Masuk Lokap akibat langgan Pelacur remaja dari China
Tweet
Singapura: Dua lagi lelaki semalam masing-masing dipenjarakan 10 minggu kerana melanggan pelacur remaja dari China.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijatuhkan hukuman akibat jenayah itu kepada 15 orang.
Pengurus projek, Ng Keng Siong, 56, mengaku membayar S$80 (RM204) untuk khidmat seks di Hotel BudgetOne di Geylang pada 20 Mei lalu. Dia juga berdepan dengan satu lagi pertuduhan yang dilakukan keesokan harinya yang masih dipertimbangkan mahkamah. Di mahkamah sama, penolong pengurus, Ong Boon Hock, 61, mengakui membayar $60 (RM153) kepada remaja terbabit di rumah tumpangan di Lorong 21 Geylang antara 19 hingga 23 Mei.
- Agensi
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan