GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 19 Mac 2014

MENCARI PESAWAT MH370,boleh mendarat di landasan pendek

SHAH ALAM - Pesawat MH370 boleh mendarat di landasan lebih pendek daripada biasa sekiranya memerlukan pendaratan kecemasan mengikut kecekapan juruterbang.

Bekas Pengawal Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Mustapha Kamal Abdul Rahman berkata, apabila ada kecemasan yang memerlukan pendaratan segera, pastinya juruterbang akan cuba mendarat di tempat yang selamat.

Menurutnya, tidak kira di pulau atau di atas jalan, asalkan kawasan sekitar muat untuk pesawat itu  mendarat.

“Setiap pesawat pastinya ada prosedur pendaratan yang disyaratkan agar mengelak sebarang kemalangan.

“Oleh itu, pesawat MH370 yang panjang dan besar perlu mendarat di landasan lebih 11,000 kaki panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebolehan pesawat itu mendarat di landasan pendek jika berlaku kecemasan.

Apabila ditanya sama ada pesawat boleh mendarat di landasan yang sudah lama ditinggalkan di beberapa pulau sekitar koridor utara, jawabnya, ia mungkin boleh berlaku asalkan juruterbang pandai mengawal pesawat.

“Tetapi risiko kemalangan kecil memang ada, sama ada terbabas sedikit dari landasan itu atau berlaku ketidakseimbangan ketika pesawat berhenti mengejut,” katanya.

Sementara itu, pakar penerbangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Tarmizi Ahmad berkata, risiko terhempas ketika mendarat di landasan pendek memang tinggi.

“Kerana, pesawat memerlukan kuasa dan masa untuk membuat pendaratan yang bergantung kepada kapasiti pesawat.

“Jika momentum tidak stabil, kemungkinan pesawat mengalami kemalangan sangat tinggi walaupun di atas landasan,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan terdapat beberapa landasan yang berkemungkinan digunakan oleh pesawat MH370 untuk mendarat di sekitar koridor selatan.

Ini termasuk Pulau Nicobar di Lautan Hindi yang mempunyai tiga landasan kapal terbang yang sudah tidak digunakan lagi.

Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.

Selain itu, terdapat juga landasan kapal terbang di Maldives dan Diego Garcia di Lautan Hindi.


Sumber sinar harian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP