah 35 dollar AS.

Berdasarkan pengakuan mangsa, suspek kemudian memerintahkan tentera itu untuk berhubungan intim dengan salah satu dari perempuan tersebut pada beberapa kesempatan.

Dia tebusan dari tarikh 19 hingga 23 April. Saat hendak dibebaskan, tentera itu ditutup lagi matanya dan diturunkan di pergunungan Dangamvura. Menurut polis, ketika diturunkan, kaki kiri sang tentera dilempari batu sehingga menyebabkan kecederaan serius. Suspek kemudian pergi.

Tentera yang tidak disebutkan namanya itu membuat laporan di Balai Polis Sakubva. Polis kini melakukan siasatan dan memburu suspek.

* Sumber kompas.com


Read more...

Pelagak ngeri maut ketika beraksi


ORANG ramai menyaksikan aksi berani Sailendra Nath Roy bergantung pada seutas tali untuk menyeberangi Sungai Teesta. Dia kemudian maut kerana terkena serangan jantung.

KOLKATA - Seorang pelagak ngeri di India yang memegang rekod Guiness World Records untuk aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut meninggal dunia ketika melakukan aksi berbahaya itu.


Sailendra Nath Roy, 49, yang juga merupakan seorang pegawai polis cuba menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter pada Ahad lalu.
Selepas menyimpulkan rambut sepanjang paras bahunya pada takal di atas wayar, Roy sempat menghabiskan separuh perjalanan. Malangnya, dia tiba-tiba tersekat dan tidak dapat bergerak, lapor jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian.
Beratus-ratus penonton yang pada mulanya bersorak memberi sokongan, kemudian menjerit ketakutan apabila melihat keadaan Roy.
"Pada ketika itu Roy kelihatan sangat panik dan cuba mencapai tali kedua untuk sampai ke garisan penamat," kata seorang pegawai kanan polis tempatan, K. Jayaraman.
Selepas 20 minit, pelagak ngeri itu tidak lagi bergerak sebelum diselamatkan oleh penduduk tempatan. Tiada doktor atau ambulans disediakan semasa persembahan itu dibuat yang turut ditonton oleh ahli keluarga Roy.
Selepas dibawa ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, dia disahkan mati oleh doktor akibat serangan jantung.
Terdahulu, Roy pernah menggunakan rambut untuk menarik sebuah enjin dan empat gerabak kereta api warisan Darjeeling Himalayan Railway. 
- AFP.(kosmo! Online )


Read more...

Isu Hiburan: Norman Tetap Bidas PAS, Ahmad Idham Anggap Fikiran Sempit


Admad Idham (kiri) dan Norman Abdul Halim
PETALING JAYA: Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.
Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.
"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.
"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.
"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.
Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.
“Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.
Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.
Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.
"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.
"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.
Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.
Pemikiran sempit
Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.
"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.
"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.
"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.
"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.
Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.
Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.
Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.
* Sumber mStar Online

Read more...

Mak Andam curi lembu


Seorang wanita yang mendakwa bekerja sebagai mak andam ditahan apabila didapati mencuri lembu di Tanjung Tualang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, suspek bersama tiga rakannya menggunakan ubat pelali membuatkan lembu yang dicuri pengsan sebelum dipunggah ke dalam van.
Kegiatan suspek terbongkar selepas sepasukan anggota dan pegawai polis diketuai Ketua Balai Polis Tanjung Tualang, Sarjan Sharudain Said, menahan suspek bersama tiga lelaki ketika mereka melakukan rondaan cegah jenayah.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kelibat mencurigakan empat suspek yang berada di kawasan perkampungan berhampiran lombong menyebabkan anggota polis mengejar sebelum menahan suspek yang menaiki van.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Isnin, 29 April 2013

#PRU13 : PAS Kedah yakin Menang Majoriti Besar


ALOR SETAR: PAS Kedah yakin Pakatan Rakyat di negeri itu boleh mencapai kemenangan majoriti dua per tiga melebihi pencapaian mereka pada Piliha Raya Umum (PRU) 2008. Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Datuk Muhamad Yusof Husin berkata, beliau optimis gabungan parti itu bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal memberikan kemenangan besar bagi mengekalkan penguasaan mereka di negeri berkenaan.
"Saya amat yakin bahawa kita bukan sahaja boleh mempertahankan Kedah, malah kita juga boleh mendapat kemenangan majoriti dua per tiga.
"Berdasarkan sokongan rakyat pada masa ini, kita yakin akan menang dengan mendapat lebih kerusi," katanya di sini, Isnin.
Mengulas mengenai konflik dalaman membabitkan isu pembahagian kerusi, Muhamad Yusof berkata masalah itu telah pun diselesaikan lebih awal.
Malah katanya ketiga-tiga jentera parti sedang bekerja keras bagi meyakinkan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
"Walaupun pada mulanya ada sedikit masalah, tapi kita berjaya selesaikan. "DAP juga memberikan kerjasama yang baik dan akur walaupun hanya bertanding di dua kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri)," katanya.
* Sumber mStar Online

Read more...

#PRU13 : Nik Aziz Dinasihat Bersara Beri Peluang Generasi Muda Mentadbir - Tun M


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
PASIR MAS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan supaya bersara bagi memberi laluan kepada generasi muda untuk meneruskan kepimpinan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, beliau sendiri bersara ketika berusia 76 tahun kerana mahu memberi laluan kepada pemimpin muda dan meminta supaya Nik aziz turut berbuat demikian.
"Saya bersara bukan kerana lemah. Tetapi saya bersara kerana hendak beri peluang kepada generasi muda bagi mengambil alih pentadbiran negara.
"Hanya mereka yang akan mewarisi kerajaan ini. Alangkah elok sekiranya mereka diberi peluang melatih diri untuk mentadbir dan membangunkan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him di sini, Ahad.
Turut hadir ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa; calon Bebas-Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, calon Barisan Nasional (BN)-DUN Tendong, Datuk Hanafi Mamat.
Dr Mahathir berkata, jika generasi muda diberikan peluang, maka mereka dapat menunjukkan kebolehan untuk memimpin negara.
"Kita ni dah tua, eloklah berundur. Janganlah sampai di ceramah pun kita sampai didukung, masih nak jadi menteri besar... sampai bila-bila.
"Peganglah kepada kebenaran. Kebenarannya ialah kalau tak mampu nak mentadbir. Berilah peluang kepada orang yang lebih cekap di kalangan orang-orang Barisan Nasional bersama-sama dengan Datuk Seri (Najib Tun Razak)," kata Dr Mahathir yang berusia 87 tahun.
Dilaporkan bahawa walaupun keadaan kesihatan Nik Aziz, 82, sering dipersoalkan tetapi Menteri Besar Kelantan itu menetapkan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
* Sumber mStar Online

Read more...

Lahir Tanpa Lengan, Wanita ini boleh Terbangkan Pesawat


Jessica Cox menjadi perempuan pertama yang menjadi juruterbang tanpa menggunakan tangan. Dia kini mempunyai lesen menerbangkan pesawat latih ringan hingga ketinggian 3.050 meter.

PHOENIX - Bagi beberapa orang, keterbatasan tidak menyekat mereka dalam hal apa pun. Keterbatasan itu justeru mencetuskan sejumlah orang untuk membuktikan kemampuan mereka.

Salah seorang dengan keterbatasan, tetapi bersemangat tinggi ini adalah Jessica Cox (30), perempuan asal Arizona, Amerika Syarikat. Dia terlahir kurang upaya, tanpa dua tangan.

Saat Jessica lahir ke dunia tanpa kedua lengan, doktor pada masa itu mengingatkan kedua orangtuanya bahawa Jessica tak akan menjalani hidup layaknya orang normal.

Namun, di tengah keterbatasannya itu, ternyata Jessica mempunyai segudang kegiatan, mulai dari latihan karate hingga menerbangkan pesawat terbang.

Jessica bahkan tercatat sebagai perempuan pertama yang menerbangkan pesawat dengan menggunakan kedua-dua kakinya. Luar biasa.

Akibat tak mempunyai lengan, Jessica justru mampu mengembangkan kemampuan jari-jari kakinya seperti layaknya jari tangan. Jemari kakinya itu boleh melakukan semua hal yang dilakukan tangan, seperti berpakaian, bermain piano, memandu kereta, hingga mengirim SMS.

Ketika diwawancara di kediamannya di Arizona, AS, Jessica mengakui keterbatasan fizikal yang dimilikinya memang membuat kehidupan tak selalu berjalan mudah baginya.

"Saat tumbuh besar, saya merasa seperti tinggal di alam lain. Sebab, semua yang bagi orang lain adalah hal alami, bagi saya menjadi hal yang sangat sukar untuk dipelajari," kenangnya.

"Namun, sejak saya menerima keunikan tubuh saya, maka saya menyedari hidup saya bukanlah hidup yang biasa, tetapi hidup yang luar biasa," ujar Jessica yang baru saja menikahi seorang pelatih karate itu.

Jessica juga mampu melakukan pelbagai aktiviti seperti melayari dan berlatih karate. Dia bahkan sudah meraih tali pinggang hitam karate sejak berusia 14 tahun.

"Untuk masa yang sangat lama, ibu menyalahkan diri sendiri atas keadaan fizikal saya. Dia berfikir telah melakukan perkara yang salah saat mengandung," kata Jessica.

"Kakak saya Jason, lahir sempurna. Keadaan saya sangat jarang berlaku, menurut doktor hanya terjadi pada satu daripada satu juta bayi," tambah dia.

Keadaan itu, lanjut Jessica, yang membuat kedua orangtuanya, Inez dan Bill, sangat terpukul.

"Bagaimana saya akan makan? Bagaimana saya bermain dengan anak-anak lain? Atau bagaimana saya boleh berkahwin? Itu adalah semua soalan ibu bapa saya," ujarnya.

Namun, ternyata pertumbuhan Jessica ternyata justru jauh lebih cepat berbanding bayi normal. Pada usia lima bulan dia sudah duduk dan "merayap" menggunakan pantatnya. Dalam usia 18 bulan dia bahkan sudah boleh berdiri dan berjalan tanpa bantuan.

Kepercayaan dirinya meningkat saat di usia empat tahun, guru menarinya menyuruhnya untuk berada di baris terdepan saat tampil dalam pertunjukan pertamanya.

"Saat itu, saya tak ingin ditertawakan. Namun, guru saya mengatakan 'Jessica tak ada barisan belakang (di panggung), kamu harus berada di depan bersama teman lain'. Pelajaran itu membekas di hati saya hingga sekarang," lanjut dia.

Menembus batas

Kehidupan selanjutnya menjadi semakin mudah untuk Jessica. Dia terus menggunakan kedua-dua kakinya untuk pelbagai kegiatan, seperti menggosok gigi, makan, menyisir rambut, dan menulis.

Meski demikian, kedua ibu bapa Jessica memutuskan agar putri mereka memakai lengan palsu pada saat dia berusia empat tahun.

"Mengenakan lengan palsu saya malah menjadi bahan ejekan. Beberapa anak memanggil saya Kapten Hook. Selain itu, tangan palsu itu sangat berat," kenang Jessica.

Meski lengan palsu itu memudahkannya membuka pintu, membawa beg, dan pekerjaan lain, tetapi setibanya di rumah, Jessica selalu melepas kedua lengan palsunya itu dan lebih memilih menggunakan kakinya.

"Saya hidup dengan normal, saya hanya perlu melatih kaki dan jari-jari kaki saya untuk menggantikan fungsi tangan," lanjut Jessica yang akhirnya memutuskan untuk tidak pernah menggunakan tangan palsu lagi.

Ternyata, tanpa lengan palsu Jessica malah semakin tak terbendung. Dalam usia 14 tahun dia sudah meraih tali pinggang hitam karate, usia 15 dia bersaing renang, dan pada usia 26 tahun Jessica mula belajar melayari.

Pada 2005, Jessica mula belajar menjadi pilot. Dia kini mempunyai lesen menerbangkan pesawat ringan untuk ketinggian hingga 3.050 meter.

"Terbang adalah salah satu kegiatan yang membuat saya merasa benar-benar bebas dan bangga terhadap diri saya sendiri. Saya membuktikan semua bisa terwujud jika kita yakin terhadap diri sendiri," kata Jessica berpetuah.

Mencari suami

Meski mempunyai segudang kegiatan dan prestasi, satu hal yang membuat perempuan hebat ini nyaris menyerah adalah dalam urusan mencari suami.

Jessica dan suaminya, Patrick, sesaat setelah pemberkatan pernikahan pada 12 Mei 2012.

Namun, semua berubah pada Mei 2010, saat dia berkenalan dengan Patrick, salah seorang pelatih karate di sekolahnya.

"Sejak awal, Patrick tidak melihat saya sebagai gadis aneh yang melakukan segalanya menggunakan kaki, atau mengasihani saya sebagai gadis yang tak mempunyai lengan. Dia melihat saya sebagai Jessica. Itulah yang membuat saya mencintai dia," kenangnya.

Akhirnya Jessica dan Patrick memutuskan untuk berkahwin pada 12 Mei 2012.

"Saya tahu saya berbeza dengan perempuan lain. Namun itu tak membuat saya merasa tidak cantik," katanya.

"Dari beberapa lelaki yang pernah tarikh dengan saya, semua melihat saya dari luar saja. Namun, Patrick berbeza. Dia melihat saya tetap cantik meski tak mempunyai lengan," tambah dia.

Kini, cita-cita Jessica adalah memiliki anak bersama Patrick suaminya. Jessica membuktikan keterbatasan tidak boleh menghalang kebahagiaan dan kejayaan seseorang.

"Semua boleh dilakukan asalkan kita percaya pada diri kita sendiri," itulah petua yang selalu dipegang teguh Jessica Cox.

* Sumber kompas.com


Read more...

Banduan muat naik gambar ke Facebook


Mawin memuat naik fotonya dengan kaki bergari di laman sosial.
Bangkok: Seorang banduan penjara Phitsanulok yang memuat naik fotonya yang bergari di Facebook melalui telefon bimbit prosedur yang dilarang untuk tahanan akan dihukum bersama mereka yang membekalkan peralatan itu, kata Ketua Jabatan Salah Laku, Suchart Wong-anantachai.
Berikutan penjara Phitsanulok belum diisytihar sebagai ‘penjara putih’ bermaksud bebas daripada dadah dan bahan larangan lain tahanan di situ masih ada cara untuk mengakses Internet.
Ekoran kejadian itu Suchart menggesa pihak berkuasa penjara lebih tegas mengimbas dan memeriksa sel untuk mencari barang larangan.
Mengenai hukuman terhadap tahanan, dia berkata, panel akan dibentuk bagi menyiasat kes itu sebelum memutuskan sebarang hukuman jenayah atau disiplin. Ekoran kritikan terhadap pihak berkuasa penjara, laman Facebook berkenaan tidak dapat diakses semalam.
Tahanan terbabit dikenali sebagai pesalah rogol, Mawin Sompanwong, 28, yang ditahan di zon 5 penjara Phitsanulok.
Pengarah penjara Pongmit Prasertsakul berkata, Mawin yang dipenjara lima tahun pada 2008 bakal dibebaskan pada 1 November tahun ini. Pongmit berkata, sejak mengambil alih penjara berkenaan pada 4 April lalu dengan merujuk penjara terbabit sebagai penjara putih.
Pongmit berkata, dia sering melancarkan pemeriksaan mengejut sel penjara itu, tetapi masih terdapat tempat di mana tahanan menyembunyikan telefon bimbit dan peralatan isyarat telefon bimbit hanya berfungsi sekali-sekala di situ. - Bangkok Post
* Sumber myMetro


Read more...

Pemilihan Gwyneth Paltrow Sebagai Wanita Tercantik Dipersoalkan


Gwyneth Paltrow
AKTRES Gwyneth Paltrow baharu saja menerima gelaran wanita tercantik dunia 2013 menerusi kaji selidik yang dilakukan majalah People.
Bagaimanapun menurut laporan Dailymail, ramai yang mempersoalkan pemilihan Gwyneth sebagai wanita paling cantik dan mereka mengkritik wanita itu menerusi laman Twitter.
"Jika Gwyneth Paltrow adalah wanita paling cantik di dunia maka saya pun boleh meraih emas sebanyak 10 kali di Olimpik. Pelik dengan cara penghakiman yang dilakukan," kata peminat di Twitter meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Selain itu, ramai yang bertanyakan bagaimanakah sistem penghakiman diadili oleh pihakPeople sehingga menetapkan bintang Iron Man itu sebagai wanita tercantik. Sedangkan ramai selebriti wanita lain yang layak serta menepati gelaran tersebut.
Sebelum ini, People pernah menyatakan bahawa Gwyneth mempunyai sepasang mata yang cantik dan ia membuatkan wajahnya cukup mempesonakan.
Pada tahun lalu, penyanyi Beyonce Knowles meraih gelaran wanita tercantik di dunia.
* Sumber mStar Online

Read more...

Guru rakam adegan seks dengan murid bawah umur dijel


Singapura: Seorang bekas guru drama yang melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 14 tahun dan merakam adegan itu dijatuhkan hukuman penjara setahun Khamis lalu.
Hakim daerah Siva Shanmugam berkata Aravind S Menon “telah menyalahgunakan kepercayaan dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai guru” apabila dia melakukan perbuatan itu pada 2009. Hakim menggelar perbuatannya merakam satu daripada aksi mereka sebagai “amat dikesali”. Menon, 25, mengaku bersalah pada 11 April lalu kerana melakukan seks dengan pasangannya yang berusia di bawah 16 tahun. Mahkamah kemudian diberitahu dia bekerja dua kali seminggu di sekolah itu sebagai sukarelawan ketika remaja terbabit menyertai persatuan dramanya pada Mac 2008. Remaja itu mula meluahkan kepada Menon yang berusia 20 tahun ketika itu mengenai masalahnya di rumah dan di sekolah. Mereka mula rapat dan melakukan hubungan seks buat kali pertama di kediaman Menon di Choa Chu Kang pada Mei 2009.
Bimbang hamil, remaja terbabit menggunakan alat ujian kehamilan pada 31 Mei di kediaman Menon. Keputusannya negatif tetapi Menon terus melakukan hubungan seks bersama remaja itu pada hari sama dan sekali lagi pada Julai. Dia turut merakam satu daripada aksi mereka di telefon bimbitnya dan menyimpannya di komputernya.
Pada akhir Julai, ibu bapa remaja itu membaca mesej Menon di telefon bimbit pelajar terbabit dan menyuruhnya memutuskan hubungan mereka. Bapanya turut memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai kecurigaannya dan Menon kemudian dipecat. Pada Ogos 2009, remaja itu menghantar mesej pesanan ringkas kepada Menon dan memberitahu dia mahu menamatkan hubungan mereka sebelum Menon mengancam akan mencederakan keluarganya. 
- AsiaOne

Read more...

Kes Naya,Kaki budak tersangkut lubang air dalam bilik mandi


ANGGOTA bomba cuba mengeluarkan mangsa.
Bau: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menahan kesakitan lebih sejam selepas kaki kanannya tersangkut dalam lubang saluran air di bilik mandi di rumahnya di Seniawan Villa, di sini, semalam.
Kejadian jam 8.30 pagi itu berlaku ketika Cathriosa Doseba Nicholas dimandikan ibu saudaranya yang berusia 20-an, namun keadaan lantai licin menyebabkan mangsa tergelincir dan kaki kanannya terperosok dalam saluran air berkenaan.
ANGGOTA bomba menarik kaki mangsa daripada saluran lubang air yang dipecahkan.
Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali itu berkata, anak saudaranya menjerit kesakitan ketika melumurkan sabun di seluruh badannya.

“Saya ingatkan dia terjatuh dan cuba membantunya bangun, tetapi dia menjerit kesakitan. Ketika itu baru saya perasan kakinya tersangkut dalam lubang saluran air.
“Saya cuba mengeluarkan kakinya perlahan-lahan dan memanggil ahli keluarga yang lain untuk membantu, namun masih tidak berjaya,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Ahad, 28 April 2013

#PRU13 : Ibu Menangis, Berdoa Anak Kalah Kerana Jadi Calon PKR


Sunah Omar (kanan) menangis kerana kecewa dengan anaknya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding menjadi calon PKR, DUN Chini.
PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.
Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.
"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.
Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.
"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.
Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.
"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.
"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.
Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.
"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini," katanya. 
-BERNAMA ( mStar Online )

Read more...

Gwyneth Paltrow Dikecam Kerana Cantik


Gwyneth menerima kritikan apabila dipilih sebagai wanita tercantik 2013 oleh majalah People.
PELAKON Gwyneth Paltrow yang dinobatkan sebagai wanita tercantik 2013 mendapat pelbagai kecaman menerusi internet ekoran gelaran yang diberikan oleh majalah Peopleitu.
Daily Mail melaporkan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan merasakan lebih banyak calon sesuai untuk gelaran itu.
Mereka juga turut mempertikaikan cara penjurian yang dilakukan terhadap bintang filem Iron Man itu.
Majalah People dalam satu kenyataan memberitahu Gwyneth memiliki wajah yang indah selain mempersonakan.
Tahun lalu gelaran itu diberikan kepada penyanyi Beyonce Knowles.
* Sumber mStar Online

Read more...

#PRU13 : SMS lucah, Fuziah Salleh buat laporan polis

Fuziah menunjukkan salah satu SMS ugutan yang diterimanya.

KUANTAN - Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh membuat laporan polis semalam kerana mendakwa sering menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan ugutan sejak tahun lalu.


Beliau yang juga calon PKR di Parlimen Kuantan, mengakui mengalami trauma apabila kerap menerima SMS daripada individu yang didakwanya seorang wartawan sebuah stesen televisyen.

Menurutnya, beliau mula mendapat SMS lucah tersebut sejak Jun 2012, namun kebelakangan ini gangguan itu semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kebimbangan.

“Saya menerima empat SMS daripada nombor telefon yang sama, manakala satu SMS daripada nombor berbeza dan yang terbaru, awal pagi semalam.

“SMS  itu mengandungi kata-kata lucah dan ugutan menyebabkan saya sebagai seorang wanita rasa malu dan terhina,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD), semalam.

Fuziah  tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang mengganggu dirinya itu sengaja menimbulkan provokasi.

“Sebelum ini, saya biarkan sahaja perkara ini dan menganggapnya sebagai senario politik, tetapi kebelakangan ini semakin teruk menyebabkan saya perlu ambil tindakan tegas.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku dan saya anggap ini adalah politik kotor yang diamalkan pihak tidak bermoral,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat bagi menjamin keselamatan dirinya dan memohon perlindungan daripada pihak berkuasa.

“Kesemua nombor tersebut telah diserahkan kepada polis dan berharap siasatan dapat dijalankan dengan mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab membuat gangguan ini,” katanya.

* Sumber sinarharian


Read more...

Lelaki Parah ditetak hanya kerana hutang RM20

Azlan cedera parah di kepala dan patah tangan kiri akibat ditetak dan dipukul empat lelaki di Kampung Binjai, Jalan Bukit Besi, Dungun. - Foto Khairul Hamizy Ramlee

Dungun: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak empat lelaki di kepala, kaki dan tangan kerana marah apabila mangsa dikatakan meminta hutang RM20 daripada seorang suspek, di Kampung Binjai, Jalan Bukit Besi, dekat sini, kelmarin. 

Sebelum kejadian, mangsa Azlan Rani, 40, yang bekerja sendiri dikatakan menemui empat suspek yang menaiki sebuah kereta di tepi jalan di kampung berkenaan untuk meminta hutang daripada seorang suspek, kira-kira jam 10 pagi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata ketika berunding mengenai hutang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, sebelum mangsa berlalu pergi dengan motosikal untuk pulang ke rumah. 


Bagaimanapun, empat suspek terbabit yang tidak berpuashati, mengejar dan melanggar motosikal sehingga mangsa terjatuh ke jalan, sebelum membelasah dan menetak mangsa dengan kapak dan parang. 

Katanya, mangsa yang dalam keadaan parah dan berlumuran darah kemudian mengagahkan diri menunggang motosikal pulang ke rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian. 

Setibanya di rumah, mangsa sempat memberitahu seorang adiknya berhubung kejadian itu sebelum jatuh pengsan dan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan. Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan keadaannya dilaporkan kritikal. 

Susulan kejadian, abang mangsa berusia 45 tahun yang bekerja sebagai guru membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, selepas dimaklumkan mengenai kejadian.


* Sumber BH


Read more...

Dalang Insiden #Lahad Datu Tidak Akan Didedah Dalam Masa Terdekat - Zahid


Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak bercadang mendedahkan dalam tempoh terdekat dalang di sebalik insiden Lahad Datu, Sabah.
Katanya, jika pendedahan dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 5 Mei ini, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
"Jadi tunggulah lepas pilihan raya nanti saya rasa saat yang terbaik. Sekarang ini kita hadapi pilihan raya dulu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Nelayan Sungai Tiang di sini, Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Surendran yang mendesaknya mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang terlibat dalam insiden Lahad Datu.
Surendran dilaporkan berkata jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama berkenaan dalam tempoh 24 jam, jelas menunjukkan ia adalah "fitnah" yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN).
Ahmad Zahid berkata segala maklumat mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Saya tidak secara khusus menyebutkan sesiapa. Kenapa perlu melenting. Kenapa perlu memberikan amaran dalam tempoh 24 jam dan sebagainya," katanya.
Semalam, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah itu. 
-BERNAMA

Read more...

Rasukan sindrom Comel @ Gwiyomi


Beberapa artis muda turut memuat naik aksi Gwiyomi mereka dalam Youtube, Keek.
Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara ini, termasuk golongan artis.
Artis muda yang ‘dirasuk’ sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung sejak awal bulan ini.
Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel.

Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.
Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan Keek, sebahagian besarnya membabitkan remaja perempuan dan wanita berusia 20-an.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP