GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 20 Mei 2013

Wajah Cantik Jadi Kutukan bagi Cewek Ini


Laura Fernee

Kecantikan biasanya dilihat sebagai anugerah. Namun bagi sebahagian orang, hal itu boleh menjadi kutukan.

Laura Fernee, perempuan asal London, United Kingdom, mengatakan kecantikannya begitu mempengaruhinya, menghancurkan hidupnya, bahkan telah memaksanya untuk berhenti dari pekerjaan. Sarjana bidang sains berusia 33 tahun itu berkata, sosoknya yang ramping dan wajahnya yang cantik menarik perhatian yang tidak diingini daripada rakan-rakan lelakinya. Dia juga menyatakan, dirinya telah dipulaukan para perempuan lain di tempat kerja yang iri dengan kecantikannya.

Fernee kini bergantung pada kekayaan orangtuanya setelah berhenti dari pekerjaan berpendapatan 30,000 poundsterling di bidang penyelidikan saintifik dua tahun lalu. Dia mengatakan kecantikkannya membuatnya selalu didera dan dipermainkan (bullied), dan telah membuat berkeputusan bahawa bekerja 'tak sesuai untuk dirinya'.

Sabtu (18/5), seperti dikutip MailOnline, Minggu, dia mengatakan, "Saya bukan malas dan saya bukan bimbo (perempuan bodoh atau berhasrat seksual berlebihan). Yang sesungguhnya adalah kecantikan saya telah menyebabkan masalah besar buat saya ketika itu berkaitan dengan pekerjaan, maka saya telah membuat keputusan bahawa kerja tidak sesuai buat saya saat ini. Rakan-rakan lelaki hanya tertarik pada saya kerana saya cantik. Saya ingin mereka mengakui prestasi dan profesionalisme saya, tetapi semua yang mereka lihat adalah wajah dan badan saya. "

Dia mengatakan, para lelaki meninggalkan 'hadiah romantis' di meja kerjanya dan dia 'terus-menerus diajak pergi', yang akhirnya ia tahu semuanya "busuk '." Bahkan ketika saya berada di sebuah makmal dalam keadaan tanpa make-up mereka masih datang ke saya kerana daya daya tarik alami saya. Tidak ada yang boleh saya lakukan untuk menghentikannya, "tambahnya.

Fernee mempelajari sains dan kajian perubatan untuk tahap doktor dan mula bekerja di sebuah makmal tahun 2008. Namun dia mengatakan, dia terpaksa berhenti tiga tahun kemudian kerana perlakuan yang diterimanya.

Orang tua Fernee, Catherine (65) dan Alan (70), mewarisi wang dari datuk Laura. Sekarang mereka membayar 2,000 pounds per bulan untuk sewa dan bil untuk flat Laura di Notting Hill, London, serta membayar bil kad kredit. Mereka juga mengeluarkan 1,500 pounds per bulan untuk pakaian, kasut dan beg, dan 700 pounds untuk potong rambut. Fernee membayar 80 pounds per minggu untuk bersenam di gym dan menghabiskan 1,000 pounds per bulan untuk bersosial.

Sejumlah orang mengecam hujahnya. Namun dia mengatakan, para pengecamnya 'meremehkan apa yang merupakan kutukan terhadap kencantikan yang boleh berlaku di tempat kerja'.

* Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP