GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 19 Ogos 2013

Cermin mata 'malas' diperkenal

NEW YORK 17 Ogos - Adakah anda sering menghadapi sakit leher dan tulang belakang akibat terlalu lama menghadap televisyen atau memegang novel ketika sedang berehat pada cuti hujung minggu?

Syarikat perniagaan atas talian Amerika Syarikat, ThinkGeek tampil untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan ciptaan unik, Lazyglasses iaitu sejenis cermin mata yang membolehkan pengguna berbaring tanpa perlu menghadap televisyen atau novel.

Dijual dengan harga 10 pound (RM51), Lazyglasses boleh membantu pengguna membaca atau menonton dengan merehatkan tulang leher dan tulang belakang mereka tanpa perlu duduk menghadap televisyen atau novel.

Fungsi kaca mata tersebut menyerupai periskop, menggunakan cermin tambahan yang diletakkan pada sudut 45 darjah bagi memantul imej dan cahaya dari arah luar biasa.

Cahaya dipantulkan daripada cermin tersebut dan imej boleh dilihat dengan jelas oleh pengguna.
Ciptaan itu hampir sama dengan kaca mata Hamblin yang diperkenalkan pada 1936 yang dikhaskan untuk golongan pembaca.

Pada zaman itu, penggunaan televisyen masih belum meluas dan ia dicipta untuk memudahkan pengguna membaca novel atau buku sambil berbaring, namun tidak pernah dipasarkan.

 - AGENSI


1 Merujuk kepada perkara diatas :

MrJocko 19 Ogos 2013 pada 9:50 PTG  

Cermin mata telus ada? Ekekeke

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP