Terdapat bukti baharu diatas kematian Puteri Diana
Tweet
LONDON - Polis Britain kelmarin menyatakan pihaknya sedang meneliti maklumat terbaharu mengenai kematian Puteri Diana, termasuklah tuduhan bahawa beliau dibunuh oleh seorang anggota tentera Britain.
GAMBAR fail bertarikh 19 Ogos 1997 menunjukkan kereta yang dinaiki oleh Puteri Diana dan kekasihnya, Dodi al-Fayed remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan di sebuah terowong di Paris, Perancis.- AFP
LONDON - Polis Britain kelmarin menyatakan pihaknya sedang meneliti maklumat terbaharu mengenai kematian Puteri Diana, termasuklah tuduhan bahawa beliau dibunuh oleh seorang anggota tentera Britain.
Ibu pejabat polis Scotland Yard mengakui sedang menyiasat kematian Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi al-Fayed dalam satu kemalangan jalan raya di satu terowong di Paris pada Ogos 1997. Kemalangan itu turut membunuh pemandunya, Henri Paul.
Mengulas mengenai penglibatan seorang anggota tentera, Scotland Yard memberitahu tuduhan itu dibuat oleh bekas mertua kepada seorang bekas tentera berdasarkan kepada apa yang dicakapkan oleh suspek sebelum ini.
"Polis Metropolitan mengumpul maklumat yang mempunyai kaitan dengan kematian Puteri Diana. Kesahihan dan relevan maklumat itu kini sedang diteliti.
"Penelitian akan dilakukan oleh sepasukan pegawai pakar jenayah. Ini bukanlah satu siasatan semula dan tidak termasuk dalam Operasi Paget," kata Scotland Yard dalam satu kenyataan.
Operasi Paget adalah inkuiri polis selama dua tahun berkaitan teori konspirasi melibatkan kemalangan maut tersebut.
Stesen televisyen Sky News melaporkan bahawa maklumat baharu tersebut diperoleh daripada diari Puteri Diana dan pasukan elit tentera Britain, Perkhidmatan Udara Khas (SAS).
Jurucakap istana menyatakan Putera Charles, Willam atau Harry tidak akan memberi komen tentang perkembangan terbaharu itu.
Jurucakap keluarga al-Fayed pula menyatakan pihaknya teruja untuk mengetahui hasil siasatan.
- AFP
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan