GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 14 Januari 2014

Polis tahan individu dakwa diri sebagai Sultan Melaka


Noor Jan Shah

JASIN: Polis menahan seorang individu yang mendakwa Sultan Melaka, ketika mahu ke Pulau Besar, sebentar tadi dipercayai menghadiri sambutan Maulidur Rasul serta istiadat pengurniaan darjah kebesaran.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Noor Jan Shah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira-kira jam 10.45 pagi. 


Difahamkan, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. 

Penahanan itu susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.

Laporan polis yang dibuat itu diketuai Presiden MGBM, Zali Mat Yasin dengan diiringi beberapa ahli EXCO majlis belia berkenaan, antara lain memohon supaya polis bertindak segera ke atas individu terbabit bagi mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan dakwaan dibuatnya selama ini.



Sementara itu, semalam, kerajaan negeri meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang ahli perniagaan yang mendakwa sebagai Sultan Melaka kerana ia mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata selain itu, tuntutan individu yang dikenali sebagai Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka itu juga mencemar institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak. 


"Noor Jan didapati mencabar Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui secara bersama oleh semua pihak di negara ini dan tiada sebab beliau mahu menafikan apa yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan itu.

"Sekarang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada orang ramai yang keliru dan terpedaya dengan gelagat beliau," katanya.


Sumber BH


2 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  14 Januari 2014 pada 5:22 PTG  

Biarlah dia nak jadi raja.Mungkin dia lebih baik dari yang ada ada.
Untuk pastikn dia ada aura raja hantar saja dia kahospital Bahgia dan perhatikan daulatnya dengan penghuni disana.
Tengok dia ada daulat kah atau palat kah!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP