Gores dan Menang ! Janji kereta dapat tilam
Tweet
KAD gores dan menang yang digunakan untuk mengumpan orang ramai.
Melaka: Terpedaya dengan hadiah lumayan termasuk Toyota Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000, seorang pesara kerugian RM12,800 selepas diperdaya sindiket gores dan menang di negeri ini.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 66, berkata, dia kerugian RM12,800 selepas memberikan wang berkenaan kepada sindiket itu secara berperingkat dari Disember lalu hingga pertengahan bulan ini.
Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi 25 Disember lalu itu, dia yang baru saja keluar daripada kereta di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Jalan Panglima Awang, didatangi dua lelaki berusia 20-an.
GAMBAR ejen gores dan menang yang dirakam mangsa.
“Sebaik menutup pintu kereta mereka mengoyakkan kertas mendakwa saya menang cabutan bertuah dan berpeluang memenangi Totoya Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000 atau wang tunai RM28,000.
“Sebaik menutup pintu kereta mereka mengoyakkan kertas mendakwa saya menang cabutan bertuah dan berpeluang memenangi Totoya Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000 atau wang tunai RM28,000.
MANGSA gores dan menang di temu ramah wartawan.
“Namun, untuk mengetahui hadiah lumayan yang bakal dimenangi, mereka meminta saya membuat bayaran pendahuluan RM12,800,” katanya ketika ditemui di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di Wisma Persekutuan, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.
Sumber myMetro
3 Merujuk kepada perkara diatas :
kenapalah bodoh sangat bagi rm 12,800. Hari tu pun ada mak cik BODOH kena tipu sindiket Gores dan KALAH ni, dia bagi lagi banyak rm 30,500.
Daripada bagi duit tu, baik pergi beli sendiri kereta tu kat Kedai Kereta.
Tadi ptg pun aku kena ...
Sebijik bentuk gores dan menang kupon tu..
Aku menang RM9900!!!!
Tapi aku tak layan!!
Lokasi terbaru agen ni di tesco..pejabat di malim..
Catat Ulasan