GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 29 Julai 2013

Sembunyi dalam tandas rumah Kekasih untuk elak diCekup Pencegah Maksiat

imej google
Alor Gajah: Memalukan apabila seorang lelaki warga emas ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika cuba bersembunyi di dalam tandas rumah kekasih di sekitar pekan ini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berstatus duda berusia 52 tahun dikatakan sering ke rumah ibu tunggal berusia 47 tahun itu dengan memberi alasan mahu membincangkan tarikh perkahwinan mereka.
Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan turut didapati berada dalam keadaan separuh bogel.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati, semua pintu dan tingkap rumah sewa berkenaan bertutup rapat seolah-olah tidak berpenghuni.
“Anggota JAIM cuba memberi salam dan mengetuk pintu berulang kali sebelum disahut suara seorang wanita yang membuka pintu rumah berkenaan dalam keadaan berkemban.
“Tanpa rasa bersalah, wanita yang membaluti tubuhnya dengan kain batik itu membuka pintu dalam keadaan kusut masai itu dan terkejut melihat kehadiran pihak berkuasa,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, selepas memperkenalkan diri, pemeriksaan dilakukan di setiap bilik di dalam rumah itu, tetapi penguat kuasa gagal menemui sebarang perkara mencurigakan.
“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, seorang lelaki yang hanya berkain pelekat bersembunyi di belakang pintu tandas dan enggan keluar dari tandas berkenaan.
“Lelaki terbabit cuba berdalih mengatakan sudah meminta izin daripada wanita berkenaan untuk menumpang membuang air besar. Selepas dipujuk, lelaki itu keluar sebelum soal siasat dijalankan,” katanya.
Sumber berkata, pasangan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan, malah lelaki berkenaan yang mendakwa berpuasa merayu supaya dilepaskan kerana merancang berkahwin selepas Aidilfitri nanti.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan khalwat berkenaan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.
* Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP