DiCerai kerana tidak tahu MEMASAK
Tweet
imej
Kuala Lumpur: Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan.
Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini.
Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa tiada selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.
“Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.

“Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan.
Sumber myMetro
1 Merujuk kepada perkara diatas :
Menyediakan makanan termasuklah memasak dan menghidang, adalah tanggungjawab suami dan bukannya isteri. Hanya apabila isteri yg melakukannya dgn rela hati, diberikan ganjaran pahala setara amalan bersedekah. Kelihatannya suami dan pihaknya kurang pengetahuan agama dlm hal ini.
Catat Ulasan