GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 15 Ogos 2013

Yazid (Search) maSuk Hospital

Yazid (kanan) kelihatan ceria disamping rakan-rakan yang melawatnya di Hospital Kuala Lumpur pada Rabu.
PETALING JAYA: Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, terpaksa dipindahkan ke dua buah hospital selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga iaitu Sabtu lalu.
Menurut Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah berkata, keadaan Yazid bagaimanapun stabil selepas dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama.
"Asalnya dia dimasukkan ke Hospital Kluang, Johor selepas rebah di rumah namun kembali stabil selepas dipindahkan ke HKL pada malam Sabtu lalu dan dia kini sedang berehat di wad sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika dihubungi mStar Online yang melawat Yazid di HKL di sini pada Rabu.
Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit itu.
Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, keadaan Yazid yang rebah itu dipercayai berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak terkawal pada musim perayaan Aidilfitri.
"Pesakit buah pinggang ini biasalah ada pantang larang dan jika terlebih ambil makanan atau minuman ia akan memberi kesan. Bagaimanapun keadaan Yazid stabil dan sedang berehat di hospital," jelasnya.
Sementara itu, Ahmad berkata, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia iaitu Datuk DJ Dave turut hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada Yazid selain bertanya khabar.
Antara artis yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Nash (Lefthanded), Mas Omar dan pemuzik Aznan Alias.
Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Yayasan Artis 1Malaysia bagi mencari jalan untuk membantu Yazid bagi meringankan bebannya untuk menanggung kos rawatan dialisis yang tinggi.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP