GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 19 Ogos 2013

Suami Setan,Lacur isteri selama 15 tahun

imej google
Kuala Lumpur : Suami syaitan. Itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki berusia 38 tahun yang sanggup melacurkan isterinya sejak 15 tahun lalu hanya kerana malas bekerja.
Lebih mengejutkan lelaki berkenaan turut melacurkan tiga rakan isterinya yang menyewa di rumahnya sejak setahun lalu dan mereka akan dibelasah jika enggan patuh kepada arahannya itu.
Kegiatan lelaki terbabit terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Jumaat lalu dan kini polis dalam usaha menjejakinya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sonia, 34, berkata dia yang berkahwin atas dasar cinta dengan suaminya 20 tahun lalu tidak menyangka akan dipaksa menjual diri semata- mata untuk menanggung perbelanjaan harian mereka berdua.
“Pada mulanya, suami saya masih bekerja sebagai buruh am namun selepas lima tahun berkahwin, suami berhenti dan selepas menganggur beberapa bulan, suami menyatakan ada peluang kerja di sebuah hotel di kawasan Masjid India.
“Saya menyangka akan bekerja sebagai pekerja am di hotel itu, malangnya selepas tiba di hotel saya dipaksa melayan seorang lelaki dan suami saya menjadi pengawal di luar bilik hotel kerana takut saya melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, dia cuba melarikan diri daripada suaminya beberapa kali sejak 15 tahun lalu namun gagal kerana sering dikawal rapi lelaki berkenaan.
“Selepas memperoleh pendapatan lumayan dengan menjual saya, suami menjadi malas untuk bekerja dan kehidupan kami berdua hanya bergantung pada ‘pelanggan’ saya.
“Setiap hari, suami akan menghantar saya ke hotel di kawasan Masjid India atas permintaan pelanggan, mengawal di luar bilik ketika saya melayan lelaki lain dan kemudian merampas wang yang dibayar pelanggan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.
Sonia berkata, dia juga dilarang untuk mengandung oleh suami itu dan akibat tertekan dengan cara hidup bergelumang dosa sejak 15 tahun lalu, dia nekad melarikan diri ketika suaminya sedang tidur.
Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP