GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 5 Oktober 2013

Tipu Wanita dengan menyatakan lakukan Seks boleh ubati anak yang terencat akal

imej google

Hong Kong: Seorang lelaki dihukum penjara 12 tahun selepas menipu seorang wanita bahawa melakukan hubungan seks dengannya akan membantu menyembuhkan anaknya yang terencat akal. 

Mahkamah Tinggi juga diberitahu, Yeung Shingsang meletakkan dadah dalam kopi untuk mangsa dan kemudian menderanya secara seksual selama 10 jam. 

Hakim Maggie Poon Mankay menyifatkan Yeung , 39, mengambil kesempatan atas kelemahan mangsa sebagai seorang ibu. 

Mangsa berasa takut 

Poon berkata, sejak pengalaman pahit itu, mangsa merasa takut, gelisah dan malu. Belum dapat dipastikan sama ada dia akan pulih daripada perkara itu. 

Hakim itu juga berkata, pihak mahkamah tidak dapat mencari sebab mengapa ia perlu mengurangkan hukuman yang telah ditetapkan 12 tahun. 

Mangsa sebelum ini memberi keterangan bahawa dia menjadi lemah dan tidak bermaya selepas minum kopi bercampur dadah itu dan tidak dapat menahan serangan seksual ke atasnya. 
Mahkamah diberitahu, Yeung mengenali kakak mangsa melalui portal mesej segera di tanah besar portal, QQ , pada bulan Jun lalu dan mereka kemudian menjalin hubungan. 

Pada 28 Jun lali, Yeung meminta beliau untuk membawa kakak 38 tahun itu – seorang ibu tunggal yang bekerja di sebuah rumah urut – untuk ke rumahnya di Kwun Tong di mana beliau tinggal bersama anak perempuannya yang berusia empat tahun. 


- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP