GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 19 Ogos 2013

3 Kanak kanak parah akibat Mercun Ketupat

ALEYA Alysha berisiko buta mata sebelah kiri selepas terkena letupan mercun
Subang Jaya: “Sebaik terdengar bunyi letupan kuat, saya bergegas ke tingkat bawah. Pada masa sama, kakak sepupu saya masuk dalam rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum disusuli adik saya memegang lengan yang berlubang dengan kesan darah yang banyak.
“Kemudian sepupu perempuan saya pula terpaksa dipapah masuk kerana kecederaan parah di seluruh muka. Keadaan di lantai ruang tamu pada ketika itu macam banjir darah,” kata Muhammad Firdaus Mohd Yaacob, 15, menceritakan kejadian letupan mercun menyebabkan dua cedera manakala seorang lagi dilaporkan kritikal dalam insiden kira-kira jam 11.30 malam ketika majlis rumah terbuka di sebuah rumah di Tasik Prima Puchong, kelmarin. 
Mangsa kritikal dan masih dirawat di Hospital Putrajaya ialah Aleya Alysha Abd Rahim, berusia lapan tahun yang berisiko buta mata manakala Nasha Nurkistina Zalman, 13, dan Mohd Fadzli Mohd Yaacob berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dilaporkan stabil. 

Muhammad Firdaus berkata, semua mereka yang ada hubungan saudara berkunjung ke rumah bapa Nasha kerana ada membuat rumah terbuka.
“Saya dimaklumkan, semua mereka yang cedera ketika itu sedang mencari mercun yang disimpan dalam sebuah almari besi yang diletakkan di dalam garaj di luar rumah.
Sumber myMetro

1 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 19 Ogos 2013 pada 10:55 PG  

Bagus.. Beli mercun untuk bagi budak2 main. dah cedera macam ni keluar pulak paper bagi orang ucap 'Padan Muka'. Aku memang benci kalau ada jenis mak bapak yg kurang moral dok pi beli mercun untuk anak2 main & jenis manusia yg dah bangka tapi tak reti lagi nak sedar mercun tu bukan saja bahayakan orang yg main tapi bahayakan orang sekeliling jugak. Aku tak reti nak rasa kesian kalau bab2 mercun kecuali la mangsa mercun tu dari mercun orang lain bukan dia yg main @ ada niat nak main. Moga mak bapak depa2 ni lepas ni sedar yer.. tapi kalau anak dah buta insaf macam mana pun mata tu tak celik dah. Apapun jadi iktibar pada semua pencinta mercun kat Malaysia. Cuba jadikan hari raya tanpa mercun. Aku elok je beraya tak payah main mercun apsal korang tak boleh??

Info >>SYIRIK KECIL YANG SELALU BERLAKU BILA NAK KAWEN
Apa Tu? >>SEMUA ORANG TENGAH KECOH PASAL KERETA NI
Pedoman >>BAHAYA PAKAIKAN ANAK KECIK DENGAN BARANG KEMAS

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP