GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 20 Mei 2013

Lelaki benci gay tembak mati seorang lelaki homoseksual


imej google

NEW YORK - Seorang lelaki yang dipercayai membenci golongan gay, menembak mati seorang lelaki yang merupakan seorang homoseksual dalam satu kejadian di sebuah kawasan perumahan gay, di sini awal pagi semalam.

Jurucakap polis, Raymond Kelly berkata, mangsa yang dikenali sebagai Marc Carson, 32, meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran selepas cedera parah akibat ditembak di bahagian muka.

"Kira-kira 15 minit sebelum tembakan dilepaskan, suspek dilihat membuang air kecil di luar sebuah restoran dan kemudian memasuki restoran itu sambil bertanyakan kepada seorang pelayan bar sama ada dia akan menghubungi polis.

"Selepas itu, suspek keluar dari restoran itu menuju ke kawasan perumahan Greenwich Valley dan terserempak dengan mangsa serta pasangannya yang juga seorang gay," katanya sambil menyifatkan kejadian itu sebagai perlakuan jenayah berasaskan kebencian.

Suspek yang dikenali sebagai Elliot Morales, 33, kemudian bertanyakan soalan kepada pasangan tersebut sama ada mereka adalah gay dan ingin mati, selain mengeluarkan kata-kata kesat kepada pasangan gay itu.
Suspek kemudian mengeluarkan pistol lalu menembak seorang daripada pasangan gay itu.

Suspek cuba melarikan diri selepas kejadian itu, namun berjaya ditahan polis yang berada di kawasan berhampiran.

Suspek sebelum ini pernah ditahan polis atas kesalahan cuba membunuh pada 1998.

- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP