GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 30 November 2013

Rugi RM500,000 akibat Love Scam

imej google

SERDANG – Polis menahan lima lelaki warga Afrika di sebuah apartmen mewah di Bukit Serdang yang dipercayai terbabit sindiket penipuan internet dikenali  love scam.

Penahanan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa mengalami kerugian hampir RM500,000 diperdaya seorang lelaki warga Afrika.

Bertindak atas laporan, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menyerbu sebuah rumah dan menahan suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, lokasi persembunyian suspek diperoleh hasil maklumat dan risikan dilakukan pihaknya.

Beliau berkata kelima-lima lelaki yang menghuni rumah itu ditahan untuk pemeriksaan.

Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana kes penipuan internet pernah dilaporkan sebelum ini.

“Pemeriksaan termasuk status pasport dan ujian air kencing turut dilaksanakan,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Sumber sinarharian

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  1 Disember 2013 pada 1:52 PG  

Aktiviti dan strategi jenayah ini hanya akan gagal, jika bakal mangsa (orang ramai) bersifat sentiasa peka dari sebarang penipuan dengan membuang nafsu tamak untuk mendapatkan keuntungan mudah lagi lumayan yg menjerat mereka. Jangan biarkan diri kita dipermainkan kerana nafsu tersebut.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP