GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 24 Januari 2014

Ketua kampung arah 12 lelaki rogol wanita


Kolkata: Seorang wanita dirogol beramai-ramai oleh 12 lelaki atas arahan majlis kampung di timur India sebagai hukuman kerana menjalinkan hubungan, kata polis semalam. 

Majlis berkenaan mengarahkan hukuman dahsyat itu dilakukan di kampung di Benggala Barat malam Selasa lalu selepas gadis berusia 20 tahun itu ditemui bersama-sama lelaki daripada komuniti lain. 


Polis menahan 12 orang berhubung serangan itu yang dilakukan selepas ibu bapa wanita berkenaan berkata mereka tidak mampu membayar denda berjumlah 25,000 rupee (RM1,332) yang dikenakan majlis kerana hubungan itu. 

“Gadis berkenaan dirogol beramai-ramai kerana menjalin hubungan dengan lelaki komuniti lain dan gagal membayar denda yang dikenakan majlis kampung. Setakat ini kami menahan 12 orang berkaitan kejadian itu,” kata Superintendan Polis Daerah, C Sudhakar. 

Serangan itu sekali lagi meletakkan rekod India dalam keganasan seksual dalam tumpuan sekali lagi selepas kemarahan awam berhubung kes rogol beramai-ramai yang membawa kematian seorang penuntut di New Delhi pada Disember 2012. 


- AFP


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  24 Januari 2014 pada 3:15 PTG  

nak kena BALA negara India ni, agaknya! Hari tu 30 orang bergilir-gilir rogol 1 gadis yg berlangsung berjam-jam lamanya.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP