GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 7 Januari 2014

Google Hasilkan Paparan Khas Yasmin Ahmad Hari Ini

Paparan logo muka depan Google pada Selasa yang menggunakan wajah Yasmin Ahmad.
PETALING JAYA: Enjin carian Google memberi penghormatan kepada pembikin filem Malaysia, Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menghasilkan paparan khas pada logo carian itu sempena meraikan ulang tahun beliau ke-56 pada Selasa.
Allahyarham meninggal dunia pada 15 Julai 2009 ketika berusia 51 tahun akibat pendarahan otak.
Beliau terkenal dengan arahannya menerusi iklan Hari Raya Petronas dan memenangi beberapa anugerah untuk filem Rabun , Sepet , Gubra , Mukhsin , Muallaf dan Talentime.
Walaupun beberapa karya beliau menerima kritikan dan dianggap tabu dalam konservatif Malaysia, penulis dan pengarah tersebut tetap menjadi ikon yang di sanjung industri perfileman negara.
Yasmin Ahmad
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Google memberi penghormatan dengan memperingati usaha Yasmin Ahmad dalam menyatukan rakyat Malaysia daripada setiap jantina, etnik dan agama.
Menurut Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof, mereka memutuskan untuk menyambut ulang tahun ke-56 Yasmin dengan paparan di muka utama laman Google kerana beliau merupakan seorang tokoh yang sangat memberi inspirasi.
"Google sentiasa mengambil berat dan meraikan personaliti tertentu untuk memberi penghargaan kepada mereka terutamanya yang telah banyak memberi inspirasi kepada masyarakat.
"Kali ini kami memilih Yasmin Ahmad untuk memperingati pengarah ini dengan memaparkan lukisan gambar beliau di laman utama Google sepanjang hari ini," katanya kepada The Star Online.
Pasukan Google yang bekerja di ibu pejabat di Mountain View, California bertanggungjawab untuk membuat semua paparan Google di seluruh dunia.
"Pejabat tempatan akan memberi cadangan personaliti yang difikirkan layak. Ia adalah satu proses yang sangat sukar, kerana terdapat lebih daripada 1,000 cadangan setiap tahun, lebih 70 negara," kata Zeffri.
Paparan dan lukisan wajah Allahyarham berdasarkan gaya visual Sepet kerana filem tersebut merupakan filem yang paling berjaya dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.
Dalam kenyataan itu, Google juga berterima kasih kepada keluarga Yasmin untuk kebenaran dan kelulusan bagi tujuan berkenaan.
Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP