GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 19 Disember 2013

Pasangan tak sempat lepas Rindu kena belasah dan Samun

imej google

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang pemuda melepaskan rindu terhadap teman wanitanya tidak kesampaian apabila dibelasah sebelum disamun sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Gong Pok Jin, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 20-an menghubungi rakannya berusia 24 tahun yang ketika itu berada di rumahnya di Kampung Hulu Takir, Seberang Takir, bagi menemaninya berjumpa dengan kekasih kira-kira jam 8.30 malam.

“Sebaik rakannya bersetuju dengan pelawaan itu, mangsa kemudian menjemput rakannya itu dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva.

“Ketika dalam perjalanan, mangsa menghubungi teman wanitanya itu sebelum membuat temu janji akan berjumpa berhampiran sebuah kedai RM2, di Jalan Gong Pok Jin, di sini,” katanya.

Jelas sumber, sebaik tiba di lokasi dijanjikan, dua sahabat itu ditahan sekumpulan lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda dan beberapa buah motosikal.

“Salah seorang daripada ahli kumpulan itu kemudian menarik keluar mangsa sebelum memukulnya menggunakan cota dan helmet sehingga cedera parah di kepala dan badan,” katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, ahli kumpulan lain turut mengetuk cermin hadapan kereta sehingga pecah.

Katanya, ketika insiden itu, rakan mangsa tidak mampu membantu kerana dihalang keluar dari kereta oleh beberapa ahli kumpulan lain yang ‘menjaga’nya.

“Sebelum melarikan diri, kumpulan samseng itu turut merampas dompet milik mangsa dan tiga buah telefon bimbit Blackbery, Nokia dan Samsung.

“Dua sahabat yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu selain bimbang keselamatan mereka mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.


Sumber sinar


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP