Video: Pembaca Berita Sembunyi Bawah Meja Ketika Gempa Bumi
Tweet
DUA pembaca berita siaran televisyen KTLA yang berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat terpaksa bersembunyi di bawah meja selepas berlaku gempa bumi ketika mereka sedang bersiaran secara langsung pada petang Ahad.
Gegaran sekuat 4.4 skala Ritcher itu disedari oleh pembaca berita lelaki iaitu Chris Schauble yang meminta siaran dihentikan.
"Gempa bumi, kita ada gempa bumi," katanya sebelum bersembunyi di bawah meja.
Rakan setugasnya, Megan Henderson yang baru memulakan siaran langsung itu juga turut bersembunyi di bawah meja selama beberapa saat sebelum mereka keluar semula.
Seperti tiada apa yang berlaku kedua-dua mereka cuba menyambung siaran langsung tersebut, bagaimanapun gegaran dan kesannya masih berlaku.
Keadaan itu membuatkan kedua-dua mereka bimbang manakala siaran langsung masih diteruskan dan kelibat mereka menjadi bahan jenaka penonton.
Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan