GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 11 November 2013

Hasrat pelakon Ahmad Busu Jumpa Keluarga Di Perak Sebelum Meninggal Dunia Tercapai

Allahyarham Ahmad Busu
PETALING JAYA: Allahyarham pelakon Ahmad Busu, 60, sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan rapatnya di Perak sebelum meninggal dunia pada Ahad malam.
Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, berkata, Allahyarham meminta untuk bertemu dengan saudara terdekat mereka yang masih tinggal di negeri tersebut pada minggu lalu.
"Pemergian ayah memang tidak dijangka, dia seperti biasa sahaja dan tiada pula menunjukkan apa-apa sikap lain.
"Namun pada minggu lalu dia ada meminta kami untuk membawanya ke Perak untuk bertemu dengan keluarga dan saudara mara kami yang masih lagi berada di sana, " ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambahnya, Allahyarham turut memberi pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik yang lain agar sentiasa menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat.
Ahmad Busu (dua dari kiri) bersama para pelakon dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1980-an.
Sementara itu, jelas Afiq, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam.
"Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu lalu dan kami bawanya ke hospital semalam (Ahad) selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas.
"Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok," ujarnya.
Pelakon yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tudengan memegang watak sebagai Mat Deris meninggal dunia selepas Maghrib aiitu kira-kira pukul 7. 05 malam pada Ahad.
Jenazah akan disembahyangkan di Surau Seri Andalas dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 10 pagi Isnin.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
Sumber mStar Online

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  11 November 2013 pada 5:19 PTG  

Alfatihah & salam takziah buat keluarga.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP