'Sexting' dorong aktiviti seksual
Tweet
Perlakuan buruk itu turut babit murid sekolah rendah
London: Benarkah perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau 'sexting' mendorong aktiviti seksual? Kajian terbaru di dalam The Journal of Pediatrics mendapati jawapannya mungkin betul apabila ia membabitkan bukan saja pelajar sekolah tinggi tetapi juga murid sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun.
Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420 responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island, Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak menghantar mesej lucah. Responden menjawab beberapa soalan seperti “dalam enam bulan terakhir, pernahkah anda mengirim mesej seksual untuk mengurat seseorang?, pernahkah terbabit dengan pelbagai aktiviti seksual seperti bercium dan hubungan seks serta sama ada mereka menjalinkan hubungan romantik yang kasual atau serius.
Cenderung aktiviti seks
Hasilnya, 22 peratus daripada responden menghantar ‘sexting’ dengan 17 peratus daripadanya hanya menghantar teks manakala 5 peratus lagi menghantar teks berserta gambar lucah. Kata saintis, lebih membimbangkan adalah ‘sexting’ dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.
Menurut pengkaji, kumpulan ini 4 hingga 7 kali lebih cenderung melakukan perlakuan seksual lain. Pelajar yang mengaku menghantar gambar menunjukkan kadar lebih tinggi dalam melakukan aktiviti seks. Remaja yang mengamalkan ‘sexting’ juga berasakan ahli keluarga dan rakan sebaya cenderung membenarkan perlakuan banyak lagi aktiviti seksual.
Kurang pemantauan
Muat naik foto seksual yang melampau seolah-olah amalan lazim dikalangan remaja dan pra remaja di media sosial, sebahagiannya kerana pegawai sekolah dan ibu bapa tidak memantau penggunaannya. Michael, 16, pelajar sekolah tinggi di New York, berkata ‘sexting’ popular di sekolah tinggi dan dianggap suatu perkara remeh.
“Ramai memuat naik foto diri sendiri di ruang Facebook, walaupun sekolah menegur perbuatan buli, ‘sexting’ tidak pernah dibincangkan mahupun dihukum,” katanya.
Akibatnya remaja yang tidak cukup matang untuk memahami akibat daripada bertukar mesej berbaur seksual, mereka terdedah kepada pemangsa seksual, kata saintis lagi.
“Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada akibat negatif yang serius,” kata mereka lagi.
Di San Diego, 12 pelajar sekolah tinggi Daerah San Dieguito Union mungkin didakwa apabila remaja perempuan menghantar gambar bogel mereka kepada teman lelaki yang kemudian disebarkan ke enam lagi sekolah tinggi dan sebuah sekolah rendah. Berkongsi gambar bogel remaja kini diklasifikasikan sebagai menyebarkan gambar pornografi kanak-kanak di sesetengah negeri.
Bagaimana sekolah dan ibu bapa membendung gejala ‘sexting’? Ada ibu bapa yang menggunakan aplikasi seperti EyeGuardian, yang dibangunkan dua bapa dan cepat menyedarkan ibu bapa setiap kali kandungan lucah serta ada unsur penyalahgunaan dikongsi anak di akaun Facebook.
Selain itu, aplikasi ZipIt juga mensasar kepada remaja. Jika remaja menerima teks dari seseorang yang meminta foto lucah, aplikasi akan mencadangkan mesej alternatif seperti gambar bakul sampah berserta teks ‘inilah gambar sampah saya.’
- AGENSI
Remaja tidak cukup matang bertukar mesej berbaur seks, terdedah kepada pemangsa seksual. - Foto Agensi
Perlakuan buruk itu turut babit murid sekolah rendah
London: Benarkah perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau 'sexting' mendorong aktiviti seksual? Kajian terbaru di dalam The Journal of Pediatrics mendapati jawapannya mungkin betul apabila ia membabitkan bukan saja pelajar sekolah tinggi tetapi juga murid sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun.
Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada akibat negatif yang serius
Cenderung aktiviti seks
Hasilnya, 22 peratus daripada responden menghantar ‘sexting’ dengan 17 peratus daripadanya hanya menghantar teks manakala 5 peratus lagi menghantar teks berserta gambar lucah. Kata saintis, lebih membimbangkan adalah ‘sexting’ dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.
Menurut pengkaji, kumpulan ini 4 hingga 7 kali lebih cenderung melakukan perlakuan seksual lain. Pelajar yang mengaku menghantar gambar menunjukkan kadar lebih tinggi dalam melakukan aktiviti seks. Remaja yang mengamalkan ‘sexting’ juga berasakan ahli keluarga dan rakan sebaya cenderung membenarkan perlakuan banyak lagi aktiviti seksual.
Kurang pemantauan
Muat naik foto seksual yang melampau seolah-olah amalan lazim dikalangan remaja dan pra remaja di media sosial, sebahagiannya kerana pegawai sekolah dan ibu bapa tidak memantau penggunaannya. Michael, 16, pelajar sekolah tinggi di New York, berkata ‘sexting’ popular di sekolah tinggi dan dianggap suatu perkara remeh.
“Ramai memuat naik foto diri sendiri di ruang Facebook, walaupun sekolah menegur perbuatan buli, ‘sexting’ tidak pernah dibincangkan mahupun dihukum,” katanya.
Akibatnya remaja yang tidak cukup matang untuk memahami akibat daripada bertukar mesej berbaur seksual, mereka terdedah kepada pemangsa seksual, kata saintis lagi.
“Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada akibat negatif yang serius,” kata mereka lagi.
Di San Diego, 12 pelajar sekolah tinggi Daerah San Dieguito Union mungkin didakwa apabila remaja perempuan menghantar gambar bogel mereka kepada teman lelaki yang kemudian disebarkan ke enam lagi sekolah tinggi dan sebuah sekolah rendah. Berkongsi gambar bogel remaja kini diklasifikasikan sebagai menyebarkan gambar pornografi kanak-kanak di sesetengah negeri.
Bagaimana sekolah dan ibu bapa membendung gejala ‘sexting’? Ada ibu bapa yang menggunakan aplikasi seperti EyeGuardian, yang dibangunkan dua bapa dan cepat menyedarkan ibu bapa setiap kali kandungan lucah serta ada unsur penyalahgunaan dikongsi anak di akaun Facebook.
Selain itu, aplikasi ZipIt juga mensasar kepada remaja. Jika remaja menerima teks dari seseorang yang meminta foto lucah, aplikasi akan mencadangkan mesej alternatif seperti gambar bakul sampah berserta teks ‘inilah gambar sampah saya.’
- AGENSI
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan